Apa itu Flu?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu flu?

Flu ialah infeksi berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan. Ianya memberi kesan pada paru-paru dan boleh menyebabkan kematian dalam beberapa kes.

Apakah kebarangkalian flu?

Flu sangatlah biasa berlaku. Ianya boleh terjadi pada pesakit di mana-mana usia. Ianya boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi flu

Simptom biasa bagi flu ialah;

  • A sore throat;
  • Tekak tidak selesa;
  • Demam panas melebihi 38OC;
  • Menggigil dan berpeluh;
  • Otot sengal sakit, terutamanya bahagian belakang, tangan dan kaki;
  • Sakit kepala;
  • Batuk berterusan dan kering;
  • Hidung tersumbat;
  • Hidung berhingus banyak;
  • Bersin-bersin.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mengalami mana-mana punca atau simptom disenaraikan di atas atau mempunyai persoalan, ajukan pada doktor anda. Setiap badan mempunyai tindak balas berbeza. Ianya sentiasa baik untuk anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan flu?

Flu biasanya diakibatkan oleh virus. Menurut World Health Organization (WHO), komuniti perubatan menggabungkan tiga jenis virus paling biasa (A,B dan C) di bawah kelompok influenza bermusim. Influenza jenis A dipercayai sebagai yang paling berbahaya antara tiga yang lain yang mengakibatkan flu.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko flu?

Ada beberapa fktor risiko bagi flu, contohnya:

  • Influenza bermusim cenderung menyerang kanak-kanak kecil dan remaja.
  • Keadaan tempat tinggal. Disebabkan penyakit berjangkit, mereka yang tinggal dalam fasiliti bersama penduduk lain (rumah jagaan, berek askar) adalah lebih terdedah kepada influenza.
  • Sistem imun lemah. HIV/AIDS, rawatan kanser, ubatan anti penolakan, kortkosteroid boleh melemahkan sistem imun anda. Ini boleh membuat ianya mudah bagi anda untuk mendapat influenza dan boleh juga meningkatkan risiko pembentukan komplikasi.
  • Penyakit kronik. Keadaan kronik seperti asma, diabetes atau masalah jantung, boleh meningkatkan risiko komplikasi influenza.
  • Wanita mengandung adalah lebih cenderung mengalami komplikasi influenza, terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga.
  • Mereka dengan BMI 40 dan lebih mempunyai risiko lebih tinggi untuk komplikasi dari flu.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana flu didiagnosis?

Menurut Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan, flu boleh didiagnosis melalui deskripsi dari simptom, di samping beberapa ujian makmal bagi mengenalpasti jenis (strain) flu terlibat. Ujian lebih efektif sekiranya dijalankan dalam empat hari selepas bermulanya simptom.

Bagaimana flu dirawat?

Di samping rehat di rumah dan minum banyak air bagi merawat flu, doktor anda boleh memberi preskribsi ubatan antivirus seperti oseltamivir (Tamiflu) atau zanamivir (Relenza). Dengan mengambil ubatan ini selepas anda mulai perasan adanya simptom, ianya boleh membantu memendekkan penyakit selama lebih kurang sehari dan membantu mengelak dari komplikasi yang serius.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas flu?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi flu:

  • Minum banyak air. Pilih air kosong, jus dan sup suam bagi mengelak dehidrasi.
  • Dapatkan lebih banyak tidur bagi membantu sistem imun anda melawan jangkitan.
  • Letak pelega kesakitan sebagai pilihan anda. Guna pelega kesakitan yang boleh didapati dari kaunter, seperti acetaminophen dan ibuprofen bagi menentang sengal sakit berkaitan influenza. Elakkan dari penggunaan aspirin pada kanak-kanak atau remaja kerana risiko sindrom Reye, penyakit yang jarang-jarang, tetapi berpotensi mengakibatkan kematian.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.