Apa itu Gingivitis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Gingivitis?

Penyakit gusi (penyakit periodontal) berlaku apabila plak terbentuk pada gigi dan gusi (juga dikenali sebagai gingiva). Gingivitis adalah sejenis penyakit gusi yang boleh disembuhkan semula. Ia menyebabkan gusi merah, bengkak dan mudah berdarah apabila diberus.

Apakah kebarangkalian Gingivitis?

Masalah kesihatan ini adalah sangat lazim. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Gingivitis?

Tanda-tanda umum bagi gingivitis adalah:

  • Gusi yang berdarah semasa dan selepas membersihkan gigi
  • Gusi yang merah, bengkak, atau sakit
  • Nafas berbau busuk atau rasa tidak enak yang tidak hilang-hilang dalam mulut
  • Gusi yang menyusut
  • Pembentukan poket di antara gigi dan gusi
  • Gigi longgar atau beralih
  • Perubahan cara penyesuaian gigi ketika menggigit, atau penyesuaian sebahagian gigi palsu.

Walaupun anda tidak mengalami sebarang simptom, anda mungkin masih mempunyai penyakit gusi walaupun sedikit. Pada sesetengah orang, penyakit gusi hanya boleh menjejaskan gigi tertentu seperti gigi geraham. Hanya doktor pergigian atau pakar periodontik yang boleh mengenali dan menentukan perkembangan penyakit gusi.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Gingivitis?

Plak adalah penyebab utama penyakit gusi. Walau bagaimanapun, terdapat faktor lain yang boleh menyumbang kepada penyakit gusi. Ini termasuklah:

  • Perubahan hormon, seperti yang berlaku semasa kehamilan, akil baligh, menopaus, dan haid bulanan; boleh membuatkan gusi jadi lebih sensitif dan membuatkan gingivitis lebih mudah terbentuk..
  • Terdapat juga beberapa penyakit yang boleh menjejaskan keadaan gusi anda. Ini termasuklah penyakit seperti kanser atau HIV yang mengganggu sistem imun. Oleh kerana diabetes menjejaskan keupayaan tubuh untuk menggunakan gula darah, maka pesakit diabetes adalah berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan, termasuk penyakit gusi dan kaviti.
  • Ubatan juga didapati boleh menjejaskan kesihatan mulut, kerana ada yang berfungsi untuk mengurangkan aliran air liur, walhal air liur mempunyai kesan perlindungan pada gigi dan gusi. Sesetengah ubat, seperti ubat anti-sawan Dilantin, ubat anti-angina Procardia dan Adalat, boleh menyebabkan pertumbuhan tisu gusi yang abnormal.
  • Tabiat buruk seperti merokok akan menjadikan proses penyembuhan tisu gusi lebih sukar.
  • Tabiat kebersihan mulut yang buruk seperti tidak memberus dan flos pada setiap hari, memudahkan gingivitis untuk berkembang.
  • Sejarah keluarga terhadap penyakit gigi juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada perkembangan gingivitis.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gingivitis?

Terdapat banyak faktor risiko bagi gingivitis, seperti:

  • Tabiat kesihatan mulut yang kurang baik
  • Penggunaan tembakau
  • Diabetes
  • Usia tua
  • Penurunan imuniti akibat leukemia, HIV / AIDS atau penyakit lain
  • Penggunaan ubatan tertentu
  • Jangkitan virus dan kulat tertentu
  • Mulut kering
  • Perubahan hormon, seperti yang berkaitan dengan kehamilan, kitaran haid atau penggunaan pil perancang kehamilan
  • Pemakanan yang kurang baik
  • Penyalahgunaan bahan yang ketagih
  • Pemulihan pergigian yang tidak muat dan tidak sesuai

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Gingivitis didiagnosis?

Semasa pemeriksaan pergigian, doktor gigi anda biasanya akan memeriksa perkara berikut:

  • Perdarahan, bengkak, kekerasan, dan kedalaman poket (ruang antara gusi dan gigi; semakin besar dan dalam poket, semakin parah penyakitnya)
  • Pergerakan gigi, sensitiviti dan penjajaran posisi gigi yang betul
  • Tulang rahang anda, untuk membantu mengesan kerosakan tulang di sekitar gigi anda

Bagaimana pesakit Gingivitis dirawat?

Tujuan rawatan penyakit gusi adalah untuk menggalakkan percantuman gusi yang sihat ke gigi; mengurangkan bengkak, kedalaman poket, dan risiko jangkitan; dan untuk menghentikan perkembangan penyakit. Pilihan rawatan akan bergantung kepada peringkat penyakit, bagaimana respons anda kepada rawatan terdahulu, dan tahap kesihatan anda secara keseluruhan. Pelbagai pilihan dari terapi selain pembedahan yang mengawal pertumbuhan bakteria, hinggalah ke pembedahan sendiri untuk memulihkan tisu sokongan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gingivitis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani gingivitis:

Gingivitis boleh disembuhkan dan perkembangan penyakit gusi boleh dihentikan dalam hampir semua kes apabila kawalan plak yang betul diamalkan. Kawalan plak yang betul terdiri daripada pembersihan profesional sekurang-kurangnya dua kali setahun serta tabiat memberus dan flos gigi harian. Memberus gigi akan menghilangkan plak dari permukaan gigi yang boleh dicapai; manakala flos pula akan menghilangkan zarah makanan dan plak dari antara gigi dan di bawah garis gusi. Pencuci mulut antibakteria dapat mengurangkan bakteria yang menyebabkan penyakit plak dan gusi, menurut Persatuan Pergigian Amerika.

Perubahan kesihatan dan gaya hidup yang lain yang akan mengurangkan risiko, keterukan dan kelajuan perkembangan penyakit gusi termasuklah:

  • Berhenti merokok. Penggunaan tembakau adalah faktor risiko yang signifikan untuk perkembangan periodontitis. Perokok adalah tujuh kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit gusi daripada orang yang tidak merokok, dan merokok boleh menurunkan keberkesanan beberapa rawatan.
  • Mengurangkan tekanan. Tekanan mungkin menyebabkan sistem imun tubuh anda sukar untuk melawan jangkitan.
  • Mengekalkan diet yang seimbang. Pemakanan yang berkesan membantu sistem imun anda melawan jangkitan. Ambil makanan dengan sifat antioksida – contohnya, yang mengandungi vitamin E (minyak sayuran, kacang, sayur-sayuran berdaun hijau) dan vitamin C (buah sitrus, brokoli, kentang) – boleh membantu pembaikan badan anda tisu yang rosak.
  • Elakkan mengetap atau mengeritkan gigi anda. Tindakan ini boleh meletakkan daya yang berlebihan pada tisu sokongan gigi dan dapat meningkatkan kadar pemusnahan tisu-tisu ini.

Walaupun dengan mengikuti amalan kebersihan mulut yang baik dan mengamalkan gaya hidup sihat yang lain, American Academy of Periodontology mengatakan bahawa sehingga 30% rakyat Amerika mungkin secara genetik mudah terdedah kepada penyakit gusi. Dan mereka yang terdedah secara genetik, mungkin sehingga enam kali lebih cenderung untuk mendapat beberapa bentuk penyakit gusi. Sekiranya ada di dalam keluarga anda mempunyai penyakit gusi, ini bermakna anda mungkin menghadapi risiko yang lebih besar juga. Sekiranya anda lebih terdedah kepada penyakit gusi, doktor gigi anda mungkin akan mengesyorkan pemeriksaan, pembersihan dan rawatan yang lebih kerap untuk mengurus keadaan ini dengan lebih baik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 31, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut