Apa itu Gigitan Haiwan?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Gigitan Haiwan?

Haiwan semata-mata mungkin akan menyerang manusia apabila mereka merasa terancam, sakit, melindungi anak atau wilayah kawasan mereka. Adapun serangan oleh binatang peliharaan adalah lebih biasa. Gigitan haiwan jarang sekali mengancam nyawa, tetapi jika mereka dijangkiti, anda boleh mengalami masalah kesihatan yang serius.

Banyak jenis haiwan boleh menggigit orang dewasa dan kanak-kanak. Gigitan haiwan kebanyakan berasal dari haiwan peliharaan, namun haiwan berikut juga boleh menggigit:

  • Rakun
  • Feret
  • Tupai
  • Tikus

Apakah kebarangkalian Gigitan Haiwan?

Kanak-kanak lebih kerap digigit daripada orang dewasa. Sebilangan besar gigitan haiwan adalah disebabkan oleh anjing (85 hingga 90 peratus), dengan baki pula disebabkan oleh kucing (5 hingga 10 peratus) dan tikus (2 hingga 3 peratus). Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Gigitan Haiwan?

Apabila gigitan telah berlaku, adalah penting untuk mencari tanda-tanda atau simptom jangkitan.

Tanda dan simptom berikut mungkin menunjukkan jangkitan atau kehadiran serpihan debris di luka anda:

  • Kemerahan setempat sekitar luka anda
  • Kehangatan di sekitar kawasan gigitan
  • Jalur merah daripada kawasan gigitan
  • Demam
  • Nanah
  • Bengkak
  • Sakit

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor anda jika mengalami yang berikut:

  • Lukanya menusuk dengan mendalam atau anda tidak pasti tahap keseriusannya.
  • Kulit terkoyak/terputus dan berdarah dengan ketara – mulakan meletakkan tekanan dengan pembalut atau kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
  • Terdapat peningkatan bengkak, kemerahan, rasa sakit atau lelehan, yang merupakan tanda-tanda amaran jangkitan.
  • Anda mempunyai soalan mengenai risiko anda terhadap rabies atau pencegahan rabies. Jika gigitan disebabkan oleh kucing atau anjing anda, cuba pastikan bahawa vaksin rabies yang diberikan pada mereka adalah yang terkini. Sekiranya gigitan disebabkan oleh binatang liar, dapatkan nasihat daripada doktor anda tentang haiwan mana yang paling mungkin membawa rabies.
  • Kelawar selalunya membawa rabies. Dan terdapat orang yang telah dijangkiti tanpa tanda-tanda gigitan yang jelas. Inilah sebab mengapa Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengesyorkan bahawa orang yang bersentuhan dengan kelawar – atau bahkan mereka yang sedang tidur dan apabila bangun mendapati ada kelawar di bilik tidur – untuk dapatkan nasihat perubatan tentang suntikan rabies, walaupun mereka tidak rasa mereka ‘ telah digigit.

Anda tidak mengambil suntikan tetanus dalam tempoh lima tahun yang lalu dan luka itu adalah dalam atau tercemar. Anda mungkin memerlukan suntikan perangsang (booster).

Punca

Apakah punca Gigitan Haiwan?

Adalah dipercayai bahawa gigitan haiwan boleh terjadi apabila suatu haiwan tersebut diganggu. Gigitan yang menyerang mungkin berlaku jika anda cuba mengeluarkan makanan semasa seekor anjing sedang makan. Selain itu, ia juga boleh berlaku ketika anda membelai atau bermain dengan haiwan peliharaan anda.

Walau bagaimanapun, dalam banyak kes gigitan haiwan adalah tanpa provokasi. Gigitan tanpa provokasi boleh berlaku di belakang rumah anda. Kadang-kadang rakun atau tupai mungkin menyerang tanpa sebab yang jelas. Sekiranya ini berlaku, haiwan yang menyerang tersebut mungkin sakit dengan parah.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gigitan Haiwan?

Terdapat banyak faktor risiko untuk gigitan haiwan, seperti:

  • Kebanyakan orang lebih bimbang tentang gigitan dari haiwan terbiar dan liar, tetapi sebenarnya mana-mana haiwan mempunyai potensi untuk menggigit.
  • Banyak gigitan sebenarnya disebabkan oleh haiwan peliharaan sendiri atau haiwan yang dimiliki oleh rakan atau jiran seseorang.
  • Haiwan boleh bertindak secara tidak diduga dan gigitan tidak selalunya berlaku akibat provokasi. Walau bagaimanapun, seekor haiwan lebih cenderung untuk menggigit jika terganggu, merasa terancam, atau terlebih seronok.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Gigitan Haiwan didiagnosis?

Pemeriksaan

Luka akan diperiksa dengan teliti untuk sebarang serpihan. Luka anda mungkin dirawat dengan ejen pelali sebelum doktor anda menelitinya.

Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mengalami keadaan ini, beliau akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengesan keparahan gigitan haiwan. Kemudian doktor anda akan melaksanakan beberapa ujian:

X-Ray

Doktor anda boleh melaksanakan x-ray untuk memeriksa sebarang keretakan tulang. X-ray juga boleh membantu mereka memastikan tiada serpihan dalam luka yang tidak dapat dilihat semasa pemeriksaan. Sesetengah jenis bahan asing seperti kotoran atau rumput agak mudah diabaikan dalam pemeriksaan.

Bagaimana pesakit Gigitan Haiwan dirawat?

Pengairan

Pada mulanya, doktor anda akan melalukan air pada luka untuk membersihkannya dengan betul. Ini penting untuk mencegah jangkitan. Pengairan mungkin tidak selalunya menghalang jangkitan, tetapi ia mengurangkan risiko. Anestetik setempat boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan.

Debridmen

Gigitan haiwan boleh menyebabkan keadaan kulit terkoyak yang tidak dapat diperbaiki. Prosedur yang dikenali sebagai debridmen mungkin diperlukan untuk membuang kulit dan tisu yang mati, dijangkiti, dan yang tidak dapat diperbaiki. Debridmen kadangkala menyakitkan. Anda mungkin memerlukan anestetik setempat untuk prosedur ini.

Penutupan

Luka yang menembusi kulit biasanya tidak ditutup dengan jahitan. Tetapi terdapat juga beberapa jenis luka yang mesti ditampal atau dijahit, sebaik sahaja selepas berlaku gigitan.

Penjagaan luka

Doktor anda boleh mengesyorkan kaedah rawatan luka yang berbeza, berdasarkan kecederaan yang anda alami.

Ubat-ubatan

Antibiotik boleh diberikan untuk mencegah jangkitan yang disebabkan oleh gigitan haiwan. Jenis gigitan berikut biasanya memerlukan antibiotik:

  • Gigitan kucing
  • Luka yang memerlukan debridmen
  • Luka teruk yang tercemar

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gigitan Haiwan?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani gigitan haiwan:

  • Jangan sekali-kali membelai, mengendalikan, atau memberi makan haiwan yang tidak dikenali
  • Abaikan ular jika terjumpa
  • Perhatikan anak-anak anda dengan teliti apabila di sekeliling haiwan
  • Berikan vaksin kepada kucing, feret, dan anjing anda terhadap rabies
  • Kembiri atau kasi haiwan peliharaan anda untuk menjadikannya kurang agresif
  • Dapatkan suntikan perangsang tetanus jika anda tidak mengambilnya baru-baru ini
  • Pakai baju dan seluar panjang apabila anda berada di kawasan dengan ular berbisa

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 27, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019