Apa itu Hati Berlemak Bukan Alkohol?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Hati Berlemak Bukan Alkohol?

Penyakit Hati Berlemak Bukan Alkohol (penyakit steatohepatitis bukan alkohol) adalah istilah bagi orang-orang yang terjejas dengan keadaan hati tetapi dengan sedikit atau bukan alkohol. Seperti namanya, ciri utama penyakit Hati Berlemak ini adalah terlalu banyak lemak yang disimpan dalam sel-sel hati.

Steatohepatitis Bukan Alkohol adalah merupakan bentuk penyakit yang berpotensi serius, ditandakan dengan keradangan hati yang teruk (yang mungkin akan mengalami kemerosotan dan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan). Kerosakan ini adalah sama dengan kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan alkohol yang berat. Pada keadaan Steatohepatitis yang paling teruk, Sirosis (cirrhosis) dan kegagalan hati akan terhasil. Sekiranya proses itu tidak direncatkan, Sirosis boleh menyebabkan:

  • Pembentukan cecair dalam abdomen (busung/asites – ascites).
  • Pembengkakan urat dalam esofagus anda (esophageal varices), yang boleh pecah dan berdarah.
  • Kekeliruan, rasa mengantuk dan percakapan yang lemah (hepatic encephalopathy).
  • Kanser hati.
  • Kegagalan hati peringkat akhir, yang bermaksud hati telah berhenti berfungsi.

Apakah kebarangkalian Hati Berlemak Bukan Alkohol?

Masalah kesihatan ini adalah sangat biasa. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur, terutamanya pada orang yang berusia 40-an dan 50-an yang berisiko tinggi mendapat penyakit jantung kerana faktor-faktor risiko seperti obesiti dan diabetes jenis 2. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Hati Berlemak Bukan Alkohol?

Simptom umum Hati Berlemak Bukan Alkohol adalah:

  • Hati membesar.
  • Keletihan.
  • Sakit di bahagian atas abdomen kanan.

Tanda-tanda dan simptom-simptom Steatohepatitis dan Sirosis bukan alkohol (termasuk luka parut) termasuk:

  • Pembengkakan abdomen (busung / asites).
  • Pembuluh darah yang membengkak di bawah permukaan kulit.
  • Pembesaran payudara pada lelaki.
  • Limpa membesar.
  • Tapak tangan kemerahan.
  • Kulit dan mata menjadi kuning (jaundis).

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Hati Berlemak Bukan Alkohol?

Hati Berlemak Bukan Alkohol adalah keadaan yang disebabkan oleh paras lemak yang tinggi dalam hati. Diabetes, atau pra-diabetes (rintangan insulin), berat badan berlebihan atau obes, paras lipid darah yang tinggi seperti kolesterol dan trigliserida, serta tekanan darah tinggi boleh menjadi punca bagi keadaan ini.

Para pengkaji menumpukan kepada beberapa faktor yang mungkin berkaitan dengan perkembangan Hati Berlemak Bukan Alkohol. Ini termasuklah:

  • Tekanan oksidatif (ketidakseimbangan antara bahan kimia prooksidan dan antioksidan yang membawa kepada kerosakan sel hati).
  • Penghasilan dan pelepasan protein keradangan yang toksik (cytokine) oleh sel keradangan pesakit sendiri, sel hati, atau sel-sel lemak.
  • Nekrosis sel hati atau kematian sel (apoptosis).
  • Keradangan tisu adipos (tisu lemak) dan penyusupan oleh sel darah putih.
  • Mikrob usus (bakteria usus) yang boleh dianggap sebagai penyebab keradangan hati.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hati Berlemak Bukan Alkohol?

Terdapat banyak faktor risiko bagi Hati Berlemak Bukan Alkohol, seperti:

  • Kadar kolesterol tinggi.
  • Tahap trigliserida yang tinggi dalam darah.
  • Sindrom metabolik.
  • Obesiti, terutamanya apabila lemak tertumpu di dalam perut.
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS).
  • Apnea tidur.
  • Kencing manis (diabetes) jenis 2.
  • Tiroid tidak aktif (hipotiroidisme).
  • Kelenjar pituitari yang tidak aktif (hipopituitarisme).
  • Warga emas.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Hati Berlemak Bukan Alkohol didiagnosis?

Beberapa ujian perlu dijalankan bagi mengetahui punca mendiagnosis Hati Berlemak Bukan Alkohol. Doktor anda akan bertanya kepada anda tentang masalah kesihatan lain yang anda ada.

Ujian darah

  • Pemeriksaan darah lengkap.
  • Enzim hati dan ujian fungsi hati.
  • Ujian untuk hepatitis virus kronik (hepatitis A, hepatitis C dan lain-lain).
  • Ujian pemeriksaan penyakit seliak (celiac).
  • Ujian gula darah berpuasa.
  • Hemoglobin A1C, yang menunjukkan betapa stabilnya gula darah anda.
  • Profil lipid, yang mengukur lemak dalam darah, seperti kolesterol dan trigliserida.

Prosedur pengimejan

  • Ultrabunyi (ultrasound), yang biasanya merupakan ujian awal apabila penyakit hati disyaki.
  • Pengimejan Tomografi Berkomputer (CT) atau Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk abdomen. Teknik ini tidak mempunyai keupayaan untuk membezakan antara steatohepatitis akibat alkohol dengan penyakit Hati Berlemak bukan alkohol, namun masih boleh digunakan.
  • Transient elastography, bentuk tambahan ultrabunyi yang mengukur ketidaklenturan hati anda. Ketidaklenturan menunjukkan fibrosis atau parut.
  • Elastography resonans magnetik, yang menggabungkan MRI dengan corak yang terbentuk oleh gelombang bunyi yang terpantul pada hati untuk mewujudkan peta visual yang menunjukkan kecerunan ketidaklenturan di seluruh hati yang mencerminkan fibrosis atau parut.

Pemeriksaan tisu hati

Sekiranya ujian lain tidak dapat memberi penyelesaian, pemeriksaan tisu hati secara langsung mungkin disyorkan. Dalam prosedur ini, doktor atau juruteknik anda akan mengeluarkan sampel tisu dari hati anda (biopsi hati) melalui kemasukan jarum pada dinding abdomen ke hati. Sampel tisu diperiksa di makmal untuk mencari tanda-tanda keradangan dan parut. Biopsi hati mungkin menyakitkan bagi sesetengah pesakit, dan ia mempunyai risiko kecil yang akan dikaji semula oleh doktor anda dengan terperinci.

Bagaimana pesakit Hati Berlemak Bukan Alkohol dirawat?

Rawatan untuk Hati Berlemak Bukan Alkohol termasuk menguruskan faktor risiko dan mengawal simptom yang ada. Anda boleh:

  • Kurangkan tahap kolesterol anda.
  • Dapatkan berat badan yang sihat. Kehilangan 3% hingga 10% berat badan anda boleh menghasilkan perbezaan.
  • Mengawal diabetes.
  • Berhenti atau mengurangkan pengambilan minuman keras.
  • Bersenam dengan kerap.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hati Berlemak Bukan Alkohol?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani Hati Berlemak Bukan Alkohol:

  • Mengekalkan berat badan yang sihat.
  • Makan makanan yang sihat.
  • Bersenam dengan kerap.
  • Hadkan pengambilan alkohol.
  • Ambil hanya ubat-ubat yang anda perlukan dan ikut cadangan dos.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 28, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.