backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Gigitan Labah-labah ‘Brown Recluse’

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Gigitan Labah-labah ‘Brown Recluse’?

Gigitan labah-labah ‘brown recluse’ berlaku apabila anda digigit oleh labah-labah tersebut. Dalam sesetengah kes, ia boleh mengancam nyawa.

Labah-labah ‘brown recluse’ adalah labah-labah berbisa yang biasanya terdapat di Amerika tengah dan selatan. Walaupun labah-labah ini beracun, mereka sebenarnya jarang menggigit orang.

Apakah kebarangkalian Gigitan Labah-labah ‘Brown Recluse’?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Gigitan Labah-labah ‘Brown Recluse’?

Anda biasanya tidak merasai apabila labah-labah ‘brown recluse’ menggigit anda. Ini bermakna anda mungkin tidak menyedari bahawa anda telah digigit jika anda tidak nampak labah-labah pada kulit anda. Jika anda merasakannya, gigitannya adalah sedikit menyengat pada mulanya.

Simptom daripada racun biasanya tidak muncul selama beberapa jam. Anda kemudiannya mungkin akan merasa sakit, membakar, atau gatal-gatal di sekitar tapak gigitan. Kawasan ini mungkin akan menjadi merah. Lepuh putih kecil juga boleh timbul pada kesan gigitan ini.

Simptom tambahan yang mungkin akan timbul tidak lama selepas gigitan termasuklah:

  • Demam
  • Loya
  • Gatal-gatal yang teruk di tapak gigitan
  • Ruam kulit
  • Rasa menggigil
  • Ketidakselesaan umum
  • Berpeluh-peluh

Kira-kira 12 hingga 36 jam selepas gigitan, ciri dan corak perubahan warna yang unik dapat dilihat. Kesan gigitan boleh berubah warna kepada ungu atau biru gelap dan dikelilingi oleh lingkaran putih dan kawasan merah yang lebih besar. Mungkin juga terdapat lepuh gelap atau ulser akibat gigitan. Dalam sesetengah kes, ulser yang disebabkan oleh gigitan boleh bertahan dan berkembang selama berminggu-minggu.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Gigitan Labah-labah ‘Brown Recluse’?

Labah-labah ‘brown recluse’ bukanlah labah-labah yang agresif dan hanya akan menggigit jika mereka terperangkap pada kulit. Mereka biasanya bersembunyi pada siang hari dan keluar pada waktu malam untuk memburu serangga.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gigitan Labah-labah ‘Brown Recluse’?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Gigitan Labah-labah ‘Brown Recluse’ didiagnosis?

Pergi ke bilik kecemasan atau hubungi doktor anda dengan segera jika anda fikir labah-labah ‘brown recluse’ telah menggigit anda. Jika boleh, tangkapkan labah-labah itu ke dalam balang dan bawanya bersama dengan anda. Ini boleh membantu doktor anda mengenal pasti labah-labah dan mengesahkan diagnosis. Selalunya dalam jabatan kecemasan, seorang doktor akan memberi anda perangsang tetanus.

Bagaimana pesakit Gigitan Labah-labah ‘Brown Recluse’ dirawat?

Tidak ada antivenom yang disyorkan (ubat yang melawan racun dalam gigitan yang dipanggil ‘venom’) untuk labah-labah ‘brown recluse’. Kebanyakan gigitan akan bertindak balas terhadap rehat, pek ais, dan meninggikan bahagian yang digigit.

Beberapa rawatan dan ubat lain telah digunakan dalam menguruskan komplikasi kulit dari gigitan. Antara yang sering digunakan termasuklah:

  • Colchicine (Colcrys, Mitagare), ubat yang digunakan untuk merawat gout
  • Kortikosteroid, ubat-ubatan yang melegakan keradangan
  • Dapsone, antibiotik yang digunakan dalam rawatan kusta
  • Diphenhydramine (Benadryl), antihistamin
  • Oksigen hiperbarik
  • Nitrogliserin, ubat jantung
  • NSAID, seperti ibuprofen (Advil)
  • Ubat pelega kesakitan

Doktor anda juga boleh memberikan antibiotik jika luka dari gigitan labah-labah itu dijangkiti.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gigitan Labah-labah ‘Brown Recluse’?

Dalam perjalanan ke klinik doktor atau bilik kecemasan, ambil langkah pertolongan cemas ini:

  • Basuh luka gigitan dengan sabun dan air secepat mungkin.
  • Tinggikan kawasan di mana gigitan berlaku.
  • Gunakan jaram sejuk atau pek ais untuk gigitan bagi membantu melegakan bengkak dan sakit – selama 10 minit, kemudian angkat selama 10 minit.

Walaupun gigitan labah-labah ‘brown recluse’ didengari seperti menakutkan, ia biasanya tidak berbahaya. Kebanyakan gigitan akan sembuh sendiri tanpa komplikasi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan