Apa itu Fibroids?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu fibroid?

Fibroid ialah ketumbuhan abnormal yang terjadi pada rahim wanita. Fibroid uterus tidak berkaitan dengan peningkatan risiko kanser uterus dan hampir tidak pernah berkembang menjadi kanser.

Kadangkala, tumor ini menjadi agak besar dan menyebabkan kesakitan abdomen yang teruk bersama haid yang terlalu banyak. Dalam kes lain, ia tidak meninggalkan sebarang gejala dan simptom langsung.

Ianya boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi fibroid

Simptom fibroid uterus boleh terbentuk perlahan selama beberapa tahun atau secara pantas dalam beberapa bulan. Simptom paling biasa bagi fibroid uterus termasuklah:

  • Pendarahan menstrual yang terlalu banyak;
  • Tempoh menstruasi berpanjangan melebihi seminggu;
  • Tekanan atau kesakitan pada pelvik;
  • Kencing dengan kerap;
  • Kesukaran mengosongkan pundi kencing;
  • Sembelit;
  • Sakit belakang atau sakit kaki.

Mungkin ada beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda ada sebarang kerisauan mengenai simptom sila dapatkan nasihat dari doktor anda.

Selain itu, fibroid uterus boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh membawa kepada komplikasi seperti anemia dari kehilangan darah yang terlalu banyak. Fibroid boleh juga meningkatkan risiko untuk beberapa jenis komplikasi kehamilan seperti uri tercabut, gangguan tumbesaran fetus, dan kelahiran pra-matang.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jumpa doktor anda sekiranya:

  • Sakit pelvik yang tidak hilang-hilang;
  • Haid terlalu banyak, berpanjangan atau sakit;
  • Tompok atau pendarahan di antara haid;
  • Kesukaran mengosongkan pundi kencing.

Punca

Apa yang mengakibatkan fibroid?

Punca sebenar fibroid tidak diketahui, tetapi para pengkaji dan pengalaman dalam bidang klinikal menunjukkan kepada beberapa faktor di bawah:

Perubahan genetik

Banyak fibroid mengandungi perubahan dalam gene yang berlainan dari gene di dalam sel otot uterus.

Hormon

Estrogen dan progesterone, dua hormon yang merangsang perkembangan lapisan uterus untuk setiap kitaran haid bagi persediaan untuk mengandung, Nampak seperti menggalakkan tumbesaran fibroid. Fibroid mempunyai lebih banyak penerima estrogen dan progesterone dari sel otot uterus yang normal. Fibroid seakan mengecut selepas menopaus kerana pengurangan dalam pengeluaran hormon.

Faktor tumbesaran yang lain

Bahan yang membantu badan mengekalkan tisu, umpamanya faktor tumbesaran seakan-insulin, mungkin memberi kesan pada tumbesaran fibroid.

Faktor-faktor Risiko

Siapa yang terdedah kepada risiko fibroid?

Wanita adalah dalam risiko yang lebih besar untuk pembentukan fibroid sekiranya mereka mempunyai satu atau lebih dari faktor risiko yang berikut:

  • Kehamilan;
  • Sejarah keluarga untuk fibroid;
  • Berad dalam umur melebihi 30 tahun;
  • Mengalami lebihan berat.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana fibroid didiagnosis?

Sekiranya anda mempunyai simptom fibroid uterus, doktor anda akan mengarahkan ujian ini:

  • Ultrabunyi;
  • Ujian makmal.

Sekiranya ultrabunyi tradisional tidak memberi informasi secukupnya, doktor anda akan mengarahkan kajian pengimejan yang lain, seperti:

  • Magnetic resonance imaging (MRI);
  • Histerosonografi;
  • Histerosalpingografi;
  • Histeroscopi.

Bagaimana fibroid dirawat?

Belum ada lagi langkah tunggal terbaik bagi rawatan fibroid uterus. Anda perlu berbincang dengan doktor anda mengenai simptom dan pilihan rawatan.

Penantian disertai pemerhatian sebarang simptom fibroid yang minimal atau bila mendekati menopaus

Sekiranya anda mempunyai fibroid uterus tetapi anda mengalami sedikit atau langsung tiada simptom, anda tidak perlukan rawatan. Sebaliknya, doktor akan mencadangkan penantian disertai pemerhatian yang bermakna anda akan mendapat ujian pelvik yang kerap bagi memerhatikan sebarang tumbesaran fibroid dan simptomnya. Bincangkan dengan doktor tentang kekerapan yang anda perlukan bagi pemeriksaan.

Bagi pendarahan terlalu banyak atau kesakitan

Sekrianya anda mengalami kesakitan atau pendarahan menstrual yang terlalu banyak, ianya mungkin datang dari pendarahan fibroid uterus. Tetapi ia juga mungkin berkaitan dengan masalah kitaran haid atau masalah lain. Ubatan di bawah digunakan bagi melegakan pendarahan uterus terlalu banyak, anemia, atau haid yang menyakitkan, tetapi mereka tidak mengecutkan fibroid.

  • Terapi ubatan anti-keradangan bukan ssteroid (NSAID) memperbaiki kekejangan menstrual dan mengurangkan pendarahan bagi ramai wanita. Tetapi tidak ada bukti bahawa NSAID melegakan kesakitan atau pendarahan yang diakibatkan fibroid secara spesifik.
  • Hormon kawalan kelahiran (pill, pelekat, atau cincin) mengurangkan pendarahan menstrual dan kesakitan di samping menghalang kelahiran.
  • Alatan intra-uterin (IUD) yang mengeluarkan sejumlah kecil hormon progesterone ke dalam uterus mampu mengurangkan pendarahan menstrual berlebihan.
  • Suntikan progestin (Depo-Provera) setiap 3 bulan boleh meringankan pendarahan. Ia juga menghalang kehamilan. Berdasarkan pelbagai kajian, progestin boleh mengecutkan fibroid atau boleh menjadikan mereka membesar. Ini mungkin berbeza bagi tiap wanita.
  • Supplemen zat besi, boleh didapati tanpa preskripsi, adalah salah satu bahagian penting bagi merawat anemia diakibatkan hilang darah oleh fibroid.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas fibroid?

Belum ada rawatan diketahui bagi menghalang fibroid uterus. Tetapi mengikut satu kajian, semakin banyak senaman dilakukan wanita, semakin kurang kemungkinan mereka mengalami fibroid uterus.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 15, 2019 | Kali terakhir kemaskini: April 15, 2019