Apa itu Hyperemesis Gravidarum?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Hyperemesis Gravidarum?

Hyperemesis gravidarum (HG) adalah rasa loya dan muntah saat hamil (morning sickness) yang ekstrem, dengan rasa loya serta muntah lebih teruk daripada biasa. Ia menyebabkan penyahhidratan, gangguan pada metabolisma (kadar bahan kimia tubuh seperti elektrolit dan keton yang tidak normal) dan penurunan berat badan yang mendadak. Perubahan ini boleh menyebabkan pesakit perlu dimasukkan ke hospital. Komplikasi HG mungkin menjadi serius, bahkan ia dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang, urat saraf, dan hati.

Apakah kebarangkalian Hyperemesis Gravidarum?

Hyperemesis gravidarum adalah sangat jarang berlaku, jadi walaupun 70% hingga 85% wanita mengalami loya dan muntah-muntah saat hamil, hanya 1% hingga 2%, akan mengalami HG. HG juga mungkin menandakan kehamilan berganda (kembar dua atau lebih).

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Hyperemesis Gravidarum?

Simptom selalunya bermula antara minggu keempat dan kelapan kehamilan kemudian berterusan hingga minggu ke-16 atau lebih. Kebanyakan wanita muntah sepanjang hari, dan jarang terdapat sela waktu tanpa simptom.  

Simptom lain termasuklah muntah yang teruk, turun berat badan, kurang buang air kecil, pening kepala, keliru, pengsan, dan kuning (jaundis). Penyahhidratan boleh dikesan jika terdapat keton dalam air kencing, peningkatan denyut nadi, dan tekanan darah yang rendah.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut menghubungi doktor secepat mungkin apabila terdapat tanda kehamilan untuk saranan yang lebih spesifik dan untuk pengawasan. Bagaimanapun, jika anda kerap kali muntah atau muntah berlebihan / pengsan, anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital dengan segera. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Hyperemesis Gravidarum?

Kebanyakan wanita mengalami muntah dan loya, terutamanya semasa 3 bulan pertama kehamilan. Punca muntah dan loya sewaktu kehamilan dipercayai berpunca daripada peningkatan mendadak hormon dalam darah yang dikenali sebagai human chorionic gonadotropin (HCG). HCG dihasilkan oleh uri.

Sebahagian wanita memgalami rasa muntah dan loya yang melampau pada waktu kehamilan. Ianya boleh berlaku dalam mana-mana kehamilan tetapi lebih cenderung berlaku dalam kehamilan kembar, atau disebabkan hydatidiform mole.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hyperemesis Gravidarum?

Apa yang meningkatkan risiko saya mengalami hyperemesis gravidarum?

Risiko HG lebih tinggi dalam kalangan ibu yang berusia muda, berat badan yang obes, tiada kehamilan yang lengkap sebelumnya, kehamilan kali pertama, dan sejarah HG dalam kehamilan sebelum ini. Faktor biologi, psikologi, dan sosial juga boleh memainkan peranan.

Jika anda tidak terdedah dengan faktor risiko di atas, tidak bermakna anda  bebas daripada penyakit ini. Tanda-tanda di atas hanyalah sebagai satu rujukan. Sila berhubung dengan doktor/pakar untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Hyperemesis Gravidarum didiagnosis?

Doktor melakukan diagnosis berdasarkan muntah dan loya yang teruk hingga mengakibatkan penurunan berat badan, penyahhidratan, atau gangguan dalam tahap kimia badan. Untuk memastikan tiada punca lain atas simptom tersebut, doktor mungkin akan melakukan ujian darah dan air kencing. Ultrasound juga mungkin dilakukan.

Bagaimana pesakit Hyperemesis Gravidarum dirawat?

Jika simptom tidak terlalu teruk, makan makanan kering seperti biskut dan hidangan dengan kuantiti sedikit secara kerap mungkin mencukupi. Minum air lebih banyak juga mungkin membantu (Jika anda minum minuman ringan seperti seltzer atau sebagainya, tuangkan pada ais dan biarkan sementara hingga gasnya berkurang) . Wanita dengan HG mungkin memerlukan cecair secara intravena dan vitamin serta dihospitalkan. Ubat untuk mengelakkan loya (antiemetik) hanya diberikan kepada wanita dengan muntah yang teruk dan berpanjangan. Setelah mampu mengambil air, makan hidangan biasa dengan kuantiti sedikit dan kemudiannya makan lebih banyak. Jika kaedah ini tidak berkesan, ubat-ubatan atau pengambilan makanan secara parenteral (infusi ke dalam salur darah) juga boleh digunakan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hyperemesis Gravidarum?

Apakah perubahan gaya hidup atau rawatan sampingan yang dapat membantu saya menghadapi hyperemesis gravidarum?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani hyperemesis gravidarum:

  • Dapatkan rawatan daripada doktor yang berpengalaman merawat HG
  • Jangan makan hidangan dengan kuantiti besar atau hidangan pedas atau hidangan tinggi lemak.
  • Jangan makan sebelum tidur atau berbaring
  • Makan hidangan dengan kuantiti kecil secara kerap
  • Makan makanan ringan yang tinggi protein
  • Makan biskut, roti bakar atau bijirin apabila bangun pagi  

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 2, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.