Apa itu Ginekomastia?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Ginekomastia?

Ginekomastia adalah pertumbuhan payudara yang tidak normal. Ini adalah gangguan hormon estrogen dan testosteron yang membawa kepada pertumbuhan tisu-tisu payudara berlebihan.

Apakah kebarangkalian Ginekomastia?

Keadaan kesihatan ini biasanya dihadapi tiga (3) kumpulan di bawah:

  • Bayi lelaki yang baru lahir.
  • Lelaki berusia 12 – 16 tahun.
  • Orang tua lelaki.

Bagi bayi lelaki, payudara boleh menjadi normal dalam enam minggu hingga tiga tahun selepas akil baligh. Ini boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila bincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ginekomastia?

Simptom-simptom ginekomastia termasuklah:

  • Payudara lebih besar dari biasa untuk lelaki.
  • Terdapat tisu radang bawah puting, boleh dirasa menggunakan tangan.
  • Sedikit sakit di payudara tetapi tidak serius.

Mungkin terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda ada sebarang kebimbangan mengenai suatu simptom, sila rujuk doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor anda jika anda mempunyai tanda-tanda di bawah:

  • Payudara bengkak.
  • Sakit di salah satu belah payudara.
  • Lelehan di puting.

Setiap tubuh badan adalah berbeza. Langkah terbaik adalah untuk bincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Ginekomastia?

Ginekomastia bagi lelaki biasanya disebabkan perubahan hormon semasa akil baligh.  Keadaan ini boleh berlaku bagi bayi lelaki yang baru lahir atau lelaki berusia. Sesetengah ubat, dadah dan ubat peningkatan otot bagi kecergasan boleh menyebabkan ginekomastia. Susu soya, tauhu dan makanan lain dari soya boleh menjadi salah satu faktor menyebabkan ginekomastia kerana soya mempunyai banyak hormon estrogen. Selain itu, terdapat juga kesan terpencil seperti kanser payudara, tumor mamari, kecacatan kelahiran, hati dan penyakit buah pinggang.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ginekomastia?

Terdapat banyak faktor risiko ginekomastia, seperti:

  • Umur: Remaja lelaki dalam jangka masa akil baligh atau orang tua yang boleh mendapat penyakit ini.
  • Menggunakan steroid anabolik atau hormon androgen bagi tujuan sukan.
  • Penyakit lain seperti hati atau penyakit buah pinggang, penyakit tiroid, gangguan hormon atau sindrom Klinefelter.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Ginekomastia didiagnosis?

Doktor anda boleh mendiagnosis penyakit ini dengan memeriksa fizikal dada dan payudara. Ujian darah juga boleh diambil untuk memeriksa tahap hormon dan mengenal pasti sebab-sebab lain. Kadangkala, doktor anda boleh melakukan ujian-ujian lain seperti mamografi  dan ultrabunyi payudara untuk memeriksa jika terdapat kesan tumor.

Bagaimana pesakit Ginekomastia dirawat?

Kanak-kanak lelaki berusia 12 hingga 16 dan bayi tidak memerlukan rawatan kerana penyakit ini akan surut bila mereka membesar. Rawatan-rawatan lain:

  • Letakkan ais dan makan pil tahan sakit jika ada radang payudara.
  • Jangan gunakan ubat peransang.
  • Hentikan mengunakan bahan bagi tujuan kecergasan. Maklumkan doktor anda sebarang pil tambahan yang ada gunakan.

Untuk gangguan hormon, ubat tertentu boleh membantu untuk seimbang dan menormalkan tisu-tisu payudara. Namun, jika tidak lega. Doktor anda akan menetapkan untuk memotong tisu berlebihan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ginekomastia?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi ginekomastia:

  • Hadkan alkohol.
  • Jangan gunakan makanan dari soya dalam diet harian anda.
  • Jangan gunakan ubat mengandungi hormon estrogen.
  • Ikut arahan doktor, jangan gunakan ubat tidak ditetapkan atau berhenti tanpa kebenaran doktor.
  • Merancang pemeriksaan semula untuk mengawal perkembangan simptom-simptom dan juga keadaan kesihatan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 27, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 31, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.