backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Erythema Nodosum

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Erythema Nodosum?

Erythema nodosum adalah keadaan kulit yang menyebabkan pembengkakan warna merah atau benjolan keunguan yang selalunya ditemui pada bahagian kulit. Adakalanya benjolan-benjolan itu juga boleh terbentuk pada bahagian badan yang lain.

Apakah kebarangkalian Erythema Nodosum?

Erythema nodosum adalah bentuk yang paling biasa panniculitis, yang merupakan keradangan lapisan lemak di bawah kulit. Ia sering disebabkan oleh tindak balas imun terhadap jangkitan atau tindak balas terhadap ubat-ubatan yang telah diambil. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Erythema Nodosum?

Simptom-simpton utama erythema nodosum adalah merah, benjolan yang menyakitkan di bahagian bawah kaki anda. Adakalanya benjolan ini juga boleh muncul di paha, lengan, badan, dan wajah anda. Ketulan boleh menjadi setengah inci hingga 4 inci. Anda mungkin ada di antara dua hingga 50 daripadanya.

Benjolan erythema nodosum adalah menyakitkan dan mereka mungkin berasa panas. Ia bermula dengan kemerahan, dan kemudian bertukar menjadi ungu, kelihatan seperti lebam ketika ia sembuh. Ia juga akan menjadi rata semasa penyembuhan. Benjolan boleh bertahan selama dua minggu. Benjolan baru boleh terus membentuk sehingga selama enam minggu.

Simptom-simptom lain erythema nodosum termasuk:

  • Demam
  • Keletihan
  • Sakit sendi
  • Sakit di bahagian kaki
  • Bengkak buku lali
  • Pmebesaran kelenjar limpa di dada
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Hilang berat-badan
  • Sakit perut
  • Cirit-birit

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Erythema Nodosum?

Puncanya masih tidak diketahui. Erythema nodosum sering bermula selepas anda mempunyai jangkitan atau anda telah menggunakan ubat tertentu. Doktor percaya ia mungkin disebabkan oleh tindak balas imun sistem terhadap bakteria dan bahan-bahan lain yang terdedah kepada anda.

Punca-puncanya termasuk:

  • Jangkitan seperti strep throat atau tuberkulosis
  • Tindakbalas terhadap ubat-ubatan seperti antibiotik (sulfonamides dan bentuk penisilin), salisilat, iodida, bromida, dan pil perancang kehamilan
  • Sarcoidosis, keadaan yang menyebabkan keradangan di banyak bahagian badan
  • Coccidioidomycosis, jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan atas
  • Penyakit radang usus, ulseratif kolitis atau penyakit Crohn
  • Kehamilan
  • Kanser (jarang)

Erythema nodosum paling kerap memberi kesan kepada orang berumur 20 hingga 40 tahun. Wanita adalah enam kali lebih cenderung untuk mendapat sakit ini berbanding lelaki. Walau bagaimanapun, ia boleh berlaku pada sesiapa tidak mengira sebarang umur dan pada kedua-dua jantina.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Erythema Nodosum?

Sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Erythema Nodosum didiagnosis?

Doktor anda akan bertanya tentang sejarah kesihatan anda, dan adakah anda baru-baru ini mengalami jangkitan atau menggunakan ubat tertentu. Kemudian doktor anda akan melihat benjolan tersebut.

Anda mungkin akan menjalani ujian darah untuk mengenalpasti tanda-tanda keradangan di dalam badan anda. Ujian darah juga boleh digunakan untuk memeriksa tuberkulosis dan jangkitan-jangkitan yang lain. Anda mungkin akan menjalani kultur tekak untuk mencari strep throat.

Ujian lain untuk mengenalpasti penyebab erythema nodosum termasuk:

  • Ujian air kencing
  • X-Ray dada
  • Kultur najis

Doktor anda mungkin mengeluarkan sampel tisu dari lapisan lemak di bawah kulit anda. Ujian ini dipanggil biopsi. Seorang juruteknik di makmal akan melihat sampel di bawah mikroskop untuk memeriksa perubahan yang berkaitan dengan erythema nodosum.

Bagaimana pesakit Erythema Nodosum dirawat?

Jika jangkitan bakteria menyebabkan keadaan ini, doktor anda akan menetapkan antibiotik untuk merawatnya. Anda boleh merawat erythema nodosum yang disebabkan oleh tindakbalas ubat dengan menghentikan pengambilan ubat tersebut.

Ubat-ubatan ini boleh membantu anda menguruskan kesakitan dan simptom-simptonm lain sehinggalah benjolan sembuh:

  • Ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) seperti aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin), atau naproxen (Aleve) (Jangan gunakan ini jika anda mempunyai Penyakit Crohn kerana ia boleh mencetuskan suar.)
  • Kalium iodida
  • Steroid yang diambil secara oral

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Erythema Nodosum?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi erythema nodosum:

  • Istirehat dengan menaikkan paras kaki anda dan pakai stoking mampatan sementara benjolan sembuh.
  • Elak dari merengsakan benjolan dengan memakai pakaian gatal dan ketat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan