Apa itu Glaukoma Sudut Tertutup Primer?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Glaukoma Sudut Tertutup Primer?

Glaukoma Sudut Tertutup Primer adalah sejenis Glaukoma dengan sudut yang tertutup. Dalam keadaan ini, iris menghalang saliran mata melalui jaringan trabekular (trabecular meshwork). Ia adalah glaukoma primer kerana tiada punca yang diketahui berkaitan dengan keadaan lain, walaupun masalah itu sendiri kelihatan jelas dan berkaitan dengan kedalaman sudut saliran mata (yang sempit). Ia meliputi Glaukoma Sudut Tertutup Akut (sebelum ini dikenali sebagai glaukoma akut) dan Glaukoma Sudut Tertutup Kronik.

Apakah kebarangkalian Glaukoma Sudut Tertutup Primer?

Pada orang yang berumur 40 tahun ke atas, kebarangkaliannya dianggarkan sebanyak 0.69% pada tahun 2010, iaitu kira-kira lebih 15 juta orang pada tahun 2010. Menjelang 2020, bilangan pesakit dengan Glaukoma Sudut Tertutup Primer di dunia boleh meningkat kepada lebih dari 21 juta.

Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Glaukoma Sudut Tertutup Primer?

Glaukoma Sudut Tertutup Primer akut cenderung untuk menjadi sangat menyakitkan kerana kenaikan tekanan berlaku secara tiba-tiba. Antara simptomnya termasuklah melihat lingkaran cahaya di sekeliling sumber cahaya, kemerahan mata, penglihatan kabur dan, kadang-kadang, rasa tidak sihat. Ia mesti dirawat dengan segera dan dalam kebanyakan kes, penglihatan boleh pulih sepenuhnya.

Kadang-kadang glaukoma jenis ini datang dalam rangkaian serangan-serangan ringan. Ini dipanggil serangan subakut (subacute) dan sering berlaku pada waktu petang. Penglihatan mungkin kelihatan berkabus, dengan lingkaran berwarna di sekitar sumber cahaya putih dan mungkin akan ada ketidakselesaan dan kemerahan di mata. Sekiranya anda mempunyai simptom ini, anda perlu berunding dengan optometris anda tanpa berlengah-lengah.

Glaukoma penutupan kronik berkembang secara perlahan, biasanya tanpa gejala.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis awal dan rawatan boleh menghentikan Glaukoma Sudut Tertutup Primer daripada menjadi parah dan mencegah kecemasan perubatan lain, jadi berbincanglah dengan doktor anda secepat mungkin untuk mencegah keadaan yang serius ini.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Glaukoma Sudut Tertutup Primer?

Dalam Glaukoma Sudut Tertutup Primer, trabecular meshwork ini menjadi terlalu sempit. Fungsinya adalah untuk mengawal tekanan bendalir di mata. Terdapat banyak punca penyempitan ini antaranya:

  • Perbezaan tekanan: Ini termasuk perbezaan tekanan antara belakang mata (ruang posterior) dan depan mata (ruang anterior).
  • Perubahan anatomi: Jika bahagian mata yang menghasilkan bendalir lebih besar daripada biasa, peningkatan cecair dapat mengubah tekanan di mata. Kedudukan iris secara relatif terhadap jasad silium (ciliary body); isipadu iris; bentuk, kedudukan serta ketebalan lensa; semuanya dapat menyumbang kepada penyempitan sudut.

Sesetengah ciri anatomi ini berubah dengan usia, seperti ketebalan lensa, yang meningkat apabila kita menjadi lebih tua (membentuk katarak). Ini sebabnya mengapa kadang-kadang pesakit mendapat keadaan di mana sudut tersebut semakin menyempit dari masa ke masa.

Dalam keadaan lain, ia boleh berlaku secara akut, mengakibatkan krisis penutupan sudut akut. Ini adalah keadaan yang amat membimbangkan di mana tekanan mata meningkat dengan cepat dan penglihatan boleh terjejas teruk.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Glaukoma Sudut Tertutup Primer?

Glaukoma seperti ini jarang berlaku di negara-negara Barat dan lebih sering dijumpai pada orang-orang Asia. Ia mungkin akut (bermula secara tiba-tiba) atau kronik (perlahan-lahan berkembang).

Faktor risiko lain termasuklah:

  • Umur: Penutupan sudut akut dan kronik menjadi semakin biasa dengan peningkatan usia. Ia adalah luar biasa di bawah umur 40 tahun.
  • Jantina: Wanita mengalami penutupan sudut akut dan kronik lebih kerap daripada lelaki.
  • Etnik: Jika anda berasal dari Asia, anda lebih berisiko terhadap glaukoma sudut tertutup berbanding seseorang yang berasal dari Eropah. Ia juga boleh berlaku pada usia yang lebih muda dan menjadi lebih teruk.
  • Sejarah keluarga: Jika anda mempunyai glaukoma, saudara terdekat anda mempunyai peluang yang lebih untuk mengalami keadaan ini. Anda harus menasihati ahli keluarga anda untuk mendapatkan pemeriksaan mata secara tetap oleh seorang optometris (ahli optik).
  • Penglihatan yang lebih panjang: Orang yang mempunyai darjah penglihatan yang jauh lebih cenderung mengalami glaukoma penutupan sudut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Glaukoma Sudut Tertutup Primer didiagnosis?

Semasa pemeriksaan mata anda, doktor mata anda akan menilai semua bahagian mata seperti yang mereka lakukan semasa pemeriksaan mata yang komprehensif. Di samping itu, doktor anda akan melakukan gonioskopi, yang menggunakan cermin khas untuk mengukur sudut ruang anterior mata. Kadangkala pengimejan bahagian depan mata, yang disebut anterior segment optical coherence tomography, atau ultrasound biomicroscopy (sejenis pemeriksaan mata ultrabunyi khas) akan dilakukan untuk memeriksa secara lebih spesifik anatomi sudut tersebut.

Bagaimana pesakit Glaukoma Sudut Tertutup Primer dirawat?

Selepas pemeriksaan mata anda, pakar mata anda akan membincangkan sebarang cadangan untuk iridotomi, ubat, atau pembedahan laser, yang akan dibincangkan secara ringkas di bawah.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Glaukoma Sudut Tertutup Primer?

Beberapa kaedah pengubatan sampingan dianggap membantu untuk mencegah keadaan ini.

  • Makan makanan yang sihat: Pengambilan makanan yang sihat boleh membantu anda mengekalkan kesihatan, tetapi ia tidak akan menghalang keadaan ini daripada memburuk. Beberapa vitamin dan nutrien adalah penting untuk kesihatan mata, termasuk yang terdapat di dalam sayur-sayuran berdaun hijau gelap dan ikan, yang didapati tinggi kandungan asid lemak omega-3.
  • Bersenam dengan selamat: senaman yang kerap boleh mengurangkan tekanan mata. Sila berbincang dengan doktor anda tentang program senaman yang sesuai.
  • Hadkan kafein anda: Mengambil minuman dengan jumlah kafein yang besar boleh meningkatkan tekanan mata anda.
  • Minum sedikit air dengan kerap: Minumlah air dalam jumlah yang sederhana pada bila-bila masa sepanjang hari. Meminum satu kuart atau lebih daripada apa-apa cecair dalam masa yang singkat boleh meningkatkan tekanan mata buat sementara waktu.
  • Tidur dengan kepala anda ditinggikan: Menggunakan bantal baji yang membuatkan kepala anda sedikit menaik, kira-kira 20 darjah, telah ditunjukkan mampu mengurangkan tekanan dalam mata semasa anda tidur.

Ambil ubat yang ditetapkan: Menggunakan ubat mata atau ubat-ubatan lain seperti yang ditetapkan dapat membantu anda mendapatkan hasil terbaik dari rawatan anda. Pastikan anda menggunakan ubat titis tepat seperti dalam preskripsi. Jika tidak, kerosakan saraf optik boleh menjadi lebih teruk.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut