backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Folikulitis

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 26/06/2023

Folikulitis

Rasa gatal-gatal pada bahagian kaki hingga ada bintik merah? Ia mungkin folikulitis. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui apa itu folikulitis dan langkah untuk merawatnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu Folikulitis?

Folikulitis ialah keradangan folikel rambut. Ia berlaku pada bahagian badan yang mempunyai rambut seperti janggut, tangan, belakang badan, punggung dan kaki.

Folikulitis mungkin kelihatan seperti benjolan merah atau jerawat pada mulanya. Namun, keadaan ini mungkin berkembang dan merebak ke bahagian badan yang lain.

Folikulitis tidak berbahaya, tetapi ia menyebabkan rasa gatal dan pedih, dan mempengaruhi perasaan anda tentang penampilan diri. Kes yang serius boleh menyebabkan keguguran rambut dan parut.

apa itu folikulitis

Apakah kebarangkalian Folikulitis?

Folikulitis adalah penyakit kulit yang biasa berlaku. Ia boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa, tetapi jarang berlaku sebelum usia 2 tahun.

Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apa itu Folikulitis: Kenal pasti simptomnya

Simptom folikulitis yang biasa berlaku ialah:

  • Benjolan merah atau jerawat dengan rambut di tengahnya
  • Benjolan merah tersebut mungkin pecah, mengeluarkan darah atau nanah;
  • Kemerahan atau keradangan kulit;
  • Rasa gatal atau tebakar
  • Rasa sakit

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Dalam kes ringan, ia kebiasaannya sembuh sendiri dalam masa 2 minggu.

Anda boleh melakukan penjagaan dengan meletakkan tekanan panas pada kulit yang terjejas dan menggunakan syampu berubat.

Jika kawasan yang terjejas menjadi merah, bengkak, panas atau bertambah sakit atau mula merebak selepas 2 minggu, sila hubungi doktor anda.

Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Baca juga:

Punca

Apa itu Folikulitis: Fahami puncanya

Folikulitis boleh berlaku disebabkan pelbagai jangkitan pada folikel rambut atau disebabkan keadaan kulit yang lain. Antara puncanya ialah:

  • Masalah kulit seperti dermatitis dan jerawat
  • Virus, kulat, keradangan rambut di dalam
  • Kecederaan daripada kemalangan atau pembedahan
  • Kerosakan atau folikel rambut yang tersumbat; ini boleh berlaku kerana gesekan dengan pakaian atau sewaktu mencukur.
  • Jangkitan folikel rambut oleh bakteria yang sentiasa ada pada kulit, kebiasaannya  Staphylococcus aureus.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Folikulitis?

Terdapat banyak faktor risiko folikulitis, seperti:

  • Masalah kulit seperti jerawat atau dermatitis;
  • Kerosakan kulit daripada kecederaan atau pembedahan
  • Ubat tertentu seperti krim steroid atau antibiotik jangka masa panjang untuk jerawat
  • Obes
  • Memakai pakaian yang tidak membebaskan haba dan peluh
  • Mencukur dengan tidak cermat
  • Keadaan kesihatan yang mengurangkan rintangan kepada jangkitan seperti diabetes, leukemia kronik atau HIV/AIDS.

apa itu folikulitis

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Apa itu Folikulitis: Bagaimana pesakit  didiagnosis?

Doktor anda akan memeriksa kulit anda dan bertanyakan soalan tentang keadaan kesihatan anda, atau ubat-ubatan yang anda gunakan.

Sampel cecair dalam benjolan tersebut juga mungkin diambil untuk menentukan punca jangkitan.

Ujian makmal boleh dilakukan untuk menentukan jenis bakteria atau kulat yang menyebabkan jangkitan.

Bagaimana pesakit Folikulitis dirawat?

Bergantung kepada tahap keadaan anda dan puncanya, cara merawat folikulitis mungkin berbeza:

  • Ubat: Doktor anda mungkin menyarankan krim atau ubat untuk menangani jangkitan. Keradangan juga boleh dikawal dengan pil atau krim kulit tertentu.
  • Terapi fotodinamik, turut dikenali sebagai terapi cahaya
  • Pembedahan minor: jika benjolan terlalu besar, doktor mungkin perlu melakukan pembedahan minor untuk mengeluarkan nanah, melegakan kesakitan dan mempercepatkan kesembuhan
  • Laser untuk membuang rambut.

apa itu folikulitis

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani apa itu Folikulitis?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani folikulitis:

  • Pastikan badan anda bersih dengan menggunakan sabun, terutamanya selepas bersenam.
  • Elakkan berkongsi barangan peribadi seperti tuala.
  • Cuba gunakan antibiotik tanpa preskripsi.
  • Elakkan menggaru benjolan.
  • Elakkan bercukur jika boleh.
  • Elakkan menggunakan produk yang menyebabkan kulit berminyak. Minyak boleh menyebabkan liang roma tersumbat dengan bakteria dan menyebabkan folikulitis.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 26/06/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan