Apa itu Faringomikosis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Faringomikosis?

Faringmikosis disebabkan oleh fungus yang berkembang biak di dalam mulut. Ia adalah kombinasi faringitis dan tonsilitis.

Faringitis ialah keradangan pada membran dalam di bahagian tengah faring – sebahagian dari tekak yang terletak di bekalang mulut dan rongga hidung.

Tonsilitis ialah keradangan pada satu atau lebih tonsil.

Dalam kebanyakan kes, penyakit ini disebabkan oleh fungus jenis ranggi dan jarang sekali disebabkan oleh jenis jamur. Penggunaan ubat dan keadaan kesihatan tertentu juga boleh menyumbang kepada terjadinya penyakit ini:

  • Antibiotik
  • Kortikosteroid
  • Ubat sitotoksik
  • Trauma dan keradangan kronik di dalam tekak
  • Diabetes
  • Tuberkulosis.

Apakah kebarangkalian Faringomikosis?

Keadaan ini boleh berlaku di semua peringkat umur tetapi dikira sebagai popular dalam kalangan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Faringomikosis?

Simptom-simptomnya ialah:

  • Rasa tekak tidak selesa
  • Rasa terbakar
  • Kering
  • Rasa sakit
  • Tekak rasa gatal
  • Tonsil menjadi merah dan bengkak
  • Lapisan atau tompok putih atau kuning di atas tonsil
  • Kit tekak
  • Susah atau sakit semasa menelan
  • Kelenjar (nodus limfa) di tengkuk membesar dan sakit
  • Suara serak, hilang atau kasar
  • Nafas berbau
  • Demam
  • Sakit perut, khususnya kanak-kanak
  • Tengkuk kaku
  • Sakit kepala

Simptom yang paling kerap berlaku ialah sakit. Sakit tersebut kebiasaannya sederhana dan semakin teruk semasa menelan, mereba dari bahagian di bawah lantai mulut ke bahagian depan tengkuk dan telinga.

Sakit tersebut juga disertai dengan rasa gatal atau terbakar di dalam tekak dan lidah. Simptom-simptom ini disebabkan oleh jangkitan fungus dan boleh diikuti dengan demam dan sakit kepala.

Salam sesetengah kes, jangkitan tersebut boleh mengalami episod di mana simptomnya menjadi semakin teruk (eksaserbasi) yang biasa berlaku sekitar 2-10 kali/tahun. Ketika ini, anda mungkin menemui tompok kuning pada tengkuk dan ulser berdarah di dalam membran dalamnya.

Selain itu, merebak ke laring, esofagus dan pembentukan abses di sekeliling tonsil juga boleh berlaku.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis dan rawatan awal boleh mengelakkan keadaan ini dari menjadi semakin teruk dan mengelakkan dari kecemasan perubatan yang lain. Jadi, sila berbincang dengan doktor secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan yang serius ini.

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah Punca Faringomikosis?

Menurut kajian, beberapa jenis fungus seperti ranggi yang dikategorikan di bawah genus Candida menyebabkan 93% dari keseluruhan kes.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Faringomikosis?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Berumur muda: Keadaan ini paling kerap berlaku di dalam kanak-kanak tetapi jarang sebelum umur 2 tahun.
  • Selalu terdedah kepada kuman: Kanak-kanak berumur sekolah selalu bersentuh dengan rakannya dan terdedah kepada kuman yang boleh menyebabkan faringomikosis.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Faringomikosis didiagnosis?

Jika doktor mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami faringomikosis, satu pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian akan disyorkan.

Doktor akan bertanya bila anda merasai simptomnya, bagaimana ia berlanjutan, jika anda mempunyai sejarah jangkitan fungus, rawatan yang sedang atau pernah dilalui, terutamanya rawatan yang melibatkan antibiotik, kortikosteroid dan ubat sitotoksik.

Bagaimana pesakit Faringomikosis dirawat?

Dalam rawatan faringomikosis, ubat-ubatan berikut kebiasaannya dipreskrip:

  • Tablet boleh kunyah Nystan
  • Levorinum, dequalinium chloride
  • 1% gentian violet, 10% larutan sodium tetraborate di dalam  glycerol dan larutan Lugol iodine
  • Itraconazole 100 mg sehari
  • Ketokonazole 200 mg sehari
  • Agen antimycotic amphotericin B dalam dos 0.3 mg/kg sehari selama 3-7 hari

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Faringomikosis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anak-anak anda mengatasi faringomikosis:

  • Basuh tangan mereka dengan kerap dan sempurna terutamanya selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.
  • Elakkan berkongsi makan, cawan, botol air dan perkakas rumah.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 16, 2018