Hepatitis Alkoholik

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apakah itu hepatitis alkoholik?

Hepatitis alkoholik merupakan keradangan hati yang disebabkan oleh alkohol. Hepatitis alkoholik boleh menjadi cirrhosis apabila pesakit meneruskan tabiat minum alkohol. Apabila cirrhosis berlaku, tisu hati yang normal akan rosak dan digantikan oleh tisu parut. Lama kelamaan hati akan berhenti berfungsi. Hepatitis alkoholik adalah penyakit serius yang boleh membawa kematian.

Apakah kebarangkalian hepatitis alkoholik?

Penyakit ini biasanya berlaku kepada mereka yang berumur lebih 30 tahun dan minum alkohol secara berlebihan dalam jangka masa yang panjang. Sehingga 30% peminum tegar mempunyai hepatitis alkoholik. Dan lebih daripada satu pertiga daripadanya mati dalam masa enam bulan selepas tanda dan simptom mula kelihatan. Walaupun begitu, tidak semua peminum tegar mempunyai hepatitis alkoholik, dan penyakit ini boleh berlaku kepada peminum alkohol yang biasa.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom hepatitis alkoholik?

Simptom hepatitis alkoholik selalunya menyerupai simptom hepatitis. Simptom pertama ialah ruam, sakit sendi dan rasa sakit seperti selesema. Alkohol juga mungkin kurang khasiat. Simptom ini mungkin tidak dapat dilihat sehingga hati sudah rosak teruk. Sebagaimana penyakit ini merebak dengan teruk, simptom yang terjadi termasuklah jaundis; najis berwarna pucat atau tembikar; air kencing gelap; badan gatal; demam panas; perut kembung disebabkan cecair terkumpul; sakit abdominal, lembut dan kembung; penyakit neurologikal dan mungkin koma.

Mungkin terdapat simptom atau tanda yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang tanda tersebut, sila berhubung dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Hubungi doktor anda secepat mungkin sekiranya anda mempunyai simptom dan tanda-tanda dinyatakan di atas. Sekiranya anda rasa anda tidak boleh mengawal tabiat minum anda atau anda ingin berhenti minum alkohol, minta bantuan saudara terdekat atau doktor. Keadaan dan status penyakit ini berbeza kepada setiap individu. Selalu berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang terbaik untuk anda.

Punca

Apakah punca berlakunya hepatitis alkoholik?

Hepatitis alkoholik disebabkan oleh meminum alkohol yang berlebihan untuk jangka masa panjang. Walaupun begitu, ia masih tidak diketahui mengapa semua peminum alkohol berisiko untuk menghidap cirrhosis alkoholik. Para pengkaji hanya mengetahui bahawa kerosakan yang berlaku disebabkan oleh alkohol dan ethanol di dalam alkohol menghasilkan bahan kimia toksik, seperti acetyldehyde. Bahan kimia ini mengakibatkan keradangan dan kerosakan sel hati. Lama-kelamaan ini akan menjadi parut di dalam hati (dipanggil cirrhosis) dan mengurangkan fungsi hati. Cirrhosis ialah peringkat akhir hepatitis yang disebabkan oleh alkohol. Beberapa sebab lain penyakit ini termasuklah:

  • Lemak
  • Kurang khasiat: Golongan yang minum alkohol dengan berlebihan mengalami kekurangan khasiat kerana alkohol menghalang penyerapan khasiat, pencernaan protein, vitamin, dan lemak yang berguna. Kekurangan khasiat membawa kepada kerosakan sel hati
  • Semua jenis hepatitis: Ia terutaman jika anda mempunyai hepatitis C dan tabiat minum alkohol, tidak mengira jumlah alkohol yang diminum, semua peminum alkohol boleh mempunyai cirrhosis
  • Faktor genetik: Mutasi kepada genetik tertentu boleh menjejaskan metabolisme alkohol dan meningkatkan risiko kepada penyakit hati dan kanser yang berkaitan dengan alkohol dan komplikasi lain yang disebabkan oleh tabiat minum yang tegar

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap hepatitis alkoholik?

Faktor utama yang meningkatkan risiko kepada hepatitis alkoholik termasuklah:

  • Tabiat minum alkohol: Pengambilan alkohol merupakan risiko utama hepatitis yang disebabkan oleh alkohol. Kajian menjumpai bahawa risiko untuk mempunyai cirrhosis meningkat apabila seseorang itu minum lebih daripada 60-80 ml sehari selama 10 tahun untuk lelaki dan 20 ml untuk wanita
  • Jantina: Wanita cenderung untuk mempunyai hepatitis alkoholik berbanding lelaki. Perbezaan ini mungkin adalah kerana perbezaan penghadaman alkohol dalam wanita
  • Faktor genetik: Banyak mutasi genetik yang dikenal pasti boleh menjejaskan proses pencernaan alkohol di dalam badan. Mempunyai satu atau lebih daripada mutasi ini mungkin meningkatkan risiko hepatitis yang disebabkan oleh alkohol
  • Kegemukan
  • Jenis minuman keras: Bir atau minuman keras adalah lebih berbahaya berbanding wain

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah hepatitis alkoholik didiagnosis?

Doktor akan mendiagnosis penyakit ini berdasarkan sejarah pengambilan alkohol yang berlebihan oleh pesakit. Dia juga mungkin akan menjalankan ujian darah dan pemeriksaan kesihatan untuk mengenal pasti radang hati atau bengkak. Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, doktor boleh menjalankan biopsi hati. Doktor akan menyuntik jarum melalui kulit dan mengambil sedikit tisu hati untuk pemeriksaan di dalam makmal.

Bagaimanakah hepatitis alkoholik dirawat?

Rawatan hepatitis adalah rawatan sokongan, matlamat rawatan adalah untuk meningkatkan keadaan kesihatan dan menggalakkan kesihatan kepada pesakit. Rawatan yang paling utama adalah berhenti minum alkohol. Program detoks alkohol boleh membantu memberi sokongan kepada pesakit. Kekurangan zat boleh dirawat dengan memberikan diet yang mengandungi karbohidrat dan tenaga. Bagi pesakit yang mengalami kekurangan zat yang serius, mereka perlu diberikan bekalan suplemen nutrisi. Mengurangkan garam di dalam makanan juga penting untuk mencegah aneurisme abdominal. Anda juga mungkin memerlukan vitamin tambahan, seperti vitamin B dan asid folik. Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk hati sembuh dengan sepenuhnya.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani hepatitis alkoholik?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan ini mungkin boleh membantu anda menangani hepatitis alkoholik:

  • Berhenti minum alkohol
  • Mencari cara membuang tabiat minum alkohol
  • Mengikuti diet yang seimbang dan bermanfaat
  • Membekalkan tubuh badan dengan vitamin, terutamanya vitamin B dan asid folik
  • Program senaman yang bagus boleh menghilangkan keletihan
  • Hubungi doktor anda jika anda mengalami sebarang simptom selepas minum untuk jangka masa panjang, atau minum alkohol dengan banyak

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Ogos 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 28, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut