Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Gangguan tidur adalah sebarang kecelaruan yang mempengaruhi, mengganggu, atau melibatkan tidur. Terdapat kira-kira lapan puluh jenis gangguan tidur yang berbeza seperti sindrom apnea tidur obstruktif, insomnia, parasomnia, dan sebagainya.
Masalah kesihatan ini sangat biasa. Terdapat kira-kira 70 juta orang di Amerika Syarikat yang menghidapinya. Ia juga boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Walau bagaimanapun, ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bergantung kepada jenis gangguan, terdapat banyak simptom yang boleh dikesan. Antara yang biasa adalah mengigau, dengkuran, insomnia, sindrom kaki gelisah, narkolepsi, dan apnea tidur. Sesetengah simptom tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, bahkan mengalami kualiti tidur yang rendah atau hanya mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Adalah baik untuk berbincang dengan doktor berkenaan apakah penyelesaian yang paling sesuai untuk keadaan anda. Kerana gangguan tidur kronik boleh menjejaskan fungsi harian serta kesihatan mental dan fizikal anda.
Masalah tidur boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk:
Faktor lain yang boleh mengganggu tidur termasuk genetik, pekerjaan waktu malam, ubat-ubatan, dan penuaan.
Terdapat banyak faktor risiko bagi gangguan tidur, seperti: obesiti, saiz lilitan leher yang besar, tisu hidung, mulut atau tekak yang membesar, kecacatan tulang, penggunaan alkohol atau ubat, tidur menelentang dan menggunakan bantal, merokok, tabiat tidur yang kurang baik, gangguan sistem hormon (endokrin) dll.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor anda akan melakukan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu dan mengumpulkan maklumat mengenai simptom dan riwayat perubatan anda. Mereka juga akan menyusun pelbagai ujian lain, termasuk:
Bergantung kepada jenis dan sebab gangguan tidur, doktor boleh mencadangkan rawatan yang berlainan. Walau bagaimanapun, secara umum, ia meliputi gabungan antara rawatan perubatan dan perubahan gaya hidup.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah kecelaruan tidur:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen