Apa itu Hernia Epigastrik dalam kalangan dewasa?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Hernia Epigastrik dalam kalangan dewasa?

Pembedahan hernia epigastrik, sering dikenali sebagai pembedahan membuang hernia, adalah prosedur yang dilakukan untuk membuang hernia pada kawasan perut anda.

Epigastrik hernia merupakan keadaan yang biasa berlaku disebabkan oleh kelemahan pada dinding abdomen anda di antara pusat dan sternum. Titik lemah ini akan membenarkan lemak untuk ditolak keluar melalui dinding abdomen anda di antara pusat dan sternum anda dan membentuk benjolan. Simptom yang paling biasa terjadi adalah sakit disebabkan oleh lemak yang telah dihimpit oleh dinding abdomen anda. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, hernia epigastrik akan mengakibatkan komplikasi yang serius.

Mengapa Hernia Epigastrik dalam kalangan dewasa dilakukan?

Walaupun tidak semua hernia yang perlu dibedah, hernia yang mengakibatkan simptom atau menjadi lebih besar harus dibaiki oleh pakar bedah. Anda harus berjumpa doktor anda sekiranya anda menjumpai benjolan atau bengkak yang baru dan tidak sakit di kawasan yang mana hernia selalu terjadi.

Hernia boleh dibiarkan sahaja tanpa rawatan namun kesakitan yang berpunca daripada hernia kebiasaanya akan berterusan dan komplikasi mungkin akan berlaku. Herbia tidak akan menjadi bertambah baik tanpa pembedahan. Hernia boleh berulang kembali selepas pembedahan.

Fahami Risiko-risikonya

Apakah risiko bagi hernia epigastrik dalam kalangan dewasa?

Sama seperti prosedur yang lain, sudah pasti akan mempunyai beberapa risiko. Anda harus berjumpa doktor bedah anda bagi menerangkan bagaimana risiko-risiko ini boleh berlaku kepada anda.

Komplikasi yang boleh berlaku dalam mana-mana prosedur termasuk reaksi yang tidak dijangka terhadap ubat anestetik, pendarahan yang berlebihan atau membentuk ketulan darah (trombosis vena dalam, DVT).

Bagi pembedahan hernia epigastrik, terdapat komplikasi yang spesifik yang mungkin berlaku di mana boleh membentuk benjolan dan kecederaan kepada struktur di dalam abdomen anda.

Anda boleh mengurangkan risiko komplikasi anda dengan mengikut arahan doktor anda dengan berhati-hati untuk menyiapkan diri bagi menjalani pembedahan seperti berpuasa dan berhenti mengambil ubat tertentu.

Penting untuk anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani prosedur ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.

Proses

Bagaimana Persedian untuk pembedahan Hernia Epigastrik dalam kalangan dewasa?

Pembedahan selalunya dilakukan di bawah anestesia umum. Anda mesti berbincang dengan doktor anda mengenai ubat yang sedang anda ambil, alahan atau sebarang keadaan kesihatan anda dan sebelum menjalani pembedahan, anda akan berjumpa dengan ahli anestetik dan merancang kaedah anestetik anda bersama. Penting untuk anda mengikut semua arahan mengenai bila perlu berhenti makan dan minum sebelum pembedahan.

Anda harus diberi arahan yang jelas untuk diikuti sebelum menjalani pembedahan, termasuk sama ada anda boleh makan apa-apa sahaja beberapa jam sebelum pembedahan. Bagi kebanyakan kes, anda perlu mula berpuasa lebih kurang enam jam sebelum prosedur anda. Anda mungkin boleh minum cecair, seperti kopi, sehingga beberapa jam sebelum pembedahan anda.

Apa yang terjadi semasa Hernia Epigastrik dalam kalangan dewasa dilakukan?

Pembedahan biasanya akan dilakukan di bawah anestesia umum. Pembedahan biasanya akan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Doktor bedah anda akan membuat lukaan di atas hernia dan membebaskan ‘kantung hernia.’

Jika kantung hernia hanya mengandungi lemak sahaja, doktor bedah anda akan sama ada membuang lemak tersebut atau menolaknya kembali ke dalam badan.

Jika kantung hernia turut mengandungi kandungan abdomen anda, ia juga akan ditolak kembali masuk ke dalam abdomen anda.

Doktor bedah anda akan menutup titik lemah pada dinding abdomen anda dengan menggunakan jahitan yang kuat atau jaring sintetik (bagi hernia yang lebih besar).

Jika anda ada sebarang soalan atau kebimbangan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apakah yang terjadi selepas pembedahan Hernia Epigastrik dalam kalangan dewasa?

Anda sepatutnya boleh pulang ke rumah pada hari yang sama.

Tingkatkan langkah berjalan anda secara perlahan-lahan pada beberapa hari pertama.

Anda boleh kembali ke tempat kerja selepas satu atau dua minggu, bergantung kepada jenis pembedahan dan pekerjaan anda.

Bersenam secara berkala dapat membantu anda untuk kembali melakukan aktiviti normal secepat yang boleh. Sebelum mula bersenam, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.