Apa itu Gastroparesis dan gangguan motiliti gaster ?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Gastroparesis dan gangguan motiliti gaster?

Gastroparesis dan gangguan motiliti gaster adalah kondisi di mana kekejangan otot perut secara luar biasa menghalang kebolehannya untuk mencerna makanan. Apabila anda menghidapi penyakit ini, perut anda akan mengecut dan menghancurkan atau membawa makanan ke dalam usus seperti biasa. Makanan boleh terbentuk menjadi blok pepejal, mengakibatkan mual, muntah dan tersekat dalam perut.

Apakah kebarangkalian Gastroparesis dan gangguan motiliti gaster?

Golongan wanita muda dan pertengahan umur sering mengalami gastroparesis dan gangguan motiliti gaster idiopatik. Hal ini boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Gastroparesis dan gangguan motiliti gaster?

Simptom gastroparesis dan gangguan motiliti gaster ialah:

  • Flatulens dan kembung
  • Sakit perut
  • Hipoglikemia atau paras gula luar biasa
  • Mual
  • Rasa kenyang setelah makan beberapa suap dan anoreksia
  • Hilang berat badan kerana kurang nutrien

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila berjumpa doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut menghubungi doktor anda jika mengalami simptom dalam jangka masa yang panjang dan tidak reda. Setiap tubuh bertindak secara berbeza. Lebih baik anda berbincang dengan doktor anda mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Gastroparesis dan gangguan motiliti gaster?

Punca gastroparesis dan gangguan motiliti gaster masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, saintis mengatakan bahawa gastroparesis and gangguan motiliti gaster disebabkan oleh kecederaan pada saraf perut. Saraf ini boleh jadi rosak kerana anda ada kencing manis atau pernah menjalani pembedahan perut.

Selain itu, penyalahgunaan ubat tidur, perencat kalsium, ubat kimoterapi serta endokrin atau penyakit imun, juga antara penyebab gastroparesis dan gangguan motiliti gaster.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gastroparesis dan gangguan motiliti gaster?

Terdapat banyak faktor risiko gastroparesis dan gangguan motiliti gaster, seperti:

  • Diabetes.
  • Pembedahan abdomen dan esofagus.
  • Jangkitan kuman (selalunya disebabkan oleh viral).
  • Beberapa ubat yang melambatkan proses pencernaan seperti ubat tidur.
  • Beberapa rawatan kanser seperti radioterapi atau kimoterapi.
  • Penyakit tisu perantaraan.
  • Penyakit neurologikal seperti Parkinson atau sklerosis berbilang.
  • Hipotiroidisme.

Tiada faktor risiko tidak bermakna anda bebas daripada penyakit ini. Ini antara faktor yang selalu terjadi dan hanyalah sebagai rujukan sahaja. Anda harus berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Gastroparesis dan gangguan motiliti gaster didiagnosis?

Terdapat beberapa ujian untuk mendiagnosis penyakit ini:

  • Ambil barium kontras pada bahagian atas gastrousus dan lihat bagaimana barium dapat melepasi perut.
  • Guna gastrousus endoskopi bahagian atas untuk melihat sama ada mukosa gaster normal atau tidak.
  • Ujian pernafasan.
  • CT

Bagaimana pesakit Gastroparesis dan gangguan motiliti gaster dirawat?

Pesakit diabetes perlu mengawal paras gula dalam darah  untuk mengurangkan simptom yang disebabkan oleh gastroparesis dan gangguan motiliti gaster. Anda patut membahagikan juadah anda dalam satu hari dan elakkan makanan yang berlemak, serat dan berbentuk pepejal untuk memudahkan pencernaan. Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, doktor akan mempreskripsikan ubat rasangan otot abdomen seperti metoclopramid (REGLAN) dan erythromycin (Eryc, EES).

Jika anda mengalami rasa mual atau muntah, doktor akan mempreskripsikan ubat antiemetik seperti prochlorperazime (Compro), thiethylperazine dan diphenhydramine (Benadryl, Unisom). Jika pesakit tidak dapat menyerap sebarang makanan atau minuman, doktor akan melakukan prosedur pembedahan untuk memasukan tiub makanan ke dalam usus.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gastroparesis dan gangguan motiliti gaster?

Berikut merupakan perubahan cara hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh membantu anda mengatasi gasroparesis dan gangguan motiliti gaster :

  • Ikut arahan doktor, jangan guna ubat tanpa preskripsi atau berhenti mengambilnya tanpa kebenaran doktor.
  • Jadualkan pemeriksaan semula bagi mengawal perkembangan simptom dan juga kondisi kesihatan anda.
  • Kawal paras gula anda. Anda perlu menukar ubat diabetes atau insulin anda.
  • Elakkan makanan berlemak dan serat. Makanan berlemak termasuklah lemak sayur-sayuran, biskut, gula-gula, snek, makanan dimasak, mentega, susu dan krim. Makanan ini akan memburukkan lagi simptom anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 5, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.