Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Gangguan obsesif-kompulsif (OCD) adalah gangguan psikiatri yang mempengaruhi pemikiran dan kelakuan penderita. Mereka dibebani pemikiran yang muncul secara terus-menerus yang akhirnya membuatkan mereka melakukan sesuatu berulang-ulang kali sebagai respon terhadap kegelisahannya. Sebagai contoh, memeriksa berulang kali sama ada mereka telah mengunci pintu atau belum. Mereka yang mengalami OCD boleh cuba untuk menghilangkan pemikiran tersebut, namun hal ini hanya akan menjadikan mereka tertekan dan cemas. Akhirnya, mereka terpaksa mengambil tindakan untuk melegakan tekanan yang dialami.
Gangguan obsesif-kompulsif selalunya muncul di bawah usia 20 tahun, terutamanya pada mereka yang pernah mengalami pelbagai tekanan dalam kehidupan. Simptom-simptom ini kadang-kadang boleh dikawal namun tidak dapat dihilangkan sepenuhnya. Sila rujuk doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tanda-tanda dan simptom-simptom penderita OCD biasanya merakam perilaku obsesif dan kompulsif yang bukan disebabkan penggunaan ubat atau kondisi lain. Ia menyebabkan stres dan menjejaskan kehidupan seharian si penderita. Terdapat banyak jenis kelakuan obsesif dan kompulsif, seperti:
Pemikiran yang keterlaluan:
Tingkah laku yang kompulsif:
Mereka yang mengalami OCD selalunya tiada niat untuk berkelakuan sedemikian, namun ia adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal. Tingkah laku kompulsif biasanya terjadi pada waktu siang dimana si penderita pada kebanyakan masa berasa terganggu sehingga membuatnya sukar untuk melakukan kerja yang lebih berguna.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Anda perlu berjumpa doktor jika:
Pada masa ini para saintis masih belum mengetahui punca yang menyebabkan obsesif-kompulsif. Beberapa faktor boleh menyumbang kepada penyakit ini termasuk:
Kecederaan kepala;
Jangkitan;
Mempunyai keabnormalan fungsi di kawasan-kawasan tertentu otak;
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko gangguan kompulsif-obsesif termasuk:
Sejarah keluarga: ibu bapa atau ahli keluarga yang mengalami gangguan obsesif-kompulsif boleh meningkatkan risiko anda.
Mengalami peristiwa-peristiwa yang membuatkan anda berasa tertekan atau kecenderungan anda untuk bertindak balas dengan agresif terhadap tekanan dapat meningkatkan risiko gangguan obsesif-kompulsif.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor sering mendiagnosis OCD berdasarkan simptom-simptom yang anda gambarkan. Doktor anda juga akan menjalankan pemeriksaan kinikal untuk menyisihkan sebab-sebab lain dari simptom-simptom anda. Juga, doktor juga mungkin menjalankan penilaian psikologi. Dalam kaedah penilaian psikologi, doktor boleh menyemak status pesakit mental dengan memerhati penampilan, sikap dan bertanya tentang fikiran, mood, paranoia, halusinasi, ketagihan penyalahgunaan bahan dan keupayaan untuk keganasan atau bunuh diri.
Gangguan obsesif-kompulsif boleh dirawat menggunakan terapi kombinasi dan terapi perilaku kognitif.
Ubat: Doktor boleh menetapkan ubat-ubatan untuk membantu mengawal obsesi mental dan tingkah laku kompulsif. Biasanya, anti-depresan akan digunakan terlebih dahulu dan mungkin termasuk:
Clomipramine (Anafranil);
Fluvoxamine (Luvox CR);
Fluoxetine (Prozac);
Paroxetine (Paxil, Pexeva);
Sertraline (Zoloft).
Terapi perilaku kognitif: Jika anda sering mempunyai pemikiran negatif, ini boleh menyebabkan anda mengalami gangguan mental dalam jangka masa panjang. Terapi kognitif dapat membantu anda untuk mengenal pasti tabiat-tabiat yang dilakukan separa sedar yang menyebabkan pemikiran itu berlaku. Selanjutnya, terapi tingkah laku dan panduan latihan akan membantu anda untuk mengenal pasti tabiat lain bagi mengelakkan pemikiran negatif. Apabila cara pemikiran anda berubah, itu bermakna simptom-simptom telah berjaya diatasi.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi gangguan obsesif-kompulsif:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen