Apa itu Gastroenteritis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Gastroenteritis?

Gastroenteritis adalah keradangan pada lapisan usus yang berpunca daripada jangkitan. Beberapa individu mungkin berfikir mereka mengalami selsema perut namun istilah yang tepat adalah gastroenteritis. Kebanyakkan jangkitan disebabkan oleh virus namun jangkitan juga boleh disebabkan oleh bakteria atau parasit. Ia tersebar melalui makanan atau air tercemar dan berhubung dengan individu berjangkit. Masalah yang paling biasa dengan gastroenteritis adalah penyahhidratan/dehidrasi. Ini berlaku apabila anda kehilangan terlalu banyak cecair akibat daripada muntah-muntah dan cirit birit.

Apakah kebarangkalian Gastroenteritis?

Gastroenteritis adalah perkara biasa. Ia selalu terjadi pada bayi, kanak-kanak, orang dewasa yang lebih tua dan mereka yang miliki sistem imun yang lemah. Pencegahan terbaik adalah dengan mencuci tangan dengan kerap. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Gastroenteritis?

Biasanya tanda-tanda dan gejala-gejala bagi gastroenteritis adalah:

  • Sakit yang luar biasa atau kejang;
  • Cirit birit;
  • Loya dan muntah-muntah;
  • Turun berat badan;
  • Demam;
  • Kesejukan atau sakit kepala.

Bergantung kepada penyebabnya, gejala-gejala ini boleh berlaku pada 1 ke 3 hari selepas berjangkit, dan selalunya kekal sehingga 1 ke 2 hari, atau mungkin boleh berpanjangan sehingga ke 10 hari.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut hubungi doktor anda jika anda mengalami perkara-perkara tersebut:

  • Selalu buang air besar dalam masa 24 jam atau najis berdarah;
  • Muntah-muntah selama lebih dari 2 hari atau muntah berdarah;
  • Jika anda dinyahhidratkan (tanda-tanda seperti dahaga, mulut kering, air kencing warna kuning gelap, air kencing yang sikit atau tidak kencing, pening kepala);
  • Demam panas mencecah 40 darjah C (104 darjah F) atau lebih.

Untuk bayi dan kanak-kanak, anda patut hubungi doktor jika anak anda:

  • Alami demam panas mencecah 38.9 darjah C (102 darjah F);
  • Kelihatan cerewet atau mudah marah;
  • Kelihatan lesu atau lemah;
  • Cirit-birit berdarah;
  • Ada tanda-tanda dehidrasi;
  • Muntah-muntah selama beberapa jam;
  • Lampin tidak basah dalam 6 jam;
  • Tidur tidak normal.

Punca

Apakah Punca Gastroenteritis?

Gastroenteritis boleh disebabkan oleh jangkitan virus, jangkitan bakteria atau jangkitan parasit. Ia selalunya tersebar melalui minuman atau makanan tercemar dan berhubung dengan individu berjangkit.

Untuk jangkitan virus, jenis virus yang paling biasa yang menyebabkan gastroenteritis adalah norovirus dan rotavirus.

Untuk kes-kes yang ganjil, bakteria yang menyebabkan gastroenteritis adalah E.coli dan salmonela. Ini biasanya dijumpai dalam ayam yang tidak dimasak dan tercemar atau telur.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gastroenteritis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk gastroenteritis seperti:

  • Orang-orang tua biasanya memiliki sistem imun yang lemah yang membuatkan mereka mudah terdedah dengan jangkitan. Bayi dan kanak-kanak juga memiliki sistem imun yang lemah.
  • Sistem imun yang lemah. Ada beberapa keadaan yang boleh merendahkan sistem imun seperti HIV dan AIDS begitu juga ketika menerima kemoterapi.
  • Kawasan-kawasan sanitasi air yang miskin. Jika kawasan anda miliki akses air bersih yang terhad, anda lebih berisiko mendapat gastroenteritis.
  • Kebersihan yang kurang. Apabila anda jarang membasuh tangan anda, anda lebih berisiko mendapat jangkitan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Gastroenteritis didiagnosis?

Untuk memberikan anda diagnosis yang betul, doktor anda mungkin melakukan ujian-ujian berikut:

  • Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal;
  • Mengambil sampel najis anda untuk apa jua bakteria atau parasit.

Bagaimana pesakit Gastroenteritis dirawat?

Pilihan rawatan bagi gastroenteritis selalunya melibatkan rehat yang cukup dan penghidratan. Doktor anda mungkin menetapkan perubatan untuk melegakan dan menguruskan gejala-gejala anda. Untuk kes-kes yang jangkitan bakteria, antibiotik mungkin diberikan.

Jika anda mengesyaki yang anda mengalami gastroenteritis, anda patut:

  • Berhenti makan untuk beberapa jam untuk membiarkan perut anda berehat.
  • Minum banyak air.
  • Perlahan-lahan makan makanan yang senang dicerna. Makanan-makanan ini termasuk keropok, pisang atau bubur nasi.
  • Elakkan susu, alkohol, kaffein, makanan yang keras atau berlemak.
  • Dapatkan rehat yang cukup.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gastroenteritis?

Berikutnya adalah gaya hidup dan rawatan sampingan di rumah yang mungkin membantu anda mengatasi gastroenteritis:

  • Ikuti arahan doktor anda dengan betul;
  • Dapatkan rehat yang cukup;
  • Minum banyak air;
  • Kerap membasuh tangan anda, terutamanya selepas menggunakan tandas;
  • Mula makan makanan yang lembut yang senang dicerna;
  • Amalkan kaedah kebersihan yang betul ketika mengendalikan makanan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda