backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Flu Perut

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 20/06/2022

Definisi

Apa itu Flu Perut?

Gastroenteritis virus atau flu perut adalah jangkitan usus yang bercirikan oleh cirit berair, kekejangan abdomen, loya atau muntah, dan kadangkala disertai dengan demam. Ia boleh menjadi suatu masalah serius kepada bayi, orang tua dan orang yang sistem imunnya berkompromi yang boleh membawa maut.

Apakah kebarangkalian Flu Perut?

Keadaan ini sangat biasa berlaku. Ia boleh terjadi kepada pesakit pelbagai umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Flu Perut?

Simptom biasa bagi flu perut adalah:

  • Berair, biasanya cirit birit yang tidak berdarah – cirit berdarah biasanya menandakan anda mempunyai jangkitan lain yang lebih teruk.
  • Kekejangan dan sakit pada abdomen
  • Loya, muntah atau keduanya.
  • Sering sakit otot atau sakit kepala.
  • Demam gred rendah.

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda mengalami mana-mana yang berikut:

  • Tidak mampu menyimpan cecair selama 24 jam.
  • Muntah selama lebih dua hari atau memuntahkan darah.
  • Anda mengalami dehidrasi – tanda dehidrasi termasuk keterlaluan haus, mulut kering, air kencing berwarna kuning pekat atau sedikit atau tiada air kencing dan rasa sangat lemah serta pening kepala.
  • Darah dalam pergerakan usus anda.
  • Demam lebih 40 darjah Celcius bagi orang dewasa, 9 darjah Celcius bagi bayi dan kanak-kanak.

Punca

Apakah Punca Flu Perut?

Cara yang paling biasa untuk mendapat gastroenteritis virus – sering dikenal flu perut – adalah dengan melalui sentuhan dengan orang telah dijangkiti atau makan makanan atau air yang tercemar. Banyak virus yang boleh mengakibatkan gastroenteritis, termasuk Noroviruses, Rotavirus.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Flu Perut?

Terdapat banyak faktor risiko flu perut, seperti:

  • Kanak-kanak kecil. Kanak-kanak di pusat jagaan atau sekolah rendah terutamanya mudah dijangkiti kerana sistem imun mereka mengambil masa untuk matang.
  • Orang tua. Sistem imun orang dewasa lebih cenderung untuk kurang efisien di kemudian hari. Orang tua di pusat jagaan khususnya mudah dijangkiti kerana sistem imun mereka semakin lemah dan mereka tinggal sangat dekat dengan orang lain yang mungkin menyebarkan kuman.
  • Kanak-kanak bersekolah, pengunjung gereja atau penghuni asrama. Di mana sahaja orang berkumpul dalam ruang yang sempit, ia boleh menjadi persekitaran bagi penyebaran jangkitan usus.
  • Sesiapa yang mempunyai sistem imun yang lemah. Sekiranya rintangan anda terhadap jangkitan adalah rendah – sebagai contoh, sekiranya sistem imun anda berkompromi dengan HIV/AIDS, kemoterapi atau keadaan perubatan yang lain – anda mungkin berisiko tinggi.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Flu Perut didiagnosis?

Bergantung pada simptom dan pemeriksaan fizikal akan digunakan bagi mendiagnos gastroenteritis dan kadang-kadang berdasarkan pada kewujudan kes yang serupa dalam komuniti anda. Ujian tinja pantas boleh mengesan jangkitan rotavirus atau norovirus, bakteria mahupun parasit.

Bagaimana pesakit Flu Perut dirawat?

Biasanya tiada rawatan perubatan khusus bagi gastroenteritis virus. Antibiotik tidak berkesan ke atas virus dan lewah gunanya menyumbang kepada perkembangan strain bakteria yang rintangan-antibiotik. Rawatan awal terdiri dengan langkah penjagaan diri.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Flu Perut?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi flu perut:

  • Minuman cecair jernih seperti air dan sup adalah jenis terbaik untuk diminum. Elakkan pengambilan minum yang berkafein dan alkohol.
  • Makan makanan yang mudah dihadam seperti biskut soda, roti bakar, gelatin, pisang, nasi dan ayam. Berhenti makan sekiranya anda kembali loya.
  • Elakkan makanan dan bahan tertentu sehingga anda kembali pulih. Hal ini termasuklah produk tenusu, kafein, alkohol, nikotin dan makanan berlemah atau tinggi kandung garam.
  • Dapatkan rehat yang cukup. Penyakit dan dehidrasi mungkin membuatkan anda merasa lemah dan letih.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 20/06/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan