backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Hepatitis Autoimun, Apa Beza Kondisi Ini Dengan Jenis-Jenis Hepatitis Yang Lain?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 11/10/2023

Hepatitis Autoimun, Apa Beza Kondisi Ini Dengan Jenis-Jenis Hepatitis Yang Lain?

Pernahkah anda terdengar atau terbaca tentang penyakit hepatitis autoimun? Apakah ia yang sebenarnya? Jom baca artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu hepatitis autoimun?

Ia adalah penyakit yang berlaku apabila sistem imun tubuh menyerang sel hati sendiri.

Punca sebenar jenis hepatitis ini masih tidak jelas , akan tetapi faktor genetik dan persekitaran dikatakan mempunyai peranan dalam mencetuskan penyakit ini.

Sekiranya ia tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan hati untuk mengalami sirosis (hati berparut) dan akhir sekali gagal berfungsi.

Jika penyakit ini didagnosis dan diberi rawatan awal, ia boleh dikawal dengan ubat yang melemah sistem imun

Apa risiko hepatitis ini?

Hepatitis autoimun ini boleh terjadi pada ahli keluarga pesakit autoimun.

Ia mungkin berpunca daripada faktor genetik. Selalunya penyakit ini terkena kepada golongan perempuan muda dan wanita. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

hepatitis autoimun

Simptom

Apa gejala hepatitis autoimun?

Simptom hepatitis ini boleh termanifestasi dalam bentuk yang pelbagai dari yang lemah sehingga teruk.

Pada peringkat awal, mungkin tiada simptom yang dialami, tetapi apabila berada di peringkat yang lebih lanjut, simptom boleh muncul secara tiba-tiba dan teruk.

Simptom ini juga boleh muncul secara perlahan-lahan seiring dengan masa.

Simptomnya termasuklah:

  • Pembesaran hati (hepatomegaly)
  • Pembuluh darah yang tidak normal pada kulit (spider angiomas)
  • Kembung pada perut
  • Air kencing berwarna gelap
  • Najis yang pudar

Terdapat tanda dan simptom tambahan yang boleh berlaku ialah:

  • Warna kulit dan mata bertukar menjadi kuning (penyakit kuning)
  • Gatal-gatal disebabkan toksin dan hempedu yang terkumpul
  • Kepenatan
  • Kehilangan selera
  • Loya
  • Muntah
  • Sakit sendi
  • Perut tidak selesa

Punca

Apa punca Hepatitis Autoimun?

hepatitis autoimun

Hepatitis ini boleh berlaku apabila sistem imun tubuh badan  yang sepatutnya menghapuskan patogen seperti virus dan bakteria telah menyerang sel hatinya sendiri.

Serangan ini mengakibatkan keradangan kronik dan kerosakan serius pada hati.

Persoalan mengapa sistem imun tubuh menyerang selnya sendiri masih tidak jelas, tetapi para penyelidik berpendapat hepatitis ini berlaku berpunca daripada interaksi gen yang mengawal sistem imun dengan virus dan ubat tertentu.

Doktor telah membahagikan hepatitis ini kepada dua jenis:

Jenis 1

Merupakan jenis yang paling lazim berlaku. Ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur.

Hampir separuh daripada mereka yang menghidapi hepatitis autoimun turut mengalami kondisi autoimun yang lain seperti penyakit seliak (celiac disease), artiris reumatoid atau kolitis ulseratif.

Jenis 2

Jenis 2 pula selalunya berlaku pada kanak-kanak dan orang muda, namun, ia tetap boleh terjadi kepada orang dewasa. Penyakit autoimun yang lain juga boleh berlaku bersama dengan kondisi ini.

Faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada hepatitis ini?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Sejarah keluarga yang perrnah menghidapi hepatitis autoimun
  • Wanita
  • Pernah terkena jangkitan bakteria atau virus
  • Penggunaan ubat-ubat tertentu seperti minocycline

Beberapa penyakit autoimun yang lain boleh mengakibatkan simptom-simptom penyakit hati dan terkait juga dengan perkembangan kondisi ini. Penyakit-penyakit autoimun yang dimaksudkan ialah:

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit hepatitis ini didiagnosis?

Sekiranya anda disyaki menghidapi kondisi ini, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan beberapa ujian. Antara ujian dan prosedur yang digunakan untuk mendiagnos penyakit ini ialah:

hepatitis autoimun

Ujian darah

Menguji sampel darah untuk mengesan antibodi yang boleh membezakan hepatitis ini dengan hepatitis viral dan masalah lain yang menunjukkan simptom yang serupa.

Ujian antibodi juga membantu untuk menentukan jenis hepatitis yang dihidapi.

Biopsi hati

Doktor akan melakukan biopsi hati untuk mengesahkan diagnosis dan mengenalpasti tahap kerosakan pada hati.

Sewaktu prosedur ini dilakukan, sejumlah kecil tisu hati akan diambil menggunakan jarum halus yang dimasukkan ke dalam hati melalui kulit.

Sampel ini kemudiannya akan dihantar ke makmal untuk dianalisa. Selain itu, doktor juga boleh menggunakan ultrabunyi untuk memandu prosedur biopsi.

Bagaimana pesakit hepatitis ini dirawat?

Rawatan boleh memperlahankan, menghentikan dan kadangkala memulihkan kembali kerosakan hati.

Perubatan

Ubat imunosupresan (perencat imun) boleh digunakan untuk mencegah serangan sistem imun. Antara ubat yang digunakan ialah 6-mercaptopurine and azathioprine.

Ubat ini juga mempunyai kesan sampingan, ia boleh mengurangkan keupayaan tubuh badan untuk melawan sebarang jangkitan.

Pembedahan

Pemindahan hati boleh menyembuhkan hepatitis ini, tetapi penyakit ini boleh terjadi semula kepada hati yang baru dipindahkan.

Berdasarkan National Digestive Diseases Information Clearinghouse (NDDIC) , terdapat 90 persen kadar survival selama setahun bagi pesakit yang menerima hati yang baru.

Kadar survival lima tahun sebanyak 70-80 persen!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 11/10/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan