Apa itu Hepatitis Autoimun?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Hepatitis Autoimun?

Hepatitis autoimun adalah penyakit yang berlaku apabila sistem imun tubuh menyerang sel hati sendiri. Punca sebenar hepatitis autoimun masih tidak jelas , akan tetapi faktor genetik dan persekitaran dikatakan mempunyai peranan dalam mencetuskan penyakit ini. Sekiranya hepatitis ini tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan hati untuk mengalami sirosis (hati berparut) dan akhir sekali gagal berfungsi. Jika penyakit ini didagnos dan diberi rawatan awal, ia boleh dikawal dengan ubat yang melemah sistem imun

Apakah kebarangkalian Hepatitis Autoimun?

Hepatitis autoimun boleh terjadi pada ahli keluarga pesakit autoimun.Ia mungkin berpunca daripada faktor genetik. Selalunya penyakit ini terkena kepada golongan perempuan muda dan wanita. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Hepatitis Autoimun?

Simptom hepatitis autoimun boleh termanifestasi dalam bentuk yang pelbagai dari yang lemah sehingga teruk. Pada peringkat awal ,mungkin tiada simptom yang dialami, tetapi apabila berada di peringkat yang lebih lanjut, simptom boleh muncul secara tiba-tiba dan teruk. Simptom ini juga boleh muncul secara perlahan-lahan seiring dengan masa.

Simptom hepatitis autoimun termasuklah:

  • Pembesaran hati (hepatomegaly)
  • Pembuluh darah yang tidak normal pada kulit (spider angiomas)
  • Kembung perut
  • Air kencing berwarna gelap
  • Najis yang pudar

Terdapat tanda dan simptom tambahan yang boleh berlaku ialah:

  • Warna kulit dan mata bertukar menjadi kuning (penyakit kuning)
  • Gatal-gatal disebabkan toksin dan hempedu yang terkumpul
  • Kepenatan
  • Kehilangan selera
  • Loya
  • Muntah
  • Sakit sendi
  • Perut tidak selesa

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Hepatitis Autoimun?

Hepatitis autoimun berlaku apabila sistem imun tubuh badan  yang sepatutnya menghapuskan patogen seperti virus dan bakteria telah menyerang sel hatinya sendiri. Serangan ini mengakibatkan keradangan kronik dan kerosakan serius pada hati. Persoalan mengapa sistem imun tubuh menyerang selnya sendiri masih tidak jelas,tetapi para penyelidik berpendapat hepatitis ini berlaku berpunca daripada interaksi gen yang mengawal sistem imun dengan virus dan ubat tertentu.

Doktor telah membahagikan hepatitis autoimun kepada dua jenis:

Hepatitis autoimun jenis 1

Merupakan jenis hepatitis autoimun yang paling lazim berlaku. Ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur. Hampir separuh daripada mereka yang menghidapi hepatitis jenis ini turut mengalami kondisi autoimun yang lain seperti penyakit seliak(celiac disease), artiris reumatoid atau kolitis ulseratif

Hepatitis autoimun jenis 2

Hepatitis autoimun jenis 2 selalunya berlaku pada kanak-kanak dan orang muda, namun,ia tetap boleh terjadi kepada orang dewasa. Penyakit autoimun yang lain juga boleh berlaku bersama dengan hepatitis ini.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hepatitis Autoimun?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  •         Sejarah keluarga yang perrnah menghidapi hepatitis autoimun
  •         Wanita
  •         Pernah terkena jangkitan bakteria atau virus
  •         Penggunaan ubat-ubat tertentu seperti minocycline

Beberapa penyakit autoimun yang lain boleh mengakibatkan simptom-simptom penyakit hati dan terkait juga dengan  perkembangan hepatitis autoimun. Penyakit-penyakit autoimun yang dimaksudkan ialah:

  •         Penyakit grave
  •         Tiroiditis
  •         Kolitis Ulseratif
  •         Diabetes jenis 1
  •         Artiritis reumatoid
  •         Skleroderma
  •         Penyakit usus inflamatori (IBD)
  •         Lupus eritematosus sistemik
  •         Sindrom Sjogren

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Hepatitis Autoimun didiagnosis?

Sekiranya anda disyaki menghidapi kondisi ini, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan beberapa ujian.Antara ujian dan prosedur yang digunakan untuk mendiagnos penyakit ini ialah:

Ujian darah

Menguji sampel darah untuk mengesan antibodi yang boleh membezakan hepatitis autoimun dengan hepatitis viral dan masalah lain yang menunjukkan simptom yang serupa. Ujian antibodi juga membantu untuk menentukan jenis hepatitis autoimun yang dihidapi.

Biopsi hati

Doktor akan melakukan biopsi hati untuk mengesahkan diagnosis dan mengenalpasti tahap kerosakan pada hati. Sewaktu prosedur ini dilakukan , sejumlah kecil tisu hati akan diambil menggunakan jarum halus yang dimasukkan ke dalam hati melalui kulit. Sampel ini kemudiannya akan dihantar ke makmal untuk dianalisa. Selain itu, doktor juga boleh menggunakan ultrabunyi untuk memandu prosedur biopsi.

Bagaimana pesakit Hepatitis Autoimun dirawat?

Rawatan boleh memperlahankan , menghentikan dan kadangkala memulihkan kembali kerosakan hati.

Ubat-ubatan

Ubat imunosupresan (perencat imun) boleh digunakan untuk mencegah serangan sistem imun. Antara ubat yang digunakan ialah 6-mercaptopurine and azathioprine. Ubat ini juga mempunyai kesan sampingan ,ia boleh mengurangkan keupayaan tubuh badan untuk melawan sebarang jangkitan.

Pembedahan

Pemindahan hati boleh menyembuhkan hepatitis autoimun , tetapi penyakit ini boleh terjadi semula kepada hati yang baru dipindahkan. Berdasarkan National Digestive Diseases Information Clearinghouse (NDDIC) , terdapat 90 persen kadar survival selama setahun bagi pesakit yang menerima hati yang baru. Kadar survival lima tahun sebanyak 70-80 persen

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hepatitis Autoimun?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi hepatitis autoimun:

Dalam kebanyakan kes, hepatitis autoimun tidak boleh dicegah . Mengetahui faktor risiko boleh membantu untuk mengesan dan merawat penyakit ini di peringkat permulaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Julai 26, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 26, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut