Apa itu Hernia interstisial?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu hernia interstisial?

Hernia (angin pasang) interstisial berlaku apabila organ menolak lapisan otot atau tisu yang memegangnya di tempatnya, biasanya di kawasan pangkal paha. Hernia interstisial sering berlaku di antara lapisan dinding hadapan abdomen. Kantung hernia tersebut terletak di antara lapisan otot di dinding abdomen.

Apakah kebarangkalian hernia interstisial?

Keadaan ini boleh berlaku di semua peringkat usia, dan lelaki lebih kerap mengalaminya berbanding wanita. Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi hernia interstisial?

Beberapa simptom biasa bagi hernia interstisial termasuk:

  • Nyeri atau ketidakselesaan di kawasan yang terjejas (biasanya bawah perut), terutamanya apabila membongkok, batuk, atau mengangkat sesuatu
  • Lemah, tertekan, atau perasaan terhempap di bahagian abdomen
  • Rasa pedih, gemericik, atau merasa sakit di tempat bonjolan

Dalam beberapa kes, hernia tidak mempunyai simptom. Anda mungkin tidak tahu anda mempunyai hernia melainkan selepas ia muncul semasa pemeriksaan fizikal atau pemeriksaan rutin bagi masalah lain yang tidak berkaitan.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis dan rawatan awal boleh mengelakkan keadaan ini daripada menjadi lebih buruk dan mencegah sebarang kecemasan lain. Jadi sila berbincang dengan doktor anda secepat mungkin untuk mencegah keadaan serius ini.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Oleh itu, adalah yang terbaik untuk berbincang dengan doktor apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan hernia interstisial?

Hernia interstisial adalah disebabkan oleh gabungan kelemahan dan ketegangan otot . Bergantung kepada sebabnya, hernia interstisial boleh berlaku dengan cepat atau lambat.
Penyebab umum kelemahan otot termasuk:

  • Kegagalan dinding abdomen untuk tutup dengan betul dalam rahim, yang merupakan suatu kecacatan kongenital
  • Umur
  • Batuk yang kronik
  • Kerosakan dinding abdomen disebabkan kecederaan atau pembedahan

Sesetengah keadaan boleh menyebabkan otot anda menjadi lemah, sekali gus menyebabkan hernia:

  • Mengandung, yang menyebabkan tekanan pada perut anda
  • Sembelit, yang menyebabkan anda meneran ketika membuang air
  • Mengangkat benda berat
  • Bendalir dalam perut, atau asites
  • Berat badan tiba-tiba menaik
  • Batuk atau bersin berterusan

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko hernia interstisial?

Anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk hernia jika anda mengalami keadaan berikut:

  • Pernah mengalami atau mempunyai sejarah keluarga hernia interstisial
  • Berat badan berlebihan atau obes
  • Batuk kronik
  • Sembelit kronik
  • Merokok, yang boleh menyebabkan batuk kronik
  • Kondisi seperti cystic fibrosis ┬ájuga secara tidak langsung meningkatkan risiko anda mengalami hernia. Hal ini kerana, cystic fibrosis menjejaskan fungsi paru-paru, menyebabkan batuk kronik.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana hernia interstisial didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian juga akan disyorkan oleh doktor anda. Jika anda mempunyai hernia interstisial, doktor anda mungkin mendiagnosisnya dengan X-ray barium atau endoskopi, atau ultrasound. Ujian ini membolehkan doktor anda melihat keadaan di dalam abdomen anda:

  • X-ray barium: Ini adalah satu siri gambar X-ray saluran pencernaan anda. Gambar-gambar direkod selepas anda selesai minum larutan cecair yang mengandungi barium, yang muncul dengan jelas pada gambar X-ray.
  • Endoskopi: Ia melibatkan penggunaan kamera kecil yang melekat pada tiub dan dimasukkan ke dalam perut anda.
  • Ultrasound: Doktor mungkin melakukan ultrasound, yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi untuk melakar imej struktur di dalam tubuh.

Bagaimana hernia interstisial dirawat?

Ada beberapa pilihan rawatan yang boleh disarankan oleh doktor anda:

  • Perubahan gaya hidup: Perubahan diet boleh merawat simptom hernia interstisial. Elakkan makan dengan banyak, jangan berbaring atau membongkok selepas makan, dan jaga berat badan anda dalam kelompok yang sihat.

Sekiranya perubahan dalam diet tidak menghilangkan ketidakselesaan anda, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membetulkan hernia.

  • Ubat: Doktor anda boleh memberikan anda preskripsi ubat. Anda mesti mematuhi preskripsi ini untuk merawat hernia anda.
  • Pembedahan: Jika hernia interstisial anda menjadi semakin besar atau menyebabkan kesakitan, doktor anda mungkin memutuskan bahawa jalan yang terbaik adalah melalui pembedahan. Doktor anda boleh membaiki hernia anda dengan menutup lubang di dinding perut semasa pembedahan. Hal ini biasanya dilakukan dengan menampal lubang dengan mesh pembedahan.

Hernia boleh dibaiki melalui pembedahan terbuka atau laparoskopi. Pembedahan laparoskopi menggunakan kamera kecil dan peralatan pembedahan kecil untuk membaiki hernia dengan hanya menggunakan potongan kecil. Pembedahan laparoskopi juga kurang merosakkan tisu di sekitarnya.

Pembedahan terbuka memerlukan proses pemulihan yang lebih lama. Anda mungkin tidak dapat bergerak secara normal sehingga enam minggu. Sebaliknya, pembedahan laparoskopi mempunyai masa pemulihan yang lebih pendek. Walau bagaimanapun, risiko hernia anda untuk berlaku semula adalah lebih tinggi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hernia interstisial ?

Anda boleh mengurangkan risiko anda dengan mengikuti nasihat ini:

  • Berhenti merokok
  • Berjumpa doktor apabila anda sakit untuk mengelakkan batuk yang berterusan
  • Mengekalkan berat badan yang sihat
  • Elakkan meneran semasa membuang air besar atau air kecil
  • Mengangkat objek dengan lutut dan bukan belakang anda
  • Elakkan mengangkat barangan yang terlalu berat untuk anda

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.