Gangguan Vokal Kord

Oleh

enEnglish

Definisi

Apakah itu gangguan vokal kord?

Vokal kord (juga dipanggil lipatan vokal) ialah dua jaluran tisu otot lembut yang dijumpai di dalam larinks (peti suara). Larinks terletak di atas trakea (paip udara) di dalam tekak. Vokal kord bergetar dan udara melepasi kord daripada peparu untuk menghasilkan bunyi suara anda. Suara kemudiannya dihantar melalui tekak, hidung, dan mulut, menjadikan bunyi “pantulan”. Suara setiap setiap orang ditentukan oleh saiz dan bentuk tekak, hidung dan mulut. Gangguan vokal kord disebabkan oleh vokal kord bermasalah. Di antara gangguan vokal kord yang biasa berlaku ialah laringitis, vokal kord nodul, polip, dan vokal kord lumpuh.

Apakah kebarangkalian gangguan vokal kord?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom gangguan vokal kord?

Simptomnya adalah pelbagai, bergantung kepada jenis gangguan.

Nodul vokal kord:

  • Suara parau
  • Suara bernada rendah
  • Suara berangin
  • Penyanyi mungkin kehilangan jangkauan suara

Polip vokal kord:

  • Suara parau
  • Suara nada rendah
  • Suara berangin

Ulser sentuhan:

  • Sakit tekak ketika bercakap
  • Suara mungkin menjadi parau
  • Suara mudah menjadi lesu

Laringitis:

  • Perubahan suara, daripada parau kepada serak atau hilang suara sepenuhnya
  • Jika disebabkan oleh jangkitan:
    • Demam
    • Sakit tekak
    • Lesu
    • Rasa ingin membuang sesuatu daripada tekak

Ketumbuhan vokal kord:

  • Perubahan suara
    • Parau
    • Berangin
    • Pitch berubah
    • Tidak boleh bercakap dengan kuat
  • Tidak selesa ketika menegangkan suara atau menggerakkan kord yang lumpuh
  • Mungkin sukar untuk bernafas

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor anda?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah yang menyebabkan gangguan vokal kord?

Gangguan vokal kord selalunya disebabkan oleh penyalahgunaan vokal. Ini termasuklah menggunakan suara terlalu banyak ketika menyanyi, bercakap, batuk, atau menjerit. Merokok dan menghidu bahan iritan juga dikira penyalahgunaan vokal.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap gangguan vokal kord?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah gangguan vokal kord didiagnosis?

Doktor anda akan bertanya tentang sejarah kesihatan anda. Doktor akan mendengar kepada kualiti suara anda dan memeriksa vokal kord anda. Ini selalunya dijalankan dengan meletakkan cermin kecil pada bahagian belakang mulut anda. Untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik, doktor mungkin akan menggunakan tiub kecil, dan fleksibel yang mempunyai kamera dihujungnya. Tiub ini akan dimasukkan melalui hidung ke dalam larinks.

Anda perlu membuat bunyi tertentu supaya doktor anda boleh melihat vokal kord ketika ia sedang berfungsi. Pemeriksaan ini mungkin dirakamkan dengan video supaya doktor anda boleh menganalisa selepas ini. Semua ini diperlukan untuk mendiagnosis kes laringitis, nodul dan polip vokal kord.

Dalam sesetengah kes, doktor anda mungkin akan mencadangkan analisa akoustik. Ini ada ujian bersiri yang menyukat kualiti suara anda, termasuklah kestabilan pitch, jangkauan dan keamatan suara. Selalunya, ujian ini digunakan apabila vokal kord lumpuh atau terdapat ketumbuhan yang perlu dibedah. Menggunakan keputusan ini, doktor dan ahli terapi suara boleh membuat andaian tentang proses penyembuhan selepas rawatan.

Kanser larinks kelihatan seperti ketumbuhan bukan kanser atau ulser sentuhan. Jika sesuatu yang luar biasa ditemui pada vokal kord, doktor anda akan menjalankan biopsi. Biopsi merupakan proses mendapatkan sedikit sampel pada tisu vokal kord yang sakit supaya ia boleh diperiksa di dalam makmal.

Ujian tambahan,seperti tomografi berkomputer (CT scan), mungkin diperlukan dalam kes vokal kord lumpuh atau kanser.

Bagaimanakah gangguan vokal kord dirawat?

Gangguan vokal kord yang disebabkan oleh penyalahgunaan suara mudah dicegah. Tambahan pula, kebanyakan gangguan vokal kord boleh diubati sepenuhnya. Doktor anda akan mencadangkan rawatan terbaik bergantung kepada:

  • Umur anda
  • Keadaan kesihatan dan sejarah kesihatan anda
  • Penyakit anda
  • Ketahanan anda terhadap ubat tertentu, prosedur, atau terapi
  • Jangka masa keadaan ini akan bertahan
  • Pendapat anda

Rawatan termasuklah:

  • Merehatkan suara
  • Berhenti tabiat yang boleh merosakkan vokal kord
  • Merujuk kepada ahli patologi khas dalam bidang suara, pertuturan, bahasa atau gangguan untuk menelan
  • Ubatan
  • Pembedahan membuang ketumbuhan

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani gangguan vokal kord?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berbincang doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau sebarang rawatan.

 

Tarikh Reviu Ogos 2, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 2, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut