Apa itu Hepatic Encephalopathy?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Hepatic Encephalopathy?

Ia merujuk kepada perubahan tingkah laku, sistem mental dan saraf pada mereka yang mengalami kegagalan hati. Tahap ammonia yang tinggi dalam aliran darah dan otak dianggap menyebabkan perubahan ini. Bakteria dalam perut dan usus yang menghasilkan ammonia. Biasanya, hati akan menjalankan fungsi metabolisme ke atas  ammonia (menjadikan ammonia tidak berbahaya). Walau bagaimanapun, mereka dengan penyakit hati mempunyai lebih banyak ammonia kerana hati mereka tidak berfungsi. Ammonia memasuki darah, masuk ke otak, dan menyebabkan gejala dengan mengganggu fungsi otak.

Apakah kebarangkalian Hepatic Encephalopathy?

Keadaan ini berlaku kepada lebih daripada 50%  pesakit dengan sirosis hati. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan koma dan kematian. Ia bukan sesuatu keadaan yang berjangkit dan tidak menular daripada ibu bapa kepada anak-anak.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Hepatic Encephalopathy?

Simptom utama keadaan ini termasuk tidak tentu arah, mudah lupa dan keliru. Mereka akan berasa mengantuk dan mengalami perubahan mood, keletihan, kehilangan ingatan, dan juga koma.Simptom-simptom lain termasuk penyakit kuning, masalah bertutur, gegaran, berasa gelisah dan pergerakan yang tidak diselaraskan.
Selain itu, pesakit biasanya mempunyai tanda-tanda penyakit hati seperti penyakit kuning, pembesaran payudara dan buah zakar kecil (lelaki), cecair di perut dan bengkak pada kaki.

Keadaan kesihatan ini dibahagikan kepada tahap 1 hingga 4. Tahap 1 melibatkan kekeliruan ringan, perhatian yang kurang baik, mudah marah dan kemampuan menurun untuk melakukan tugas mental. Dalam tahap 2, mereka akan keletihan, mengantuk, perubahan personaliti dan kesulitan yang besar dalam melakukan tugas-tugas mental. Dalam tahap 3, mereka mudah mengantuk (tetapi boleh terangsang), tidak dapat melakukan tugas mental dan tidak dapat membezakan (tempat dan waktu). Pada tahap 4, koma berlaku.

Mungkin ada simptom lain yang tidak disebutkan. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai tanda-tanda di atas, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sila hubungi doktor, jika anda atau ahli keluarga mempunyai tanda-tanda seperti di atas, terutamanya pada mereka yang mempunyai masalah kesihatan melibatkan hati. Penyakit ini mungkin berkembang dengan cepat dan mengancam nyawa. Tubuh setiap orang bertindak balas dengan berbeza. Sentiasa berbincang dengan doktor anda untuk merangka kaedah diagnostik, perubatan dan rawatan terbaik untuk anda.

Punca

Apakah Punca Hepatic Encephalopathy?

Gangguan yang merosakkan hati dan menyebabkan kegagalan hati boleh membawa kepada keadaanini. Sesetengah gangguan ini adalah disebarkan penularan virus hepatitis (seperti hepatitis B dan hepatitis C), jangkitan teruk, penyakit autoimun, kanser, dan sindrom Reye.

Sebab-sebab lain mungkin ubat-ubatan seperti ubat anti-radang bukan steroid dan toksin seperti alkohol.

Individu dengan sirosis boleh berada dalam keadaan ini akibat daripada menggunakan sedatif dan analgesik.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hepatic Encephalopathy?

Terdapat beberapa faktor yang boleh mendedahkan anda kepada Hepatic encephalopathy:

  • Kekurangan air dalam badan;
  • Makan terlalu banyak protein;
  • Pendarahan dalaman seperti usus, perut dan esofagus
  • Jangkitan;
  • Masalah buah pinggang;
  • Kadar oksigen yang rendah dalam badan;
  • Ubatan yang menganggu sistem saraf utama (seperti barbiturate atau penenang jenis benzodiazepine)

Tiada faktor risiko, tidak bermakna anda bebas daripada penyakit ini. Tanda-tanda ini hanya untuk rujukan sahaja. Anda perlu berunding dengan doktor pakar untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Hepatic Encephalopathy didiagnosis?

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal lengkap. Doktor juga akan melakukan ujian darah dan x-ray untuk mengatasi masalah lain ini kerana hepatic encephalopathy meniru simptom gangguan lain. Gangguan ini termasuk kesan selepas penggunaan alkohol, kesan pengunaan ubat penenang yang berlebihan, meningitis, gula darah rendah, kanser otak, dan pembekuan darah di otak.

Bagaimana pesakit Hepatic Encephalopathy dirawat?

Hepatic encephalopathy boleh menjadi satu kes kecemasan perubatan yang memerlukan pesakit ditahan di hospital. Tujuan rawatan adalah mencari dan merawat sebab, seperti ubat, pendarahan dan, dan masalah metabolik. Terutama, jika punca pendarahan dalaman usus, ia mesti dirawat secepat mungkin.

Sejenis ubatan yang dipanggil lactulose digunakan sebagai laksatif yang membantu mngosongkan usus, supaya bakteria di dalamnya dapat menghasilkan ammonia. Kadangkala antibiotik yang dipanggil neomycin juga turut digunapakai. Ubat ini diguna untuk membunuh bakteria di dalam usus agar kurangnya penghasilan ammonia.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hepatic Encephalopathy?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan berikut dapat membantu anda mengatasi hepatic encephalopathy  :

  • Hepatic encephalopathy boleh dibalikkan. Namun demikian, kebarangkalian kematian amat tinggi jika koma berlaku.
  • Hubungi doktor serta-merta jika ahli keluarga anda yang mempunyai penyakit hati dengan kelakuan, personaliti atau perubahan keadaan mental.
  • Jangan minum alkohol jika anda mempunyai sirosis
  • Harus diingatkan ubatan biasa yang dibeli di kaunter dan ubat tidur yang berdasarkan preskripsi juga boleh menghasilkan gangguan ke atas individu dengan penyakit hati.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut