backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Gejala Epididimitis, Ketahui Simptom, Komplikasi Dan Rawatannya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/10/2023

Gejala Epididimitis, Ketahui Simptom, Komplikasi Dan Rawatannya!

Anda sering mengalami kesakitan ketika ejakulasi dan ketika membuang air kecil? Kadangkala anda juga merasa sakit perut dan mengalami kesakitan di kawasan testis? Awas! Anda berkemungkinan menghidapi penyakit epididimitis. Jom kami kongsikan apa yang anda perlu tahu mengenai gejala epididimitis ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini. 

Apa itu gejala epididimitis?

Di bahagian belakang testis, terdapat tiub bergelung yang dipanggil epididimis, rumah sperma. Gejala epididimitis adalah keradangan tiub ini.

Simptom epididimitis

simptom epididimitis

Ciri-ciri epididimitis termasuk:

  • Pembengkakan atau kemerahan dalam skrotum (buah zakar)
  • Kesakitan, selalunya sisi kiri testis
  • Kerap membuang air kecil atau sakit semasa membuang air kecil
  • Pelepasan zakar
  • Ejakulasi menyakitkan
  • Ketulan testikel
  • Nodus limfa di kelangkang bengkak
  • Sakit perut
  • Darah dalam air mani
  • Demam

Bilakah perlu mendapatkan bantuan perubatan?

Penyebab utama epididimitis adalah:

  • STI seperti gonorea dan klamidia
  • Jangkitan bakteria
  • Amiodarone (Pacerone)
  • Urin dalam epididimis (Urin mengalir kembali ke epididimis)
  • Kecederaan kelangkang
  • Jangkitan tuberkulosis

Komplikasi epididimitis

Jika ia tidak dirawat, epididimitis boleh menyebabkan:

  • Scrotal abscess
  • Epididymo-orchitis
  • Mengurangkan kesuburan

Bagaimana ia didiagnosis?

rawatan epididimitis

Pada mulanya, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk memeriksa tanda-tanda keadaan yang wujud seperti pembengkakan. Kemudian anda perlu:

  • Saringan STI
  • Ujian urin dan darah
  • Ultrasound

Rawatan untuk epididimitis

Jika keadaan anda disebabkan oleh jangkitan bakteria, anda akan diberikan antibiotik. Sekiranya jangkitan anda adalah STI, pasangan seks anda juga memerlukan rawatan.

Perkara paling penting adalah melengkapkan keseluruhan preskripsi anda untuk memastikan jangkitan benar-benar hilang. Ia mungkin mengambil sedikit masa, sehingga minggu, bagi menghilangkan ketidakselesaan.

Untuk membantunya, anda boleh menggunakan tali olahraga untuk menyokong skrotum, mengunakan pek ais, mengambil ubat tahan sakit dan mendapatkan banyak rehat.

Anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan susulan dengan doktor anda untuk menilai semula keadaan anda. Dalam kebanyakan kes, epididimitis sembuh dalam tempoh 3 bulan.

Sekiranya anda sudah mempunyai abses (bernanah) di kawasan itu, doktor anda mungkin mengesyorkan pembedahan untuk mengalirkannya.

Sesetengah kes memerlukan epididimektomi, iaitu penghapusan semua atau sebahagian daripada epididimis.

Apakah yang boleh dilakukan untuk melegakan kesakitan?

  • Berbaring dan berehat
  • Elakkan mengangkat barang berat
  • Tidak melakukan seks sehingga sembuh sepenuhnya

gejala epididimitis

Bagaimanakah mencegah epididimitis?

Epididimitis selalunya disebabkan oleh STI. Oleh itu, cara terbaik untuk melindungi diri anda ialah mengamalkan seks yang selamat.

Jika anda mempunyai jangkitan lain yang boleh menyebabkan epididimitis, tanya doktor anda bagaimana untuk mencegah epididimitis daripada berulang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/10/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan