Apa itu Epididimitis dan epididimo-orkitis?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Epididimitis dan epididimo-orkitis?

Epididimis adalah tiub di belakang zakar anda yang membawa sperma dari buah zakar ke uretra. Epididimitis adalah keadaan di mana epididimis meradang akibat jangkitan atau disebabkan keadaan lain.

Epididimitis kebanyakannya disebabkan oleh jangkitan bakteria atau melalui penyakit hubungan seksual (STIs). Buah zakar juga boleh dijangkiti, yang disebut epididimo-orkitis.

Apakah kebarangkalian Epididimitis dan epididimo-orkitis?

Epididimitis adalah perkara yang sangat biasa di kalangan lelaki. Biasanya dialami oleh lelaki yang berusia dalam lingkungan umur 19 hingga 35 tahun dan boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Epididimitis dan epididimo-orkitis?

Simptom-simptom yang biasa adalah:

  • Epididimis yang menyakitkan dan bengkak;
  • Demam ringan;
  • Menggigil;
  • Kencing yang kerap atau menyakitkan;
  • Lelehan dari zakar;
  • Kesakitan dan kesakitan bila ditekan dalam testis;
  • Hubungan seks yang menyakitkan;
  • Darah dalam air mani

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mendapati apa-apa kesakitan pada skrotum, bengkak atau mana-mana gejala di atas, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah yang mengakibatkan epididimitis dan epididimo-orkitis?

Faktor usia dan kelakuan anda mempengaruhi punca epididimitis; termasuklah:

  • STIs (penyakit hubungan seksual): punca utama yang menyebabkan epididimitis pada lelaki muda adalah gonorea dan klamida
  • Jangkitan: jangkitan bakteria lain yang dijangkiti bukan melalui hubungan seksual juga boleh menyebabkan epididimitis, bakteria dapat mengesan dari tapak yang dijangkiti kepada epididimis jika anda mengalami jangkitan saluran kencing atau jangkitan prostat.
  • Amiodarone (Pacerone) merupakan ubat sakit jantung yang menyebabkan keradangan epididimis
  • Air kencing dalam epididimis (epididimitis kimia) berlaku apabila terdapat aliran air kencing secara terbalik akibat mengangkat berat atau menahan air kencing.
  • Trauma mungkin disebabkan oleh kecederaan pangkal paha.
  • Jangkitan tuberkulosis: punca ini jarang berlaku.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Epididimitis dan epididimo-orkitis?

Terdapat banyak faktor risiko bagi epididimitis, seperti:

  • Sekiranya anda tidak berkhatan
  • Sekiranya anda melakukan hubungan seks tidak selamat tanpa kondom atau dengan pasangan yang mengalami STIs.  
  • Anda menghidapi tuberkulosis
  • Anda mempunyai masalah dengan saluran air kencing
  • Anda baru menjalani pembedahan saluran air kencing atau kecederaan pangkal peha.
  • Anda menggunakan kateter air kencing
  • Anda menggunakan amiodarone
  • Prostat anda membesar

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Epididimitis dan epididimo-orkitis didiagnosis?

Doktor anda akan bermula dengan pemeriksaan fizikal untuk memeriksa testis atau kawasan pangkal paha dan apa-apa perubahan yang tidak normal seperti lelehan dari zakar. Doktor anda mungkin mengambil contoh lelehan untuk menguji lelehan bagi STIs.

Ujian-ujian lain bagi mendiagnosa epididimitis adalah:

  • Ujian air kencing dan darah: sampel akan diambil untuk mengenalpasti apa-apa perkara yang tidak kena.
  • Ultrabunyi: ujian pengimejan ini akan mengetepikan kilasan testis dan keadaan-keadaan lain. Ujian ini membantu doktor anda untuk melihat bahagian badan anda dengan jelas dan mencari punca-punca yang tepat.

Bagaimana pesakit Epididimitis dan epididimo-orkitis dirawat?

Epididimitis boleh dirawat dengan penggunaan ubat untuk membunuh bakteria atau untuk mengawal keadaan yang tersembunyi. Sebahagian ubat-ubatan yang biasa digunakan adalah:

  • Antibiotik
  • Ubat penahan sakit
  • Ubat anti-keradangan
  • Pembedahan diperlukan sekiranya epididimis perlu dibuang atau bagi mengetepikan punca-punca tersembunyi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Epididimitis dan epididimo-orkitis?

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan seperti yang berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi epididimitis dan epididimo-orkitis:

  • Dapatkan rehat atas katil yang secukupnya
  • Elakkan hubungan seksual dengan orang lain bagi mengelakkan jangkitan daripada merebak
  • Elakkan mengangkat barang yang berat
  • Gunakan peralatan sukan yang menyokong sekiranya anda bermain sukan berat berimpak tinggi
  • Cari posisi yang selesa untuk menaikkan skrotum anda dan tekapkan pek ais untuk mengurangkan bengkak.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.