Apa itu Hepatitis Akut?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apakah itu hepatitis akut?

Hepatitis akut merujuk kepada keadaan keradangan hati. Ia disebabkan oleh jangkitan virus, namun terdapat juga sebab-sebab lain yang menyebabkan hepatitis. Ini termasuklah hepatitis autoimun dan hepatitis yang berlaku disebabkan ubat-ubatan, dadah, toksin, dan alkohol. Hepatitis autoimun adalah penyakit yang berlaku apabila badan anda menghasilkan antibodi melawan tisu hati anda.

Apakah kebarangkalian hepatitis akut?

Hepatitis akut adalah sangat biasa berlaku. Ia lebih banyak menjejaskan lelaki berbanding wanita. Ia boleh menjejaskan pesakit tidak kira usia. Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom hepatitis akut?

Tanda-tanda hepatitis akut muncul dengan cepat, termasuklah:

  • Keletihan;
  • Loya;
  • Anorexia;
  • Ketidakselesaan perut (sakit hati);
  • Air kencing dan jaundis gelap;
  • Gejala seperti selsema;
  • Najis pucat;
  • Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.

Mungkin ada demam gred rendah dan ruam tidak jelas dan sementara semasa tempoh inkubasi. Gatal-gatal biasanya hilang pada awalnya, tetapi mungkin timbul jika jaundis berpanjangan.

Bilakah saya patut berjumpa dengan doktor saya?

Jika anda mempunyai sebarang tanda yang disenaraikan di atas, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang berfungsi secara berbeza. Adalah bagus untuk berbincang dengan doktor anda apakah yang terbaik bagi situasi anda.

Punca-puncanya

Apakah yang menyebabkan hepatitis akut?

Terdapat 2 sebab utama yang menyebabkan penyakit ini: hepatitis bukan virus dan hepatitis virus:

  • Hepatitis bukan virus
  • Alkohol

Alkohol menyebabkan hati membengkak dan menjadi radang. Penyebab toksik lain termasuk penggunaan ubat berlebihan atau terdedah kepada racun.

  • Penyakit autoimun

Sistem imun mungkin tersilap dan menyangka hati sebagai objek yang berbahaya dan mula menyerang dan menghalangi fungsi hati.

  • Hepatitis virus

Jenis virus yang menyebabkan hepatitis anda akan menjejaskan betapa teruknya penyakit anda dan berapa lama ia berpanjangan. Terdapat 5 jenis utama

  • Hepatitis A.

Anda biasanya mengidapnya apabila anda makan atau minum sesuatu yang mengandungi virus di dalamnya. Ia adalah jenis yang paling kurang berisiko kerana  hampir semuanya pulih dengan sendirinya. Ia tidak membawa kepada keradangan jangka panjang pada hati anda.

  • Hepatitis B.

Jenis ini merebak dalam beberapa cara. Anda boleh mendapatnya melalui hubungan seks dengan seseorang yang sakit atau berkongsi jarum semasa menggunakan dadah jalanan. Virus ini juga boleh tersebar dari seorang ibu kepada anak yang baru lahir atau tidak lama selepas lahir.

Kebanyakan pesakit hepatitis B dewasa berjaya pulih, tetapi peratusan terdapat kecil tidak pulih dan menjadi pembawa, iaitu mereka boleh menyebarkannya kepada orang lain walaupun simptom mereka telah hilang.

  • Hepatitis C.

Anda boleh mendapat jenis ini jika anda mempunyai sentuhan dengan darah atau jarum yang tercemar yang digunakan untuk menyuntik dadah haram atau melukis tatu.

  • Hepatitis D.

Ia berlaku hanya apabila anda dijangkiti dengan Hepatitis B. Ia cenderung untuk membuatkan penyakit menjadi teruk.

  • Hepatitis E

Kebiasaannya merebak di Asia, Mexico, India, dan Afrika. Beberapa kes yang ada di A.S. biasanya melibatkan orang yang pulang dari negara-negara di mana terdapatnya wabak penyakit ini.

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk hepatitis akut?

  • Terdedah kepada darah atau cecair badan (misalnya penggunaan dadah intravena, hubungan seks berisiko tinggi, tatu, menindik badan, pemindahan darah, pekerjaan). Penyebaran melalui pemindahan darah kini jarang berlaku kerana ujian saringan yang dilakukan secara meluas.
  • Bersentuhan dengan orang yang dijangkiti.
  • Kebersihan diri dan sanitasi yang tidak mencukupi.
  • Penyakit hati. Pesakit dengan penyakit hati (contohnya, hepatitis autoimun, hemochromatosis, penyakit Wilson, kekurangan antitrypsin alpha-1) adalah berisiko tinggi untuk menyababkan gejala hepatitis.
  • Penggunaan alkohol, merokok, jangkitan HIV, dan hati berlemak merupakan faktor risiko bagi hepatitis.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. Sila SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah hepatitis akut didiagnosis?

Untuk mendiagnosis keadaan ini, doktor anda akan menjalankan:

  • Pemeriksaan fizikal

Semasa pemeriksaan fizikal, doktor anda akan menekan perut anda dengan perlahan untuk melihat jika ada rasa sakit. Doktor anda juga boleh merasakan samada hati anda membesar atau tidak.

  • Biopsi hati

Biopsi hati dianggap sebagai prosedur invasif dimana doktor mengambil sampel tisu dari hati anda. Ini adalah prosedur tertutup. Dengan kata lain, ia boleh dilakukan melalui kulit menggunakan jarum dan tidak memerlukan pembedahan. Ujian ini membolehkan doktor anda menentukan jika terdapat jangkitan atau keradangan atau kerosakan hati telah berlaku.

  • Ujian Fungsi Hati

Ujian fungsi hati menggunakan sampel darah untuk menentukan sejauh mana fungsi hati berfungsi dengan cekap. Ujian ini memeriksa bagaimana hati membersihkan sisa darah, protein, dan enzim. Tahap enzim hati yang tinggi mungkin menunjukkan bahawa hati sedang tertekan atau rosak.

  • Ultrasound

Ultrasound abdomen menggunakan gelombang bunyi untuk menunjukkan imej organ-organ di dalam perut. Ujian ini akan menunjukkan cecair di dalam perut, hati yang membesar atau rosak.

  • Ujian Darah

Ujian darah yang digunakan untuk mengesan kehadiran antibodi virus hepatitis dan antigen dalam darah akan menunjukkan atau mengesahkan virus yang menjadi penyebab hepatitis.

  • Ujian Antibodi Virus

Ujian antibodi virus yang lebih lanjut mungkin diperlukan untuk menentukan jika terdapat jenis hepatitis yang khusus.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup atau rawatan sampingan yang boleh membantu saya menguruskan hepatitis akut?

Berikutnya merupakan gaya hidup dan rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi keadaan ini:

  • Kebersihan

Amalan kebersihan yang baik adalah kunci untuk mencegah hepatitis. Jika anda mengembara ke negara membangun, anda patut mengelakkan:

  • Minum air tempatan;
  • Ais;
  • Makanan laut;
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan mentah;
  • Hepatitis yang tersebar melalui darah yang tercemar boleh dielakkan dengan:
  • Tidak berkongsi jarum dadah;
  • Tidak berkongsi pencukur;
  • Tidak menggunakan berus gigi orang lain;
  • Tidak menyentuh darah yang tertumpah;¬†
  • Vaksin

Penggunaan vaksin adalah kunci kedua untuk mencegah hepatitis. Vaksin disediakan untuk mencegah hepatitis A dan B. Pakar-pakar kini sedang membangunkan vaksin terhadap hepatitis C, D, dan E.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 16, 2018

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut