backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Hawar (Plague)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Hawar (Plague)?

Penyakit Hawar adalah jangkitan bakteria yang serius, yang disebabkan oleh Yersinia pestis yang ditularkan oleh kutu.

Apakah kebarangkalian Hawar (Plague)?

Penyakit Hawar adalah sangat lazim. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Hawar (Plague)?

Bergantung kepada jenis Hawar, simptom boleh berubah-ubah, sebagai contoh:

  • Untuk Hawar Bubonik, simptom umum adalah bubo (kelenjar limfa bengkak) yang terletak di pangkal paha, ketiak, leher, pada saiz kira-kira seperti telur ayam, serta hangat dan menyakitkan apabila disentuh. Simptom-simptom lain pula boleh timbul secara tiba-tiba seperti demam, menggigil, sakit kepala, keletihan, kelesuan dan sakit otot.
  • Untuk Hawar Septisemik, simptom-simptom yang biasa adalah demam, menggigil, kelemahan yang melampau, sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah, pendarahan dari mulut, hidung, rektum atau di bawah kulit, kejutan, ataupun kehitaman (kelemayuh / gangren) pada jari tangan, jari kaki, dan hidung.
  • Untuk Hawar Pneumonik, simptom umum adalah batuk, dengan kahak berdarah, kesukaran bernafas, mual, muntah, demam panas, sakit kepala dan kelemahan.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah puncaHawar (Plague)?

Penyakit Hawar ini disebabkan oleh jangkitan Yersinia pestis yang menular kepada manusia apabila mereka digigit oleh kutu yang sebelum ini menghinggapi haiwan yang dijangkiti, seperti:

  • Tikus.
  • Tupai.
  • Arnab.
  • Prairie dog.
  • Tupai tanah.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hawar (Plague)?

Terdapat banyak faktor risiko bagi penyakit Hawar, seperti:

  • Lokasi: wabak penyakit Hawar paling biasa berlaku di kawasan luar bandar dan pinggir bandar yang dicirikan oleh kesesakan, pembersihan / sanitasi yang kurang baik, dan populasi tikus yang tinggi.
  • Pekerjaan: veterinar dan pembantu mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk bersentuhan dengan kucing dan anjing domestik yang mungkin dijangkiti penyakit.
  • Orang yang bekerja di kawasan di mana haiwan yang dijangkiti wabak adalah biasa.
  • Hobi: berkhemah, memburu atau mengembara di kawasan di mana haiwan yang dijangkiti wabak boleh meningkatkan risiko anda digigit oleh kutu yang dijangkiti.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Hawar (Plague) didiagnosis?

Wabak boleh didiagnosis dengan menguji bakteria Yersinia pestis dalam sampel yang diambil dari:

  • Bubo (nodus limfa bengkak).
  • Darah.
  • Paru-paru.

Bagaimana pesakit Hawar (Plague) dirawat?

Anda harus dimasukkan ke hospital bagi merawat penyakit Hawar dengan mengambil antibiotik yang kuat, seperti:

  • Gentamicin.
  • Doxycycline (Vibramycin).
  • Ciprofloxacin (Cipro).
  • Levofloxacin (Levaquin).

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hawar (Plague)?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani penyakit Hawar:

  • Memastikan rumah anda kalis tikus. Dengan menyingkirkan kawasan yang berpotensi menjadi sarang, seperti timbunan berus, batu, kayu bakar serta sampah; dan tidak meninggalkan makanan haiwan peliharaan anda di kawasan yang dapat dicapai oleh tikus.
  • Pastikan haiwan peliharaan anda bebas daripada kutu.
  • Pakai sarung tangan apabila mengendalikan haiwan yang berpotensi dijangkiti untuk mencegah sentuhan antara kulit dan bakteria berbahaya.
  • Gunakan bahan penghalau serangga, mengawasi anak-anak dan haiwan peliharaan anda dengan berhati-hati apabila menghabiskan masa di kawasan luar yang mempunyai populasi tikus besar.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan