Apa itu Encephalomalacia?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu ensefalomalasia?

Ensefalomasia adalah keadaan yang dicirikan oleh pelembutan setempat di tisu-tisu otak disebabkan keradangan atau pendarahan. Pelembutan ini boleh berlaku di kawasan spesifik otak atau boleh lebih meluas. Dalam kes-kes terpencil, kemerosotan atau degenerasi otak boleh membawa kepada pelembutan berlebihan pada bahan-bahan dalamnya. Ia juga boleh menjejaskan bahagian-bahagian organ lain dan merosakkan tisu-tisu dalam lobus frontal, lobus oksipital, lobus parietal serta lobus temporal. Penyakit ini membawa kepada penghentian sepenuhnya kerja bahagian-bahagian otak yang terjejas. Ia menjejaskan orang dewasa dan kanak-kanak dan berlaku dalam utero. Gangguan ini dikenali sebagai pelembut serebrum.

Mengikut kepada bahagian otak yang terjejas, ensefalomalasia ini boleh dibahagikan kepada dua jenis berikut:

  • Leukoensefalomalasia (Ensefalomalasia menjejaskan jirim putih)
  • Polioensefalomalasia (Ensefalomalasia yang menjejaskan jirim kelabu)

Gangguan ini juga boleh dibahagikan dalam tiga kategori berikut mengikut warna dan peringkat kerosakan mereka:

  • Pelembut merah
  • Pelembut kuning
  • Pelembut putih

Apakah kebarangkalian ensefalomalasia?

Wanita dan lelaki boleh cenderung untung mendapat ensefalomalasia. Ini boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi ensefalomalasia?

Seorang individu yang mempunyai ensefalomalasia akan mengalami pelbagai simptom dari yang ringan hingga teruk kerana terdapat penghentian fungsi bagi bahagian otak yang terlibat. Simptom-simptom ini termasuk:

  • Mengantuk.
  • Buta.
  • Sakit kepala
  • Ataksia
  • Kepala tertekan
  • Kepala berpusing (vertigo)
  • Koma terminal
  • Kadang-kadang, keadaan ini membawa kepada variasi dalam saiz otak yang boleh meransang perubahan dalam pembentukan otak.

Terdapat tanda-tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda ada sebarang kebimbangan tentang satu simptom, sila rujuk doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis awal dan rawatan boleh menghentikan ensefalomalasia daripada menjadi lebih teruk dan menghalang satu lagi kecemasan perubatan, jadi cakap dengan doktor anda secepat mungkin untuk menghalang keadaan serius ini.

Jika anda terdapat sebarang tanda-tanda atau simptom tersenarai di atas atau sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Setiap tubuh badan adalah berbeza. Langkah yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor anda untuk apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan ensefalomalasia?

Banyak penyakit dan keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan kemerosotan dalam otak. Gangguan ini selalunya berlaku kerana strok atau kecederaan otak serius lain yang boleh membawa kepada pendarahan dalam otak. Pelembut serebrum adalah biasa dilihat dalam kawasan-kawasan pengumpulan darah yang tidak normal.

Dalam sesetengah kes, satu tempat tertentu otak boleh melalui lembutan kerana aliran darah yang tidak mencukupi. Gangguan dalam aliran darah ini boleh terhasil kerana:

  • Strok
  • Bengkak teruk dalam otak yang menganggu aliran darah serebrum
  • Pembuangan tumor dari dalam otak yang memenuhi dan memusnahkan tisu-tisu sekeliling.

Satu bahagian tertentu dalam otak mati kerana strok yang menyebabkan neuron digantikan dengan tisu parut yang mengandungi astrosit. Tisu parut ini melalui kontraksi dan membentuk ensefalomalasia dalam otak.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko ensefalomalasia?

Ramai ahli-ahli sains beranggapan bahawa keadaan ini berlaku kerana kecederaan traumatik otak. Tumpul, serta penetrasi trauma semasa kemalangan atau serangan boleh meningkatkan risiko pelembutan tisu otak. Trauma kepala boleh berlaku dalam kejadian hembusan kuat kepada kepala yang menyebabkan otak untuk terpukul pada tengkorak. Trauma penetrasi kepala boleh berlaku dalam kes luka disebabkan senjata tajam. Tisu otak boleh meradang disebabkan trauma semasa prosedur pembedahan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ensefalomalasia didiagnosis?

Doktor-doktor anda boleh menggunakan peralatan berlainan untuk membantu mereka mendiagnosis ensefalomalasia. Jika doktor anda mengesyaki anda boleh mengalami keadaan ini, langkah pertama untuk proses ini adalah untuk memeriksa badan anda. Selepas ini, adalah perlu yang doktor anda akan menyarankan salah satu atau lebih daripada ujian-ujian berikut:

  • Pengimejan resonans magnetik atau imbasan MRI adalah kebiasaan cara yang digunakan untuk mengesan sebarang tanda pelembutan otak.
  • Imbasan CT otak adalah ujian diagnostik lain yang berkesan.

Bagaimana ensefalomalasia dirawat?

Tiada cara-cara tetap untuk memulihkan gangguan ini kerana ia tidak mungkin boleh membuat tisu-tisu otak yang telah termusnah untuk mula bergerak semula. Pengkaji-pengkaji masih mencuba untuk mengetahui jika ia tidak mustahil untuk mengembalikan fungsi normal sebahagian tisu-tisu otak yang terjejas.

Rawatan penyakit ini terdiri daripada mengesan punca di sebalik perubahan konsistensi otak dan mengendalikannya dengan baik. Dalam kes-kes teruk, bahan otak terjejas boleh dibuang melalui pembedahan. Namun, konsistensi otak melalui perubahan besar kerana pembuangan material otak yang dilembutkan. Ia masih tidak jelas jika perubahan dalam fungsi mobiliti otak boleh membuat sensasi kembali normal semula.

Pakar-pakar masih mencuba untuk mengetahui kegunaan terapi sel stem untuk merawat gangguan otak ini.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas ensefalomalasia?

Tiada cara yang diketahui untuk menghalang ensefalomalasia. Individu harus berhati-hati untuk mengelak sebarang hembusan teruk pada kepala seperti trauma kepala serius boleh menyebabkan lembutan serebrum. Mengikut diet sihat, yang mengandungi  makanan yang kaya dalam vitamin E, juga membantu mengurangkan risiko pembentukan jenis kemerosotan otak ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.