Apa itu Hepatitis C?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Hepatitis C?

Hepatitis C merujuk kepada satu keadaan dimana hati anda diserang oleh virus hepatitis C. Jangkitan virus hepatitis C boleh membawa kepada keradangan pada hati sehingga menyebabkan banyak kesan sampingan. Virus hepatitis C ialah salah satu dari virus-virus hepatitis yang kerap dan secara umumnya dikira sebagai yang paling serius. Ramai orang mengetahui bahawa mereka mengandungi virus hepatitis C semasa pemeriksaan perubatan. Oleh sebab itu, anda harus sentiasa mendapatkan pemeriksaan perubatan setiap tahun. Disebabkan hepatitis C tidak mendatangkan simptom, anda mungkin tidak menyedarinya sehingga tanda-tanda kerosakan pada hati terlihat beberapa dekad selepasnya.

Apakah kebarangkalian Hepatitis C?

Keadaan ini kerap berlaku. Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur. Di Asia, ia adalah masalah kesihatan paling kerap menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Hepatitis C?

Dalam kes yang ringan, jika anda mengandungi hepatitis C, badan anda tidak akan menunjukkan simptom sehingga keadaan bertukar menjadi jangkitan yang lebih serius. Tanda-tanda dan simptom-simptom yang kerap berlaku dalam jangkitan hepatitis C di peringkat terawal ialah:

  • Letih;
  • Mual atau hilang selera makan;
  • Sakit perut;
  • Air kencing berwarna gelap;
  • Kulit dan mata berwarna kuning (jaundice);
  • Demam;
  • Sakit otot dan sendi.

Kemudian, apabila jangkitan semakin teruk, tanda dan simptomnya termasuk:

  • Mudah berdarah dan lebam;
  • Kulit gatal;
  • Cecair terkumpul di dalam abdomen (ascites);
  • Kaki bengkak;
  • Hilang berat badan;
  • Keliru, mengantuk dan percakapan tidak jelas;
  • Saluran darah di kulit seperti labah-labah (spider angioma).

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom yang disebut di atas atau sebarang persoalan, sila berhubung dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan cara yang berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah jalan yang terbaik untuk mendapatkan nasihat yang paling sesuai dengan situasi anda.

Punca

Apakah Punca Hepatitis C?

Sebab utamanya ialah virus hepatitis C (HCV). Anda boleh dijangkiti virus ini jika anda terdedah dengan darah yang dicemari virus tersebut dari seseorang yang dijangkiti atau anda terdedah dengan darah kering di atas permukaan sehingga beberapa minggu walaupun ia hanyalah kesan yang kecil. Walaupun cecair badan yang lain juga mengandungi virus ini, darah ialah sebab utama virus ini tersebar kerana ia mengandungi kepekatan virus yang tertinggi.

Cara lain hepatitis C tersebar ialah melalui perkongsian ubat dan jarum; melakukan seks tak terlindung terutamanya jika anda ada penyakit kelamin (STD) atau melakukan seks dengan banyak pasangan. Anda boleh dijangkiti virus hepatitis C jika anda berkongsi jarum dengan seseorang yang dijangkiti ataun jika anda mengandungi HIV (human immunodeficiency virus) – satu keadaan yang akan melemahkan imuniti badan anda. Perempuan yang menghidapi hepatitis C boleh memindahkan virus tersebut kepada bayinya. Hepatitis C tidak tersebar melalui makanan, air atau sentuhan biasa.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hepatitis C?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Anda banyak kali bersentuhan dengan seseorang yang dijangkiti seperti pekerja kesihatan atau penjaga utama pesakit.
  • Anda menggunakan dadah haram atau menghidapi HIV.
  • Anda berkongsi jarum tatu dengan orang lain atau menggunakan tatu dari bilik yang tidak bersih.
  • Anda menjalani rawatan dialisis untuk tempoh yang lama.
  • Kadangkala, seseorang mungkin mendapati hepatitis C jika mereka menggunakan sebahagian teknologi kesihatan yang lama seperti pemindahan darah atau pemindahan organ sebelum tahun 1992 atau mengambil konsentrat faktor pembekuan darah sebelum tahun 1987.
  • Anda lahir antara tahun 1945 dan 1965 yang merupakan kumpulan umur yang paling banyak menghidapi jangkitan hepatitis C.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Hepatitis C didiagnosis?

Doktor akan memesan beberapa ujian untuk hepatitis C jika doktor mengesyaki anda berisiko tinggi. Ini akan membantu doktor memulakan rawatan atau mengesyorkan perubahan pada gaya hidup yang boleh melambatkan kerosakan pada hati. Bahkan, jangkitan hepatitis C kebiasaannya mula merosakkan hati dalam tempoh yang lama sebelum anda boleh melihat tanda dan simptomnya. Maka ini adalah langkah yang baik.

Ujian darah untuk mendiagnosis hepatitis C adalah perlu untuk membantu memeriksa jika anda mengandungi virus hepatitis C, membantu mengukur kuantiti virus di dalam darah dan membantu mengevaluasi  susunan genetik virus tersebut yang membantu menentukan pilihan rawatan anda.

Menguji sampel tisu hati mungkin diperlukan untuk membantu doktor menilai setreruk mana kerosakan pada hati. Sampel kecil dari tisu hati anda perlu diambil untuk ujian makmal. Biopsi hati boleh membantu menentukan keterukan penyakit dan memandu keputusan rawatan.

Bagaimana pesakit Hepatitis C dirawat?

Gabungan ubat-ubatan yang menghalang virus ini dari berkembang biak di dalam badan boleh merawat hepatitis dengan efektif tetapi ia boleh mengambil masa beberapa bulan untuk berfungsi. Dua indikasi utama ubat yang anda boleh ambil ialah pegylated interferon dan ribavirin, termasuk simeprevir, sofosbuvir dan daclatasvir. Dilaporkan bahawa peratusan pesakit hepatitis yang pulih dengan ubat terkini ini ialah sehingga 90%. Bahkan, anda masih mengikuti beberapa langkah untuk mengurangkan risiko dijangkiti semula.

Pemindahan hati ialah pilihan yang diperlukan jika hati anda telah rosak dengan serius. Semasa pemindahan hati, hati anda yang rosak boleh dibuang dan diganti dengan hati yang sihat. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa anda sudah pulih. Anda masih perlu mengambil ubat antiviral, kebiasaannya selepas pemindahan hati kerana jangkitan hepatitis C berkemungkinan berlaku pada hati baru tersebut.

Vaksin tidak membantu merawat hepatitis C tetapi terdapat beberapa yang membantu mencegah anda dari virus hepatitis A dan B. Ini adalah virus yang berbeza yang juga boleh menyebabkan kecederaan pada hati dan merumitkan rawatan hepatitis C.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hepatitis C?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi  hepatitis C:

  • Berhenti minum alkohol;
  • Elakkan ubat-ubatan yang boleh merosakkan hati;
  • Bantu mengelakkan orang lain dari bersentuh dengan darah anda dengan membalut luka yang anda ada dan dengan tidak berkongsi pencukur atau berus gigi.
  • Jangan menderma darah, organ atau air mani dan sila beritahu pekerja kesihatan yang anda mengandungi virus ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda