backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Hemiplegia

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 09/01/2020

Definisi

Apa itu Hemiplegia?

Hemiplegia, juga digelar hemiparesis, ialah keadaan di mana separuh dari badan kita menjadi lemah. Ia boleh jadi hemiplegia kanan atau kiri, bergantung kepada bahagian yang terlibat. Secara umumnya, bahagian berlakunya stroke pada otak anda akan menentukan bahagian badan yang menjadi lemah.

Kecederaan pada otak kiri akan menyebabkan hemiplegia kanan dan sebaliknya. Apabila pesakit mengalami hemiplegia, mereka masih boleh menggerakkan bahagian yang terbabit; walau bagaimanapun dengan kekuatan otot yang telah berkurang atau dalam sesetengah kes, mereka tidak boleh bergerak.

  • Hemiplegia kongenital ialah kecederaan otak yang berlaku sebelum, semasa atau sebaik sahaja selepas bersalin.
  • Hemiplegia diperolehi berlaku lama selepas lahir disebabkan kecederaan atau penyakit.
  • Lemah satu bahagian boleh melibatkan otot lengan, tangan, kaki dan muka. Dalam kes ini, ana mungkin mengalami masalah melakukan aktiviti harian seperti makan, memakai baju dan menggunakan tandas. Rawatan rehabilitasi, senaman di rumah dan alatan pembantu boleh membantu pergerakan dan penyembuhan.

    Apakah kebarangkalian Hemiplegia?

    Keadaan ini adalah sangat kerap berlaku dan melibatkan semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

    Simptom-simptom

    Apakah simptom-simptom Hemiplegia?

    Simptom-simptomnya ialah:

  • Hilang keseimbangan;
  • Susah berjalan;
  • Susah menelan;
  • Susah bercakap;
  • Kebas, rasa semut-semut atau hilang deria rasa pada separuh bahagian badan;
  • Gagal memegang objek;
  • Pergerakan menjadi tidak tepat;
  • Otot letih;
  • Kurang koordinasi.
  • Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

    Punca

    Apakah Punca Hemiplegia?

    Penyebab utama hemiplegia ialah pendarahan otak (stroke hemoragik), penyakit saluran darah cerebrum dan batang otak (brain stem) yang menyebabkan bekalan darah otak terganggu (stroke iskemik).

    Trauma (kecederaan otak) adalah sebab lain hemiplegia. Sebab-sebab penting lain yang kurang akut termasuk tumor atau luka di otak, abses otak, penyakit yang menghancurkan sarung di sekeliling sel-sel saraf (seperti multiple sclerosis), komplikasi jangkitan virus pada saluran darah (vascular) atau jangkitan bakteria (meningitis) dan radang otak (enkefalitis).

    Apabila luka pada otak menyebabkan hemiplegia, ia berkemungkinan berlaku pada bahagian bertentangan dengan bahagian yang lumpuh. Dalam kes yang jarang, ia disebabkan oleh penyakit berjangkit oleh virus polio (poliomyelitis) atau gangguan sel saraf motor (neurons) di dalam urat saraf tunjang, batang otak dan kortex motor (penyakit sistem motor).

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hemiplegia?

    Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

    • Tekanan darah tinggi.
    • Penyakit jantung.
    • Stroke.
    • Trauma semasa lahir.
    • Proses bersalin yang susah.
    • Stroke perinatal bagi bayi.
    • Kecederaan kepala disebabkan trauma.
    • Sindrom migrain.
    • Diabetes.
    • Tumor otak.
    • Jangkitan, khususnya enkefalitis dan meningitis. Sesetengah jangkitan serius, khususnya sepsis dan abses di tengkuk mungkin merebak ke otak jika tidak dirawat.
    • Leukodistrofi.
    • Vaskulitis.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

    Bagaimana pesakit Hemiplegia didiagnosis?

    Doktor mungkin menanyakan tentang sejarah perubatan anda dan melakukan pemeriksaan fizikal. Kelemahan otot dievaluasi semasa pemeriksaan fizikal dan saraf. Mengenalpasti pola kelemahan otot atau lumpuh boleh membantu doktor mengenalpasti di mana kecederaan itu telah berlaku di dalam sistem saraf anda.

    Doktor mungkin akan menjalankan beberapa prosedur untuk mencari sebab kepada hemiplegia:

    • Kiraan darah penuh;
    • Ujian biokimia darah;
    • Imbasan CT kepala;
    • MRI kepala;
    • EEG (elektroenkefalogram)

    Bagaimana pesakit Hemiplegia dirawat?

    Ia kebiasaannya mengambil masa untuk pulih. Tiada satu pendekatan yang sesuai dengan semua orang. Sebaliknya, rawatan bergantung kepada sebabnya. Sebahagian pilihan yang ada termasuk:

    • Ubat untuk merendahkan tekanan darah dan kadar kolestrol di dalam darah mungkin digunakan.
    • Pencair darah untuk mengurangkan salur darah tersumbat dan mengurangkan peluang stroke di masa akan datang.
    • Antibiotik, kebiasaannya intravena untuk melawan jangkitan otak.
    • Pembedahan untuk membuang bengkak pada otak atau objek di dalam otak.
    • Ubat pengendur otot.
    • Pembedahan untuk menangani isu sekunder, khususnya pergerakan otot tanpa sedar, kecederaan tulang belakang atau kecederaan pada ligamen atau tendon pada bahagian badan yang terlibat.
    • Terapi fizikal yang direka untuk membantu otak bekerja. Ia juga boleh menguatkan bahagia yang tidak terlibat dan membantu anda mengurangkan kehilangan kawalan dan tona otot.
    • Kumpulan sokongan, pendidikan dan pembelaan keluarga.
    • Psikoterapi untuk membantu anda menangani kesan psikologi penyakit ini.
    • Terapi fizikal untuk membantu anda kekal sihat walaupun mengalami kecacatan.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hemiplegia?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi hemiplegia:

    • Kekal aktif.
    • Kuatkan otot kaki dan keseimbangan melalui senaman.
    • Memakai kasut tapak rata dan lebar di bahagian jari.
    • Gunakan alatan pembantu yang telah dipreskrip dan tidak bergantung kepada perabut untuk berjalan.
    • Berhati-hati ketika mengambil ubat yang menyebabkan mengantuk.
    • Ambil perhatian semasa berjalan.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 09/01/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan