Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Gastroenteritis virus atau flu perut adalah jangkitan usus yang bercirikan oleh cirit berair, kekejangan abdomen, loya atau muntah, dan kadangkala disertai dengan demam. Ia boleh menjadi suatu masalah serius kepada bayi, orang tua dan orang yang sistem imunnya berkompromi yang boleh membawa maut.
Keadaan ini sangat biasa berlaku. Ia boleh terjadi kepada pesakit pelbagai umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom biasa bagi flu perut adalah:
Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.
Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda mengalami mana-mana yang berikut:
Cara yang paling biasa untuk mendapat gastroenteritis virus – sering dikenal flu perut – adalah dengan melalui sentuhan dengan orang telah dijangkiti atau makan makanan atau air yang tercemar. Banyak virus yang boleh mengakibatkan gastroenteritis, termasuk Noroviruses, Rotavirus.
Terdapat banyak faktor risiko flu perut, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Bergantung pada simptom dan pemeriksaan fizikal akan digunakan bagi mendiagnos gastroenteritis dan kadang-kadang berdasarkan pada kewujudan kes yang serupa dalam komuniti anda. Ujian tinja pantas boleh mengesan jangkitan rotavirus atau norovirus, bakteria mahupun parasit.
Biasanya tiada rawatan perubatan khusus bagi gastroenteritis virus. Antibiotik tidak berkesan ke atas virus dan lewah gunanya menyumbang kepada perkembangan strain bakteria yang rintangan-antibiotik. Rawatan awal terdiri dengan langkah penjagaan diri.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi flu perut:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen