Apa itu Heloma?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Heloma?

Heloma, atau belulang, merujuk kepada lapisan kulit yang menebal. Ia sering terbentuk apabila bahagian kulit tersebut kerap berada di bawah tekanan. Heloma biasanya berlaku pada kaki atau tangan. Heloma kadangkala menyakitkan walaupun kecil.

Apakah kebarangkalian Heloma?

Heloma biasa berlaku kepada sesiapa pun tanpa mengira usia. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Heloma?

Simptom umum heloma ialah:

  • Lapisan kulit yang menebal;
  • Benjolan yang mengeras;
  • Rasa sakit di bawah kulit;
  • Kulit kering atau seperti berlilin.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda menyedari sebarang rasa sakit atau keradangan pada heloma, sila hubungi doktor anda. Jika anda diabetik dan mempunyai belulang, anda patut segera menghubungi doktor kerana anda lebih berisiko mendapat komplikasi lain. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Heloma?

Heloma berpunca daripada peningkatan geseran atau tekanan pada kaki atau tangan disebabkan beberapa kemungkinan:

  • Memakai kasut terlalu ketat boleh menekan kaki anda sementara kasut terlalu longgar akan mengakibatkan penggeseran yang menyebabkan heloma.
  • Memakai kasut tanpa stokin akan meningkatkan penggeseran antara kaki dan kasut.
  • Aksi berulang seperti memain instrumen atau menulis boleh menyebabkan heloma.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Heloma?

Terdapat banyak faktor risiko heloma, seperti:

  • Bunion iaitu benjolan yang terletak di sendi ibu jari kaki.
  • Hammertoe iaitu kecacatan yang menyebabkan jari kaki bengkok.
  • Kecacatan kaki dalam bentuk spur tulang.
  • Menggunakan alat atau memain instrumen tanpa perlindungan tangan boleh menyebabkan heloma.
  • Memakai kasut yang tidak sesuai.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Heloma didiagnosis?

Doktor anda boleh mendiagnosis heloma dengan:

  • Peperiksaan fizikal: doktor akan memeriksa anatomi kaki atau tangan dan meneliti jika heloma tersebut disebabkan oleh kecacatan lain seperti ketuat atau sista.
  • X-ray: sinar-X boleh membantu doktor melihat dengan lebih teliti pada kaki atau tangan anda untuk mengesan penyebab heloma.

Bagaimana pesakit Heloma dirawat?

Heloma boleh diatasi dengan mengurangkan geseran dan tekanan pada kaki atau tangan. Anda boleh memakai alat perlindungan untuk tangan, stokin, dan kasut yang lebih sesuai.

Sekiranya heloma tersebut bertambah menyakitkan dan menyebabkan ketidakselesaan, doktor  mungkin akan menawarkan beberapa rawatan seperti berikut:

  • Mengeluarkan bahagian kulit dengan heloma tersebut.
  • Ubat menghilangkan kalus: sama ada dalam bentuk pil, gel atau krim.
  • Plaster penyingkiran belulang: cincin dengan asid salisilat yang boleh menghakis kulit yang menebal.
  • Ubat anti-jangkitan seperti salap antibiotik dapat mengelakkan jangkitan yang mendatang
  • Ortotik untuk masalah kaki menghalang belulang berlaku kembali.
  • Pembedahan jika rawatan di atas tidak berfungsi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Heloma?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani heloma:

  • Lindungi kawasan yang terjejas daripada mendapat heloma dengan memakai pad kaki;
  • Rendam tangan atau kaki untuk melembutkan heloma;
  • Gunakan batu mandi untuk menggosok heloma dengan lembut tetapi berhati-hati kerana menggosok dengan kasar boleh menyebabkan jangkitan;
  • Lembapkan kulit;
  • Pakai kasut dan stokin yang padan dengan kaki.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 2, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019