Apa itu Glomerulonefritis?

Oleh

Definisi

Apa itu Glomerulonefritis?

Glomerulonefritis juga dikenali sebagai penyakit glomerular ialah keradangan yang berlaku dalam buah pinggang. Dalam buah pinggang, terdapat penapis kecil yang terdiri daripada saluran darah kecil yang menapis darah daripada lebihan cecair, eletrolik dan bahan kumuh dan membawanya ke air kencing. Jika glomeruli rosak, buah pinggag tidak dapat berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Apakah kebarangkalian Glomerulonefritis?

Glomerulonefritis selalunya berlaku dalam negara membangun. Ia berlaku kepada pesakit tanpa mengira usia. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Glomerulonefritis?

Tanda dan simptom glomerulonefritis ialah:

  • Air kencing berwarna merah atau seperti cola disebabkan sel darah merah
  • Air kencing berbuih kerana protein berlebihan
  • Tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol
  • Bengkak pada muka, tangan, kaki dan abdomen;
  • Penat disebabkan anemia atau kegagalan buah pinggang
  • Obesiti
  • Masalah pada buah pinggang sejak lahir

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau sebarang soalan, sila hubungi doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Punca

Apakah Punca Glomerulonefritis?

Terdapat banyak punca glomerulonefritis walaupun kadangkala penyebabnya tidak dapat dikesan. Antaranya ialah:

  • Jangkitan Strep pada tekak
  • Systemic lupus erythematosus (SLE), yang dikenali sebagai lupus;
  • Sindrom Goodpasture’s;
  • Amyloidosis, yang berlaku apabila protein tidak normal terkumpul pada organ dan tisu
  • Granulomatosis Wegene membawa kepada keradangan saluran darah;
  • Polyarteritis nodosa, penyakit di sistem imun menyerang arteri.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Glomerulonefritis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk glomerulonefritis, seperti:

  • Menggunakan bahan kimia atau ubat yang berbahaya kepada buah pinggang, dan menyebabkan glomerulosklerosis.
  • Penggunaan ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen dan naproxen dengan kerap.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Glomerulonefritis didiagnosis?

Glomerulonefritis boleh didiagnosis melalui ujian air kencing. Ujian air kencing akan mengukur kas sel darah merah yang menunjukkan kerosakan pada glomeruli. Ujian ini juga menunjukkan sel darah putih, penentu kepada kewujudan jangkitan atau keradangan, dan peningkatan protein yang menunjukkan kerosakan nefron. Ujian darah juga boleh mengukur kandungan bahan kumuh, seperti kreatin dan urea nitrogen dalam darah.

Kadangkala doktor anda mungkin akan meminta ujian pengimejan buah pinggang dengan menggunakan X-ray, pemeriksaan ultrabunyi atau CT.

Cara lain untuk mendiagnosis penyakit anda ialah biopsi buah pinggang. Dengan menggunakan jarum khas untuk mengeluarkan tisu buah pinggang untuk penilitian di bawah mikroskop, doktor boleh mengenal pasti punca keradangan.

Bagaimana pesakit Glomerulonefritis dirawat?

Bagaimana glomerulonefritis dirawat bergantung kepada punca penyakit. Antara rawatannya ialah untuk mengawal tekanan darah tinggi, terutamanya jika punca glomerulonefritis ialah tekanan darah tinggi.

Jika tekanan darah anda tidak bertambah baik, doktor mungkin akan memberikan ubat mengawal tekanan darah termasuklah angiotensin-converting enzyme inhibitors seperti captopril, lisinopril, perindopril. Jika sistem imun anda menyerang buah pinggang, kortikosteroid dapat membantu mengurangkan respon imuniti tersebut. Kaedah lain termasuklah plasmapheresis. Cara ini membantu menyingkirkan bahagian cecair kandungan darah (plasma) dan menggantikannya dengan cecair intravena (IV) atau plasma daripada penderma (tanpa antibodi).

Kandungan protein, garam, dan potassium dalam diet anda juga perlu diambil kira dalam merawat glomerulonefritis. Begitu juga kuantiti air yang anda minum.

Jika keadaan anda bertambah teruk hingga membawa kepada kegagalan buah pinggang, doktor akan melakukan dialisis. Mesin yang digunakan dalam prosedur ini dapat membantu menapis darah. Pada tahap ini anda akan memerlukan pemindahan buah pinggang.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Glomerulonefritis?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani glomerulonefritis:

  • Hadkan pengambilan garam untuk mengelakkan atau mengurangkan pengekalan cecair (fluid retention), bengkak dan tekanan darah tinggi.
  • Kurangkan pengambilan protein dan potassium untuk mengurangkan pengumpulan bahan kumuh dalam badan.
  • Menjaga berat badan.
  • Mengawal kadar gula dalam darah jika anda menghidap diabetes.
  • Berhenti atau elakkan merokok.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut