Apa itu Filariasis ?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Filariasis ?

Filariasis (elefantiasis) merupakan suatu keadaan berpunca daripada parasit yang disebarkan oleh nyamuk. Ia dipanggil cacing filaria. Kebanyakan simptom biasa filariasis adalah pembesaran nyata pada satu bahagian badan, terutama anggota badan yang disebabkan oleh gangguan sistem limfatik. Hal ini mengakibatkan pengumpulan limfa dalam bahagian yang terjejas.

Apakah kebarangkalian Filariasis ?

Filariasis ini sangat biasa berlaku. Ia boleh terjadi kepada pesakit pelbagai umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Filariasis ?

Simptom biasa filariasis adalah:

  • Pembesaran nyata dan bengkak pada badan disebabkan oleh pengumpulan cecair.
  • Kulit menjadi kering dan tebal
  • Kulit yang mempunyai ulser, berliang dan gelap (hyperkeratosis)
  • Demam, kedinginan dan rasa umum sakit (lesu).
  • Pembesaran skrotum, penis retrak menyebabkan sakit dan sensasi terbakar bagi lelaki.
  • Ulser kulit di antara paha disertai dengan pembesaran limfa nodus (limfadenopati) kaki dan payudara bagi wanita.

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah punca Filariasis ?

Sebenarnya diketahui terdapat tiga jenis cacing menyebabkan filariasis yang mengandungi:

  • Wuchereria bancrofti (bancrofti);
  • Brugia malayi (B. malayi);
  • Brugia timori (B.timori).

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Filariasis ?

Terdapat banyak faktor risiko bagi filariasis, seperti:

  • Tinggal dalam kawasan yang dijangkiti.
  • Keadaan tempat tinggal dan kelakuan mungkin meningkatkan risiko penyebaran cacing oleh gigitan nyamuk.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Filariasis didiagnosis?

Boleh didiagnos melalui penilaian klinikal berdasarkan sejarah pesakit secara terperinci dan pengenalpastian ciri-ciri simptom.

Ujian darah mungkin digunakan bagi menentukan kehadiran cacing filaria dalam darah.

Bagaimana pesakit Filariasis dirawat?

Kesan sampingan DEC biasanya berlaku dalam beberapa hari pertama rawatan. Hal ini disebabkan oleh reaksi alergi semulajadi badan terhadap parasit yang mati daripada DEC itu sendiri, termasuk demam, kedinginan, sakit kepala, pening, mual dan muntah, kegatalan dan sakit sendi.

Ubat lain yang diselidik dalam merawat filariasis ialah Ivermectin. Ia mungkin cemerlang dalam membunuh mikrofilaria.

Pembedahan boleh dilakukan bagi mengurangkan elefantiasis dengan membuang lebihan lemak dan tisu fibrus, mengalirkan bahagian yang bengkak dan menyingkirkan cacing-cacing yang mati.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Filariasis ?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi filariasis:

  • Elakkan gigitan nyamuk dengan racun serangga dan penghalau serangga.
  • Memakai pakaian pelindung.
  • Menggunakan kelambu
  • Bersihkan tempat pembiakan (air bertakung) nyamuk berdekatan rumah orang di mana filariasis ditemui.
  • Langkah-langkah pencegahan terbaru sebelum melawat negara di mana filariasis limfatik ditemui.
  • Menggunakan pembalut tekanan untuk membalut kaki yang bengkak dan stokin elastik bagi membantu mengurangkan tekanan.
  • Senaman dan mengangkat kaki yang berbalut boleh membantu meredakannya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019