backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Herpes, Lepuh/Kudis Sejuk

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Herpes, Lepuh/Kudis Sejuk?

Kudis sejuk atau demam lepuh adalah disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV-1). Kudis sejuk boleh berjangkit, bermakna ia boleh tersebar dari orang ke orang melalui hubungan intim seperti mencium, seks oral. Ia adalah lepuh yang berwarna merah dan mengandungi cecair, yang terbentuk berhampiran mulut atau di bahagian lain muka dengan tampalan.

Kudis sejuk juga boleh berlaku di sekitar hidung atau di pipi. Ia mungkin berterusan selama dua minggu ataupun lebih lama.

Kudis sejuk melepasi lima peringkat:

  • Tahap satu: kesemutan dan gatal-gatal yang berlaku kira-kira 24 jam sebelum lepuh meletus.
  • Tahap dua: lepuh penuh cecair muncul.
  • Tahap tiga: lepuh pecah, meleleh, dan membentuk luka yang menyakitkan.
  • Tahap empat: lepuh kering dan menjadi kudis, menyebabkan gatal-gatal dan kulit merekah.
  • Tahap lima: kudis tertanggal dan penyembuhan kudis sejuk

Apakah kebarangkalian Herpes, Lepuh/Kudis Sejuk?

Kudis sejuk adalah sangat biasa. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Herpes, Lepuh/Kudis Sejuk?

Simptom yang biasa berlaku pada kudis sejuk ialah:

  • Rasa geli dan gatal-gatal di sekitar bahagian yang dijangkiti selama sehari sebelum tompok kecil dan menyakitkan muncul dan lepuh meletus – iaitu kudis sejuk, di mana kadangkala anda mungkin tidak tahu itu adalah tanda pertama bagi kudis sejuk.
  • Lepuh kecil yang mengandungi cecair di bahagian luar bibir. Ia boleh muncul dengan jarang-jarang pada jari, hidung, dan di dalam mulut.
  • Lelehan dan menggelupas. Lepuh-lepuh kecil boleh bergabung dan kemudian pecah, meninggalkan luka yang terbuka dan cetek, yang akan melelehkan cecair dan kemudian menjadi kudis.
  • Sakit tekak.
  • Gusi yang sakit dan luka.
  • Demam.
  • Sakit kepala.
  • Nodus limfa bengkak.
  • Sakit otot.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor anda jika ada yang berikut:

  • Lebih 14 hari mendapat kudis sejuk;
  • Simptom yang teruk;
  • Mempunyai sistem imun yang lemah;
  • Kudis sejuk berulang;
  • Kerengsaan pada mata.

Punca

Apakah punca Herpes, Lepuh/Kudis Sejuk?

Virus herpes simplex jenis 1 (HSV-1) biasanya menyebabkan kudis sejuk, dan virus herpes simplex jenis 2 (HSV-2) biasanya menyebabkan jangkitan herpes kemaluan (genital). Anda boleh mendapat virus herpes simplex apabila bersentuhan orang yang dijangkiti melalui mencium, berkongsi barangan penjagaan diri seperti berus gigi dan pisau cukur, atau berkongsi makanan dan minuman. Seks oral juga boleh menularkan kedua-dua kudis sejuk dan herpes kemaluan. Anda juga boleh mendapat virus ini jika anda menyentuh air liur seseorang yang mempunyai virus itu, walaupun tidak ada lepuh yang kelihatan.

Kudis sejuk pertama anda mungkin tidak muncul sehingga 20 hari selepas anda mendapat virus herpes simplex. Sebaik sahaja anda mempunyai episod jangkitan herpes, virus itu akan berada di dalam sel-sel saraf di kulit anda dalam keadaan tidak aktif dan mungkin muncul semula sebagai kudis sejuk yang seterusnya di tempat yang sama seperti dahulu.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Herpes, Lepuh/Kudis Sejuk?

Terdapat banyak faktor risiko untuk kudis sejuk, seperti:

  • Mempunyai sistem imun yang lemah;
  • Jangkitan virus atau demam;
  • Perubahan dalam sistem imun dan hormon;
  • HIV / AIDS;
  • Melecur dengan teruk;
  • Ekzema;
  • Kemoterapi kanser;
  • Ubat anti-penolakan untuk pemindahan organ;
  • Tekanan;
  • Keletihan;
  • Rawatan pergigian.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Herpes, Lepuh/Kudis Sejuk didiagnosis?

Pemeriksaan visual akan dilakukan oleh doktor anda. Untuk memastikan ia adalah kudis sejuk, cecair lepuh tersebut akan diuji di makmal.

Bagaimana pesakit Herpes, Lepuh/Kudis Sejuk dirawat?

Biasanya, kudis sejuk boleh sembuh tanpa rawatan dalam tempoh dua hingga empat minggu. Terdapat banyak ubat antivirus boleh mempercepatkan proses penyembuhan:

  • Acyclovir (Xerese, Zovirax);
  • Valacyclovir (Valtrex);
  • Famciclovir (Famvir);
  • Penciclovir (Denavir).

Sesetengah salap dan krim seperti penciclovir, docosanol dapat mengawal kesakitan dan membantu penyembuhan. Rawatan yang biasa ini perlu digunakan ketika tanda-tanda pertama kudis sejuk muncul, dengan kerap dalam sehari. Secara umum, pil berfungsi lebih baik daripada krim. Untuk jangkitan yang sangat teruk, ubat antivirus boleh diberikan melalui suntikan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Herpes, Lepuh/Kudis Sejuk?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani kudis sejuk:

  • Sapukan salap untuk kudis sejuk. Docosanol (Abreva) adalah ubat krim belian kaunter untuk kudis sejuk. Ia mesti digunakan dengan kerap dan boleh memendekkan wabak dengan beberapa jam atau sehari.
  • Cuba ubatan lain bagi kudis sejuk. Sesetengah ubatan belian kaunter mengandungi ejen pengeringan, seperti alkohol, yang boleh mempercepat penyembuhan.
  • Menggunakan salap bibir dan krim yang mengandungi zink oksida atau unsur pelembab untuk melindungi bibir anda dari matahari dan kekeringan.
  • Gunakan jaram sejuk. Kain yang sejuk dan lembap boleh mengurangkan kemerahan, membantu menghilangkan kerak dan penyembuhan.
  • Sapukan krim yang melegakan kesakitan. Krim belian kaunter yang mengandungi lidocaine atau benzocaine mungkin menawarkan sedikit rasa sakit.
  • Elakkan mencium sesiapa yang mengalami penyakit kudis sejuk, dan tidak melakukan seks oral pada sesiapa yang mempunyai herpes kemaluan (genital) yang aktif.
  • Pengambilan suplemen lisina (lysine) secara teratur dikaitkan dengan kurang insiden jangkitan bagi sesetengah orang.
  • Aloe vera, sejenis gel penyejuk yang terdapat di dalam daun tumbuhan aloe, boleh membawa kelegaan pada kudis sejuk. Sapukan gel aloe vera atau salap bibir aloe vera untuk kudis sejuk tiga kali sehari.
  • Jeli petroleum seperti Vaseline tidak semestinya menyembuhkan kudis sejuk, tetapi ia boleh mengurangkan ketidakselesaan. Jeli membantu mencegah keretakan. Ia juga berfungsi sebagai halangan pelindung terhadap kerengsaan di luar.

Tumbuhan witch hazel adalah astringen semula jadi yang boleh membantu mengeringkan dan menyembuhkan kudis sejuk. Walau begitu, sebenarnya masih berlaku pertikaian sama ada kudis sejuk akan sembuh dengan lebih cepat jika dibiarkan keadaannya antara lembap atau kering.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan