Apa itu Herpes Oral?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Herpes Oral?

Herpes oral (juga dikenali sebagai herpes simplex-1 atau HSV-1) ialah jangkitan dalam mulut, bibir atau gusi disebabkan virus herpes. Penyakit ini  menyebabkan lepuh kecil berair di sekeliling mulut dan gusi. Virus ini merupakan virus daripada keluarga yang sama dengan virus yang menyebabkan demam cacar air, kayap, dan mononukleosis berjangkit. Kebanyakan jangkitan sekunder berlaku melalui sentuhan sewaktu usia muda lagi jadi 80% orang dewasa telah dijangkiti dengan virus herpes jenis1. Virus Herpes jenis 2 pula dijangkiti melalui hubungan kelamin.

Apakah kebarangkalian Herpes Oral?

Herpes oral selalunya didiagnosis dalam pesakit HIV atau penyakit kelamin seperti gonorrhea, syphilis, Bagaimanapun, sesiapa sahaja boleh mendapat lepuh berair disebabkan HSV-1 sewaktu kanak-kanak. Anda boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Herpes Oral?

Sesetengah pesakit mendapat ulser mulut apabila pertama kali terdedah kepada virus HSV-1, sesetengah yang lain tidak mempunyai simptom langsung. Simptom kebiasaannya berlaku dalam kanak-kanak berusia 1 hingga 5 tahun, sama ada sederhana atau teruk. Simptom kebiasaannya kelihatan dalam masa 1 hingga 3 minggu selepas dijangkiti virus dan mungkin dialami hingga 3 minggu.

Tanda-tanda amaran termasuklah:

  • Kulit gatal di sekitar bibir atau mulut
  • Lepuh air sekitar kawasan mulut
  • Rasa kesemutan pada bibir atau mulut.

Sebelum lepuh air kelihatan, anda mungkin mengalami:

  • Sakit tekak
  • Demam
  • Rasa sakit sewaktu menelan.

Lepuh air atau kemerahan boleh berlaku pada:

  • Gusi
  • Telinga
  • Mulut
  • Tekak
  • Lepuh air tersebut juga boleh terhimpun

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai tanda atau simptom yang tersebut di atas atau mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi doktor anda. Keadaan penyakit boleh berbeza dalam pesakit yang berbeza. Bincang dengan doktor anda untuk menentukan cara diagnosis dan rawatan yang terbaik untuk anda

Punca

Apakah Punca Herpes Oral?

Punca herpes oral ialah virus herpes jenis 1 (HSV-1), yang merebak melalui sentuhan dengan air liur oleh mereka yang dijangkiti, seperti kanak-kanak dicium oleh pembawa virus. Virus juga boleh memasuki badan melalui luka pada kulit atau mulut. Selepas jangkitan pertama, virus akan diam dan tidak aktif sebelum menyebabkan lepuh air selepas beberapa lama.

Virus herpes jenis 2 kebiasaannya merebak melalui hubungan kelamin dan menyebabkan herpes kemaluan. Bagaimanapun, kadangkala HSV-2 boleh berlaku dalam mulut melalui seks oral dan menyebabkan lepuh pada mulut.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Herpes Oral?

Faktor yang meningkatkan risiko terhadap herpes oral, termasuklah:

  • Mempunyai sistem imun yang lemah
  • Jangkitan HIV
  • Kanser yang sedang dirawat dengan kemoterapi
  • Hubungan kelamin tanpa perlindungan

Tidak mempunyai faktor risiko tidak bermakna anda bebas daripada penyakit ini. Faktor risiko ini ialah untuk rujukan sahaja. Anda perlu menghubungi doktor pakar untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Herpes Oral didiagnosis?

Doktor anda boleh mendiagnosis penyakit tersebut dengan memeriksa lepuh air pada bibir dan mulut. Kadangkala, doktor akan mengambil sampel dan menghantarnya ke makmal untuk pemeriksaan lanjut. Antara ujian yang mungkin akan dilakukan termasuklah:

  • Kultur virus
  • Memeriksa DNA virus
  • Ujian pemeriksaan Tzanck HSV.

Bagaimana pesakit Herpes Oral dirawat?

Simptom herpes oral mungkin akan reda tanpa rawatan dalam masa 1 hingga 2 minggu. Doktor mungkin akan menyarankan ubat antiviral untuk mengurangkan sakit dan membantu simptom reda dengan cepat. Ubat yang digunakan untuk merawat herpes oral termasuklah:

  • Acyclovir;
  • Famciclovir;
  • Valacyclovir.

Ubat ini paling berkesan jika digunakan dengan betul seawal simptom kelihatan.

Krim antiviral juga boleh digunakan. Bagaimanapun, ia agak mahal dan kebiasaannya hanya memendekkan tempoh penyakit sebanyak beberapa jam atau hari.

Krim topikal Penciclovir dan acyclovir sangat berkesan sewaktu berlaku letusan herpes. Rawatan biasa seperti pelembap atau balsam bibir tidak akan berkesan.

Anda boleh mengambil aspirin, acetaminophen atau ibuprofen untuk mengurangkan rasa sakit.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Herpes Oral?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani herpes oral:

  • Basuh tangan dengan sabun dan air suam, terutamanya selepas keluar daripada tandas.
  • Pastikan kulit bersih dan keringkan lepuh. Elakkan menyukur kawasan tersebut.
  • Ketahuilah bahawa bercium dan seks oral boleh menyebabkan jangkitan
  • Pelajari bagaimana mengenal pasti simptom awal. Memulakan terapi anti viral dapat memendekkan tempoh penyakit.
  • Elakkan berkongsi peralatan mandi .
  • Hubungi doktor jika simptom bertambah buruk, seperti mengalami demam atau nanah keluar daripada lepuh.
  • Segera hubungi doktor atau pergi ke rawatan kecemasan jika anda mengalami pening kepala yang teruk, tercungap, sakit mata yang teruk atau merasa tidak selesa dengan cahaya.
  • Hubungi doktor jika penyakit berulang lebih daripada 4-6 kali setahun. Anda mungkin perlu mengambil ubat pencegah secara harian.
  • Elakkan dan pelajari bagaimana menangani tekanan fizikal dan mental. Tekanan boleh melemahkan sistem imun dan menyebabkan penyakit kembali.
  • Makan makanan yang sihat. Dapatkan tidur yang mencukupi dan bersenam.
  • Elakkan berjemur di tengah panas. Cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit berulang. Sentiasa gunakan krim penghadang matahari.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut