Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Gastroksisis ialah kecacatan masa lahir yang berlaku kepada bayi sewaktu dalam kandungan lagi. Sebahagian daripada abdomen bayi tersebut berkembang di luar badan kerana pembentukan dinding abdomen yang tidak sempurna. Kebanyakan bayi dengan gastroksisis dilahirkan pramatang.
Gastroksisis adalah keadaan kongenital yang jarang berlaku. Gastroksisis berlaku pada lelaki dan perempuan dalam nisbah yang sama. Anggaran kelahiran dengan keadaan ini ialah satu dalam 1,500 hingga 1 dalam 13,000. Bagaimanapun, keadaan ini lebih kerap berlaku dalam kalangan perempuan hamil di bawah usia 20 tahun. Jika anda merancang untuk hamil, anda boleh belajar tentang keadaan ini dan menjalani ujian pra kehamilan atau berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui maklumat lanjut sebelum kehamilan.
Gastroksisis dikesan dengan mengenal pasti lubang pada abdomen dan usus yang berada di luar badan. Terdapat juga beberapa bahagian usus yang berwarna gelap disebabkan telah bersentuh dengan cecair amniotik dalam rahim. Jika terdapat bahagain usus yang rosak, bayi tersebut akan menghadapi masalah mencerna makanan.
Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.
Bakal ibu perlu menetapkan temu janji berkala dengan doktor untuk meneliti kemungkinan gastroksisis dan keadaan bayi sewaktu kehamilan.
Punca sebenar gastroksisis tidak diketahui, tetapi ia akan membawa kepada masalah kesihatan yang lain. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan perubahan dalam hormon atau gen (kromosom) dalam bayi. Gastroksisis juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran yang dihadapi ibu hamil, pemakanan atau minuman, ubat yang digunakan, dan sebagainya. Disebabkan itu, adalah penting untuk memeriksa kesihatan dengan doktor sepanjang waktu kehamilan.
Antara faktor risiko gastroksisis ialah:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Gastroksisis kebiasaannya dikenal pasti sewaktu kelahiran, tetapi boleh juga didiagnosis lebih awal. Sewaktu kehamilan, doktor akan melakukan pemeriksaan ultrabunyi untuk mencari kemungkinan gastroksisis. Ini juga dapat membantu ibu dan doktor berbincang dan menetapkan pelan bagi tempat dan masa yang bersesuaian untuk melahirkan.
Jika doktor dapat mengenal pasti gastroksisis sebelum kelahiran, doktor juga akan memeriksa keadaan kesihatan bayi baik atau tidak.
Apabila bayi dilahirkan, pembedahan akan diperlukan untuk menangani usus yang terkeluar. Jika gastroksisis kecil, doktor akan melakukan pembedahan selepas kelahiran untuk memasukkan usus kembali ke dalam abdomen dan menutup pembukaan tersebut. Tetapi jika gastroksisis terlalu besar, pembedahan pembetulan akan dilakukan secara berperingkat.
Selepas memasukkan kembali usus ke dalam abdomen dan menutup pembukaan tersebut, bayi tersebut perlu dilindungi daripada jangkitan dengan cecair IV dan antibiotik, dan dibekalkan dengan nutrisi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan bayi.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani gastroksisis:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen