Simptom glaukoma mata membuatkan keadaan serius ini menjadi tekanan di dalam mata seseorang. Doktor biasanya menggunakan istilah tekanan intraokular atau IOP yang naik secara mengejut.
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ia boleh meningkat dalam masa beberapa jam hingga cecair dalam mata tidak dapat mengalir dengan cara yang sepatutnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata sila dapatkannya di sini.
Simptom biasa bagi glaukoma sudut tertutup akut adalah:
Apabila doktor memeriksa anda, beliau juga mungkin mendapati bahawa pupil anda tidak lagi menjadi lebih kecil atau lebih besar apabila beliau halakan cahaya padanya.
Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu gejala, sila rujuk doktor.
Cecair mengalir keluar daripada mata anda melalui sistem terusan. Terusan-terusan ini hidup dalam jaringan tisu antara iris (bahagian berwarna pada mata) dan kornea (lapisan luar yang jelas).
Apabila iris dan kornea bergerak bersama lebih dekat, ia “menutup sudut’ di antara mereka. Apabila ini berlaku secara mengejut, ia dikenali sebagai serangan akut.
Glaukoma sudut tertutup akut sepenuhnya menghalang terusan. Ia menghentikan cecair daripada mengalir melaluinya.
Tekanan yang terhasil boleh merosakkan saraf optik pesakit. Jika tidak dirawat masalah ini dengan cepat, pesakit boleh kehilangan penglihatan sepenuhnya.
Sesetengah penyakit juga boleh menyebabkan glaukoma sudut tertutup:
Terdapat banyak faktor risiko untuk glaukoma sudut tertutup akut, seperti:
Sekiranya anda mempunyai glaukoma sudut tertutup akut pada satu mata, anda juga cenderung untuk mengalaminya pada mata yang lagi satu.
Jika anda mempunyai glaukoma sudut tertutup akut, anda perlu berjumpa pakar mata dengan segera.
Doktor akan memeriksa dan bertanya mengenai simptom glaukoma mata yang anda alami.
Beliau boleh melakukan satu atau lebih ujian untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang berlaku di dalam mata anda:
Perkara pertama yang akan dilakukan oleh doktor untuk merawat serangan sudut tertutup akut adalah dengan cuba menyingkirkan beberapa tekanan dalam mata. Beliau mungkin menggunakan:
Setelah IOP anda menurun sedikit, doktor mungkin menggunakan laser untuk:
Sekiranya anda mempunyai katarak, doktor mungkin mempertimbangkan pembedahan bagi menggantikan lensa pada mata.
Pembedahan jenis ini boleh menjadi sukar apabila anda mengalami serangan akut.
Walaupun glaukoma sudut tertutup akut hanya berlaku pada satu mata, tapi doktor mungkin akan merawat kedua-dua belah mata untuk keselamatan dan jaminan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen