Apa itu Granuloma Annulare?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Granuloma Annulare?

Granuloma annulare adalah keadaan yang biasanya menjejaskan kulit anda. Ia meliputi lebam-lebam, kemerah-merahan atau benjolan berwarna kulit (lesi) yang membentuk corak bulatan, lazimnya di kaki atau tangan anda.

Sebenarnya punca-punca granuloma annulare masih tidak diketahui. Namun ia mungkin tercetus akibat beberapa kecederaan kulit kecil dan ubat-ubatan tertentu. Sesetengah jenis granuloma annulare didapati menjejaskan orang dewasa dan kanak-kanak.

Secara amnya, granuloma annulare tidak menjadikan anda berasa gatal atau sakit, jadi rawatan tidaklah diperlukan secara hakikatnya. Penyakit ini biasanya hilang dalam tempoh dua atau tiga tahun. Walaupun ia tidak mengganggu keselesaan anda, kulit anda boleh kelihatan tidak baik. Oleh itu, doktor anda boleh memberikan ubat-ubatan yang akan mempercepatkan kehilangan lesi.

Apakah kebarangkalian Granuloma Annulare?

Dalam beberapa tinjauan, wanita lebih terdedah kepada granuloma annulare dua kali ganda berbanding lelaki. Granuloma annulare setempat (localized) kelihatannya paling biasa ditemui pada kanak-kanak dan pada orang dewasa bawah 30 tahun. Sebaliknya, granuloma annulare menyeluruh (generalized) berlaku pada pesakit yang berusia bawah 10 tahun dan pada pesakit berusia 30-60 tahun. Walaupun granuloma annulare subkutaneus boleh berlaku pada orang dewasa, kebanyakannya menjejaskan kanak-kanak sihat, yang biasanya berumur antara 2-10 tahun. Di samping itu, granuloma annulare yang menembus (perforating) juga didapati menjejaskan kanak-kanak.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Granuloma Annulare?

Bergantung pada jenis granuloma annulare yang dihidapi oleh pesakit, tanda-tanda dan simptom bagi granuloma annulare boleh menjadi sangat berbeza dari seorang ke orang yang lain:

Setempat

Ini dianggap sebagai jenis yang paling biasa bagi granuloma annulare. Sempadan lesi ini mempunyai bentuk bulat atau separuh bulatan, dengan diameter mencecah 5 sentimeter. Ia biasanya berlaku pada tangan, kaki, pergelangan tangan dan pergelangan kaki orang dewasa yang muda.

Menyeluruh

15 peratus daripada orang yang mempunyai granuloma annulare mempunyai lesi pada sebahagian besar badan mereka, termasuk badan, lengan dan kaki. Jenis ini boleh menjadikan pesakit mengalami kegatalan.

Di bawah kulit

Jenis ini biasanya memberi kesan kepada kanak-kanak kecil, turut dikenali sebagai granuloma annulare subkutaneus. Ia menghasilkan benjolan di bawah kulit yang pejal dan biasanya tidak menyakitkan, berbanding ruam. Diameter benjolan ini biasanya kurang daripada 3.5 sentimeter serta timbul di tangan, betis dan kulit kepala.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor anda jika kulit anda mengalami benjolan merah (lesi) dalam corak bulatan yang tidak hilang dalam beberapa minggu.

Punca

Apakah punca Granuloma Annulare?

Sehingga sekarang, tiada siapa tahu dengan tepat apa sebenarnya yang menyebabkan granuloma annulare. Walau bagaimanapun dalam sesetengah pesakit, penyakit kulit ini mungkin dicetuskan oleh:

  • Gigitan haiwan atau serangga
  • Jangkitan, termasuk hepatitis
  • Ujian kulit Tuberculin
  • Vaksinasi
  • Pendedahan kepada cahaya matahari
  • Kecederaan kecil lain pada kulit

Granuloma annulare juga didapati tidak berjangkit.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Granuloma Annulare?

Terdapat banyak faktor risiko bagi granuloma annulare, seperti:

  • Diabetes
  • Penyakit tiroid, selalunya apabila lesinya banyak atau meluas.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Granuloma Annulare didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mengalami granuloma annulare, beliau akan melaksanakan pemeriksaan untuk menentukan keadaan ini. Kemudian doktor anda mungkin akan mengesyorkan beberapa ujian, seperti mengambil sampel kulit kecil (biopsi) untuk diperiksa di bawah mikroskop. Sampel akan dihantar ke makmal dan doktor akan memberikan hasil ujian selepas beberapa jam.

Bagaimana pesakit Granuloma Annulare dirawat?

Dalam kebanyakan kes, rawatan adalah tidak diperlukan untuk granuloma annulare. Kebanyakan lesi secara semula jadi akan hilang dalam tempoh beberapa bulan, dan jarang sekali berlaku lebih daripada dua tahun. Jika penampilan kulit anda mengganggu, doktor anda boleh mencadangkan:

Krim atau salap kortikosteroid

Produk preskripsi yang kuat ini boleh membantu memperbaiki penampilan lesi dan mempercepatkan kehilangannya. Doktor anda boleh mengarahkan anda untuk membalut sapuan krim dengan pembalut atau plaster pelekat, untuk meningkatkan keberkesanan rawatan ini.

Suntikan kortikosteroid

Sekiranya lesi kulit lebih tebal dan simptom anda lebih banyak, doktor boleh menyuntikkan kortikosteroid secara langsung ke dalam luka-luka untuk membantu mereka menghilang dengan cepat.

Membekukan lesi

Menggunakan nitrogen cecair ke kawasan yang terjejas boleh membantu menghilangkan lesi dan merangsang pertumbuhan kulit baru.

Terapi cahaya

Mendedahkan lesi kepada jenis cahaya tertentu didapati kadangkala membantu. Beberapa jenis rawatan laser juga berfungsi untuk sesetengah orang.

Ubatan melalui mulut

Dalam kes-kes yang teruk, terutamanya apabila lesi tersebut tersebar luas, doktor anda mungkin akan memberikan antibiotik, antimalaria atau ubat-ubatan yang digunakan untuk mencegah reaksi sistem imun.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Granuloma Annulare?

Beberapa petua ini boleh membantu anda untuk mencegah granuloma annulare:

  • Elakkan daripada gigitan serangga dengan menggunakan semburan serangga apabila keluar rumah.
  • Elakkan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari dengan menggunakan krim pelindung matahari pada kulit.
  • Anda harus menjaga kulit anda melalui pengambilan diet yang betul dengan buah-buahan dan sayuran segar

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 31, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.