backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Herpes Kelamin

Disemak secara perubatan oleh Prof Dr Christopher Ho Chee Kong · Urologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 09/11/2021

Herpes Kelamin

Apa itu herpes kelamin?

Ingin tahu apa itu herpes kelamin? Teruskan pembacaan anda di bawah. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Herpes kelamin merupakan jangkitan seksual yang juga dipanggil sebagai sexually transmitted infection (STI), berpunca disebabkan virus herpes simplex virus (HSV).

Ia selalunya terjadi apabila lepuh-lepuh kecil berair muncul pada alat kelamin, dubur atau mulut.

Ada dua jenis HSV: herpes jenis 1 dan herpes jenis 2. Herpes jenis 1, juga dikenali sebagai HSV-1 atau herpes mulut menyebabkan luka di sekitar mulut dan bibir. Kadangkala dipanggil sebagai luka sejuk atau lepuh demam.

Herpes kelamin boleh merebak melalui hubungan terus tetapi selalunya terjadi ketika melakukan aktiviti seksual.

Apakah kebarangkalian penyakit ini?

Apa itu herpes? Herpes kelamin adalah keadaan yang biasa terjadi pada lelaki dan wanita. Wanita lebih berisiko dijangkiti virus berbanding lelaki.

Ia biasanya berlaku kepada mereka yang aktif secara seksual. Ibu hamil yang dijangkiti penyakit ini boleh menjejaskan bayi mereka ketika melahirkan anak.

Ia boleh diurus dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom herpes kelamin?

Ramai individu dijangkiti dengan HSV tidak tahu bahawa mereka sedang dijangkiti kerana tiada sebarang tanda atau gejala. Beberapa individu mengalami tanda dan gejala seperti berikut:

apa itu herpes

Luka-luka boleh terjadi di sekitar mulut, kawasan rektum, dan kawasan alat kelamin. Herpes kelamin adalah berbeza bagi semua individu.

Tanda dan gejala boleh berulang selama bertahun-tahun. Bagi beberapa individu, mereka mengalami gejala-gejala ini beberapa kali dalam setahun manakala bagi mereka yang lain tidak mengalami sebarang gejala.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau gejala yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa jua gejala, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor jika anda mengalami sebarang tanda herpes kelamin. Jika anda aktif secara seksual, adalah amat penting untuk kerap melakukan pemeriksaan untuk apa jua jangkitan seksual.

Tubuh setiap individu bertindak balas secara berbeza. Jadi, amat penting untuk berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui saranan terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah punca herpes kelamin?

apa itu herpes

HSV adalah disebabkan oleh virus herpes yang dikenali sebagai herpes simplex virus (HSV).

Ia boleh merebak melalui hubungan terus, seks, seks oral atau jangkitan ibu kepada bayi.

Apabila dijangkiti, virus yang tidak aktif yang berada dalam tubuh akan diaktifkan semula beberapa kali dalam setahun. Ada dua jenis virus herpes.

Virus selalunya mati secepat yang mungkin di luar badan. Jadi, adalah mustahil untuk seseorang itu dijangkiti virus daripada tempat duduk jamban atau berkongsi tuala dengan individu berjangkit.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada HSV?

Terdapat beberapa faktor risiko untuk herpes kelamin seperti:

  • Jantina: Kes-kes membuktikan bahawa wanita amat mudah dijangkiti virus berbanding lelaki
  • Ramai pasangan seksual: Risiko anda tinggi dengan setiap pasangan anda. Jadi, amat penting untuk melakukan seks secara selamat dan kerap melakukan pemeriksaan
  • Sistem imun yang lemah: Ini membuatkan anda lebih mudah dijangkiti virus

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit herpes kelamin didiagnosis?

Doktor akan menggunakan ujian-ujian berikut untuk mendiagnosis jika anda mengalami HSV:

  • Ujian budaya virus. Ujian ini mengambil sampel daripada ulser kulit atau luka untuk memastikan kehadiran virus herpes
  • Ujian tindak balas rantai polimerase (PCR). Ujian ini mengambil DNA anda daripada sampel darah untuk menentukan kehadiran dan jenis HSV
  • Ujian darah. Ini untuk memeriksa antibodi HSV bagi mengesan mana-mana jangkitan virus herpes yang lalu

Jika anda hamil, anda patut memberitahu doktor anda secepat mungkin.

Doktor akan menetapkan beberapa ubat antivirus menjelang akhir kehamilan anda untuk mencegah daripada menyebarkan virus tersebut kepada bayi anda.

Untuk beberapa kes doktor akan menyarankan anda melakukan C-zer untuk melahirkan anak anda dengan lebih awal.

Bagaimana pesakit dirawat?

Tiada penawar untuk herpes kelamin. Rawatan biasanya dilakukan untuk mengurus gejala dan mencegah penyebarannya.

Jika anda tidak memiliki apa-apa gejala, anda biasanya tidak memerlukan rawatan. Doktor akan menetapkan ubat antivirus. Tujuannya untuk:

  • Membantu menyembuhkan luka secepat mungkin
  • Mengurangkan kekerapan untuk berulang
  • Mengurangkan keterukan dan tempoh gejala
  • Minimumkan peluang daripada merebak kepada orang lain

Ubat-ubat ini termasuklah acyclovir (Zovirax®), famciclovir (Famvir®), valacyclovir (Valtrex®).

Pencegahan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani herpes kelamin?

ciri ciri penyakit herpes

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan di rumah yang boleh membantu anda mengatasi HSV:

  • Ambil ubat mengikut arahan doktor dengan betul
  • Pastikan herpes anda kering dan bersih
  • Elakkan menyentuh ulser tersebut. Anda patut kerap membasuh tangan anda untuk mencegah penyebaran kepada orang lain atau bahagian anggota badan yang lain
  • Elak melakukan seks tanpa perlindungan
  • Jika anda hamil, beritahu doktor untuk mengetahui bagaimana untuk melindungi bayi anda

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Prof Dr Christopher Ho Chee Kong

Urologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 09/11/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan