backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD), Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentangnya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 17/11/2022

Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD), Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentangnya?

Definisi

Apa itu gangguan stres pasca trauma?

Gangguan stres pasca trauma (PTSD) merujuk kepada keadaan mental dimana anda mengalami episod panik yang dirangsang oleh pengalaman yang lalu.

Pengalaman melalui peristiwa traumatik boleh jadi sangat membinasakan bagi ramai orang.

Tetapi sebahagian orang menghidapi gangguan stres pasca trauma selepas mengalami peristiwa yang menyakitkan atau mengejutkan seperti kemalangan jalan raya atau peperangan.

Anda boleh menjadi sentiasa berfikir tentang peristiwa traumatik tersebut dan ia boleh memberikan kesan kepada hidup anda.

Adalah susah untuk menyesuaikan diri dalam membuat perubahan tetapi terdapat cara-caranya untuk membuatkan anda berasa lebih baik.

Apa risiko gangguan stres pasca trauma?

PTSD ini kerap berlaku dan kebiasaannya berlaku kepada perempuan lebih dari lelaki.

Ini adalah kerana kebanyakan perempuan lebih sensitif kepada perubahan berbanding lelaki menyebabkan mereka mengalami emosi yang lebih kuat.

Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko.

Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apa simptom PTSD?

Tanda-tanda dan simptom yang kerap bagi PTSD ialah:

  • Anda tidak boleh berhenti berfikir tentang peristiwa spesifik yang menyebabkan PTSD. Semasa anda mengalami PTSD, anda boleh menghilangkan rasa trauma tersebut berulang kali melalui imbas kembali (flashback), halusinasi dan mimpi ngeri.
  • Anda mengelakkan diri dari kehidupan social. Anda berasa takut akan mengalami serangan panik. Jadi anda berharao untuk tidak menemui orang lain atau mengelakkan dari manusia, tempat, fikiran atau situasi yang boleh mengingatkan anda kepada trauma tersebut. Hasilnya ialah rasa terasing dari keluarga dan kawan-kawan dan juga hilang minat terhadap aktiviti yang anda pernah suka.
  • Anda akan mengalami emosi yang lebih kuat berbanding sebelumnya. Ini bermakna anda mungkin lebih mudah mara atau lebih depresi atau melalui perubahan mood lebih kerap.
  • Anda mungkin mengalami masalah berkait dengan orang lain termasuk merasakan atau menunjukkan kasih sayang, atau berasa resah dan mudah terkejut.
  • Anda mungkin mengalami masalah untuk tidur dan fokus.
  • Dari sudut fizikal, anda mungkin mengalami simptom-simptom seperti tekanan darah dan degupan jantung tinggi, pernafasan laju, ketegangan otot, mual dan muntah.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

gangguan stres pasca trauma

Bila harus jumpa doktor?

Banyak orang yang mengalami keadaan mental berasa malu dan berlengah untuk berjumpa doktor.

Walaubagaimanapun, anda harus ingat bahawa PTSD boleh pulih.

Semakin awal anda mendapatkan rawatan, semakin cepat PTSD akan dirawat.

Anda harus menghubungi doktor jika anda mengalami mana-mana perkara berikut:

  • Anda anda mengalami pemikiran dan perasaan yang mengganggu tentang peristiwa traumatik lebih dari 1 bulan;
  • Jika pemikiran dan perasaan negatif anda sangat teruk;
  • Jika anda menghadapi masalah mengembalikan semula kehidupan anda dalam keadaan terkawal;
  • Jika anda berasa akan mencedera diri anda atau membunuh diri.

Punca

Apa punca PTSD?

Sebabnya masih tidak diketahui.

Tetapi ia dipercayai bahawa apa anda lalu, lihat atau belajar tentang sebuah peristiwa melibatkan kematian yang sebenar atau ancaman, kecederaan yang serius atau perkosaan menyebabkan PTSD.

Selain itu, anda boleh mengalami PTSD disebabkan percampuran yang kompleks melibatkan:

  • Anda mewarisi risiko masalah mental seperti risiko tinggi kebimbangan (anxiety) dan depresi;
  • Anda mengalami trauma yang banyak dan teruk sejak awal kanak-kanak;
  • Anda menwarisi aspek personality yang sering digelar tabiat anda;
  • Cara otak anda mengawal bahan kimia dan hormon yang dilepaskan oleh badan anda sebagai respon kepada stres.

Faktor Risiko

Apa faktor risiko saya gangguan stres pasca trauma?

gangguan stres pasca trauma

Terdapat banyak faktor risiko PTSD, terutamanya jika mereka telah melalui pengalaman yang perit.

Walaubagaimanapun, sebahagian faktor mungkin membuatkan anda lebih berisiko mengalami PTSD selepas peristiwa traumatik, seperti:

  • Mengalami trauma yang dahsyat atau dalam tempoh yang lama;
  • Mengalami trauma di usia awal, termasuk penderaan atau pengabaian kanak-kanak;
  • Mempunyai pekerjaan yang meningkatkan risiko terdedah kepada peristiwa traumatik seperti tentera dan pekerja kecemasan;
  • Mempunyai masalah mental yang lain seperti kebimbangan atau depresi;
  • Kurang sistem sokongan dari keluarga dan kawan-kawan;
  • Mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental termasuk PTSD atau depresi.

Kita semua menghadapi saat-saat tekanan dalam hidup tetapi sesetengah orang lebih berisiko untuk menghidapi PTSD.

Peristiwa yang paling kerap membawa kepada PTSD ialah:

  • Peperangan;
  • Pengabaian dan penderaan fizikal kanak-kanak;
  • Penderaan seksual;
  • Serangan fizikal;
  • Diancam dengan senjata.

Banyak peristiwa traumatik lain juga boleh membawa kepada PTSD.

Contoh seperti peristiwa kebakaran, bencana alam, samun, rompakan, kemalangan kereta, kapal terbang terhempas, penyeksaan, peculikan, penyakit yang mengancam nyawa, serangan pengganas dan peristiwa-peristiwa mengancam nyawa atau ekstrem yang lain.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit PTSD didiagnosis?

PTSD tidak didiagnosis sehingga sekurang-kurangnya sebulan berlalu selepas peristiwa traumatik berlaku.

Jika semasa sebulan selepas satu peristiwa, anda mengalami simptom-simptom yang disebut di atas, anda harus berjumpa doktor.

Jika terdapat simptom PTSD, doktor akan memulangan evaluasi dengan menjalankan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal yang lengkap.

Walaupun tiada ujian makmal yang khusus untuk diagnosis PTSD, doktor mungkin menggunakan pelbagai ujian untuk menyingkirkan kebarangkalian penyakit fizikal yang boleh menyebabkan simptom-simptom berkenaan.

Jika tidak penyakit fizikal ditemui, anda mungkin dirujuk ke ahli psikiatrik, ahli psikologi atau profesional kesihatan mental lain yang dilatih khusus untuk mendiagnosis dan merawat penyakit mental.

Ahli psikiatrik dan ahli psikologi menggunakan temuduga dan alatan penilaian yang direka khas untuk mengevaluasi seseorang yang mengalami gangguan kegelisahan (anxiety).

Doktor membuat diagnosis berdasarkan kepada simptom yang dilaporkan termasuk masalah yang berlaku disebabkan oleh simptom tersebut.

Doktor akan menentukan jika simptom dan kadar disfungsi tersebut menunjukkan PTSD.

PTSD didiagnosis jika seseorang itu mengalami simptom PTSD melebihi sebulan.

gangguan stres pasca trauma

Bagaimana pesakit PTSD dirawat?

Merawat PTSD bermakna anda perlu mengawal semula hidup anda.

Rawatan pertama ialah psikoterapi yang sering digunakan bersama ubat-ubatan.

Apabila anda menggabungkan rawatan ini, simptom boleh bertambah baik.

Selain itu, anda perlu belajar skil untuk menghadapi simptom anda dan membantu anda rasa lebih baik tentang diri anda.

Doktor akan mengajar anda cara untuk mengatasi jika simptom tersebut kembali semula.

Tambahan pula, rawatan ini akan membantu merawat masalah yang berkaita dengan pengalaman traumatik, seperti depresi, kebimbangan atau penyalahgunaan alkohol atau dadah.

Terdapat beberapa kaedah psikologi yang direka untuk membantu anda mengenal pasti dan mengurusnya dengan baik seperti terapi kognitif, terapi pendedahan dan desensitasi pergerakan mata.

Terapi kognitif membantu anda mengenal pasti apa yang membuatkan anda tersekat di dalam memori tersebut.

Terapi pendedahan membantu anda menghadapi dengan selamat apa yang anda rasa menakutkan anda supaya anda dapat belajar cara mengatasinya dengan efektif.

Desensitasi dan pergerakan mata pemprosesan semula dengan satu rangkaian pergerakan mata terpandu membantu anda memproses memori traumatik dan mengubah cara anda bertindakbalas terhadapnya.

Anda mungkin memerlukan beberapa ubat untuk merawat simptom PTSD.

Ia boleh jadi anti-depresi untuk membantu simptom depresi dan kebimbangan; anti-anxiety untuk memperbaik kebimbangan dan stres; dan prazosin apabila simptom melibatkan insomnia atau mimpi ngeri berulang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 17/11/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan