Apa itu Gangguan Pendarahan?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Gangguan Pendarahan?

Gangguan pendarahan adalah keadaan yang menganggu cara darah anda untuk membeku dengan normal. Proses pembekuan, juga dikenali sebagai koagulasi, menukarkan darah daripada bentuk cecair kepada pepejal. Apabila anda cedera, darah anda akan mula untuk membeku dengan normal bagi menghalang banyak darah yang hilang. Kadang kala, terdapat keadaan tertentu yang menghalang darah daripada membeku dengan baik, yang mana menyebabkan pendarahan yang banyak dan berpanjangan.

Gangguan pendarahan boleh menyebabkap pendarahan abnormal daripada luar dan dalam badan. Sesetengah gangguan boleh meningkatkan jumlah darah yang keluar daripada badan secara mendadak. Gangguan-gangguan yang lain menyebabkan pendarahan berlaku di bawah kulit atau di dalam organ yang penting, seperti otak.

Terdapat pelbagai jenis gangguan pendarahan, namun berikut merupakan antara yang paling biasa berlaku:

  • Hemofilia A dan B adalah keadaan yang berlaku apabila terdapat paras faktor pembeku yang rendah di dalam darah anda. ┬áIa menyebabkan pendarahan yang banyak dan luar biasa pada sendi. Walaupun hemofilia jarang berlaku, ia boleh menyebabkan komplikasi yang boleh membawa maut.
  • Kekurangan faktor II, V,VII, X atau XII adalah gangguan pendarahan yang berkaitan dengan masalah pembekuan darah atau masalah pendarahan yang abnormal.
  • Penyakit von Willebrand adalah gangguan pendarahan yang diwarisi paling biasa berlaku, ia berlaku apabila darah kekurangan faktor Von Willebrand, yang mana membantu darah untuk beku.

Apakah kebarangkalian Gangguan Pendarahan?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Gangguan Pendarahan?

Simptom-simptom bagi gangguan pendarahan berbeza mengikut jenis spesifik gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, tanda-tanda utama termasuk:

  • Lebam tanpa sebab dan mudah berlaku
  • Pendarahan haid yang banyak.
  • Hidung sering berdarah.
  • Pendarahan yang berlebihan daripada luka kecil atau kecederaan.
  • Pendarahan di dalam sendi.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Gangguan Pendarahan?

Untuk pembekuan darah berlaku, badan anda memerlukan sel yang dipanggil platelet dan protein yang dikenali sebagai faktor pembeku. Jika anda mempunyai gangguan pendarahan, anda sama ada tidak mempunyai platelet atau faktor pembeku yang cukup atau kedua-dua ini tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

Kebanyakan gangguan pendarahan adalah diwarisi, bermaksud ia diwarisi daripada ibabapa kepada anak mereka. Walau bagaimanapun, sesetengah gangguan berlaku disebabkan oleh keadaan perubatan yang lain, seperti penyakit hati.

Gangguan pendarahan boleh juga disebabkan oleh:

  • Kiraan sel darah merah rendah.
  • Kekurangan vitamin K.
  • Kesan sampingan daripada ubat-ubat tertentu.

Ubat-ubatan yang boleh menganggu pembekuan darah dipanggil antikoagulan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gangguan Pendarahan?

Berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Gangguan Pendarahan didiagnosis?

Bagi mendiagnosis gangguan pendarahan, doktor anda akan bertanya anda mengenai simptom-simptom dan sejarah perubatan anda. Doktor juga akan melakukan pemeriksaan fizikal. Semasa temu janji, pastikan anda memberitahu:

  • Sebarang keadaan perubatan terkini yang anda hidapi.
  • Sebarang ubat atau makanan tambahan yang anda ambil.
  • Baru-baru ini anda pernah terjatuh atau cedera.
  • Kekerapan anda mengalami pendarahan.
  • Berapa lama masa yang diambil untuk pendarahan berhenti.
  • Apa yang anda lakukan sebelum pendarahan berlaku.

Selepas mengumpul semua maklumat ini, doktor anda akan menjalani ujian darah bagi melakukan diagnosis yang tepat. Ujian-ujian ini termasuk:

  • Kiraan darah lengkap (CBC), yang mana menyukat jumlah sel darah merah dan putih di dalam badan anda
  • Ujian pengagregatan platelet, yang mana memeriksa kebolehan platelet anda untuk bergumpal bersama
  • Masa pendarahan, yang mana menentukan kepantasan darah anda untuk membeku bagi menghalang pendarahan

Bagaimana pesakit Gangguan Pendarahan dirawat?

Pilihan rawatan berbeza bergantung kepada jenis gangguan pendarahan dan keterukannya. Walaupun rawatan tidak dapat menyembuhkan gangguan pendarahan, ia boleh bantu melegakan simptom yang berkaitan dengan gangguan tertentu.

Makanan tambahan zat besi

Doktor anda akan mempreskripsi makanan tambahan zat besi bagi menambahkan semula jumlah zat besi di dalam badan anda sekiranya anda hilang banyak darah. Paras zat besi yang rendah boleh menyebabkan anemia kekurangan zat besi. Keadaan ini boleh menjadikan anda berasa lemah, letih, dan pening. Anda mungkin memerlukan tranfusi darah jika simptom-simptom tidak bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan zat besi.

Transfusi darah

Transfusi darah menggantikan mana-mana darah yang hilang dengan darah yang diambil daripada penderma. Darah penderma perlu sama dengan jenis darah anda bagi mengelakkan komplikasi. Prosedur ini hanya boleh dilakukan di hospital.

Rawatan-rawatan lain

Sesetengah gangguan pendarahan boleh dirawat dengan produk topikal atau semburan hidung. Gangguan-gangguan lain, termasuk hemofilia, boleh dirawat dengan terapi penggantian faktor. Ini melibatkan suntikan konsentrat faktor pembeku ke dalam aliran darah anda. Suntikan-suntikan ini boleh menghalang atau mengawal pendarahan yang banyak.

Anda juga mendapat transfusi plasma beku segar jika anda kekurangan faktor pembeku tertentu. Plasma beku segar mengandungi faktor V dan VII, yang mana adalah dua protein penting bagi membantu pembekuan darah. Transfusi ini harus dilakukan di hospital.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gangguan Pendarahan?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 30, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.