backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Elektrokardiagram Ambulatori

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Azreen Madzlan · Disemak pada 09/01/2020

Definisi

Apa itu ujian Elektrokardiagram Ambulatori?

Jantung menghasilkan ransangan elektrik kecil yang tersebar melalui otot jantung untuk mengecut. Ransangan ini dapat dikesan oleh mesin EKG. Mesin menguatkan ransangan elektrik yang berlaku pada setiap denyutan jantung, dan mencatatnya ke atas kertas atau komputer. Rakaman EKG tidak menyakitkan dan tidak berbahaya. (Mesin EKG mencatatkan ransangan elektrik dari badan anda – ia tidak mengalirkan tenaga elektrik ke dalam badan anda.)

Elektrokardiagram ambulatori merekodkan aktiviti elektrik jantung anda semasa anda melakukan aktiviti biasa (Ambulatory bermaksud bahawa anda boleh berjalan). Pemantauan ambulatori dikenali dengan beberapa nama, termasuk elektrokardiagram ambulatori, ambulatori EKG, Holter monitoring, 24-hour EKG atau cardiac event monitoring.

Mengapa ujian Elektrokardiagram Ambulatori dilakukan?

Pemantauan EKG ambulatori dilakukan untuk:

  • Mencari dan merakam degupan jantung tidak teratur yang berlaku secara berselang atau semasa aktiviti tertentu.
  • Mengetahui apa yang menyebabkan sakit dada, pening atau pengsan. Ini adalah simptom kemungkinan masalah jantung.
  • Mencari aliran darah yang lemah ke otot jantung anda (ischemia).
  • Menyemak untuk mengetahui sama ada rawatan untuk degupan jantung tidak teratur itu berfungsi.

Perkara yang perlu diketahui

Apa yang perlu diketahui sebelum menerima ujian elektrokardiagram ambulatori?

Ramai orang mempunyai degupan jantung yang tidak teratur dari semasa ke semasa. Apakah maksudnya bergantung kepada jenis corak denyutan jantung ini, berapa kerap berlaku, berapa lama ia berlanjutan, dan sama ada ia berlaku pada masa yang sama. Denyutan jantung yang tidak teratur berlaku pada masa anda mempunyai simptom lain, seperti pening atau sakit dada. Ini mungkin bermakna degupan jantung yang tidak teratur ada punca simptom anda.

Oleh kerana elektrokardiagram (EKG) 12 petunjuk yang standard adalah selamat, murah dan memberikan maklumat yang berguna, doktor anda akan mencuba terlebih dahulu sebelum menggunakan monitor ambulatori untuk menguji fungsi jantung anda. Perakam berterusan umumnya mempunyai 5 petunjuk dan memberikan maklumat yang kurang lengkap berbanding EKG 12-petunjuk. Tetapi perakam berterusan adalah lebih berkesan daripada EKG standard bagi menilai simptom-simptom jantung yang berlaku secara berselang-seli.

Ketahui apa yang berlaku

Bagaimana untuk bersedia menerima ujian elektrokardiagram ambulatori?

Banyak ubat boleh mengubah keputusan ujian ini. Pastikan anda memberitahu doktor tentang semua ubat preskripsi dan tanpa preskripsi yang anda ambil.

Oleh kerana EKG sering digunakan untuk memantau keadaan jantung yang telah sedia ada seperti degupan jantung yang tidak teratur (arrhythmia), pastikan bahawa doktor anda mempunyai salinan sebarang keputusan EKG sebelumnya.

Mandi sebelum cakera diletakkan. Anda tidak boleh membuatkan cakera itu basah semasa ujian. Pakai baju blaus atau kemeja longgar. Jangan memakai barangkemas atau pakaian dengan butang atau pengancing logam atau kerana ini boleh mengganggu rakaman. Wanita tidak boleh memakai bra dengan sokongan dawai (underwire bra) atas sebab yang sama.

Sekiranya doktor anda meminta anda menyimpan catatan mengenai simptom dan aktiviti diari, pastikan anda mempunyai kaedah tertentu. Dalam catatan ini, anda akan merakam aktiviti, simptom dan masa ia berlaku. Ketepatan dan keberkesanan ujian anda bergantung pada seberapa cermat anda menyimpan rekod ini.

Sekiranya anda menerima monitor yang diimplan di bawah kulit anda, anda akan menerima arahan tentang bagaimana menyiapkan diri untuk prosedur itu.

Berbincang dengan doktor anda tentang sebarang kebimbangan yang anda miliki berkaitan dengan keperluan ujian, risiko, bagaimana ia akan dilakukan atau apa keputusannya nanti.

Apa yang berlaku semasa ujian elektrokardiagram ambulatori?

Ia mengambil masa kira-kira 10 minit untuk elektrod dan perakam dipasang. Anda kemudian pergi dan melakukan kebiasaan anda dalam masa 24-48 jam seterusnya. Anda memakai perakam ketika tidur juga. (Walau bagaimanapun anda tidak boleh mandi kerana perakam tidak boleh basah.)

Anda akan diberi buku catatan harian untuk merakam masa apabila anda mengalami sebarang simptom (seperti berdebar-debar). Penyurihan EKG dianalisis pada akhir ujian. Tetapi, masa-masa yang direkodkan ketika anda mengalami simptom akan dianalisis dengan teliti untuk melihat jika anda mengalami arrhythmia yang bertanggungjawab kepada simptom itu. Doktor boleh meminta anda melakukan beberapa aktiviti yang pernah menyebabkan simptom-simptom itu untuk membangkitkan simptom yang sama. Terdapat beberapa variasi dalam peralatan yang boleh digunakan:

  • Pada sesetengah perakam, anda tekan butang untuk menandakan masa apabila simptom berlaku.
  • Sesetengah perakam diaktifkan secara automatik hanya jika kadar atau irama jantung anda tidak normal.
  • Melalui beberapa perakam anda menghantar penyurihan EKG untuk analisis ke talian telefon.
  • Sesetengah perakam dipakai untuk tempoh yang lebih lama. Ini dipanggil monitor ‘peristiwa’. Ia merakam hanya apabila anda menghidupkannya semasa ‘peristiwa’ seperti serangan berdebar-debar.
  • Apa yang berlaku selepas ujian elektrokardiagram ambulatori?

    Jika anda memasang peranti pada waktu pagi, anda akan diminta untuk kembali dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi untuk megeluarkan peranti. Bagi mereka yang mempunyai peranti itu pada waktu tengahari, sila kembali dari jam 2.00 petang hingga 2.30 petang untuk pemindahan peranti.

    Rakaman anda akan diproses, dianalisis dan ditafsirkan oleh doktor. Doktor anda akan membincangkan keputusan dengan anda pada temujanji susulan anda.

    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai ambulatory electrocardiogram, sila merujuk doktor untuk memahami arahan anda dengan lebih baik.

    Memahami Keputusan

    Apa maksud keputusan saya?

    Hasil pemantauan ambulatory EKG biasanya ditafsirkan oleh ahli kardiologi atau ahli elektrofisiologi jantung. Keputusan biasanya akan keluar dalam beberapa hari.

    Elektrokardiagram Ambulatori

    Normal

    Tiada ritma jantung yang tidak normal dijumpai dalam maklumat EKG yang dikumpulkan oleh perakam. Kadar denyutan anda boleh naik apabila anda aktif dan turun apabila anda sedang tidur.

    Banyak jenis degupan jantung yang tidak teratur dapat dikesan melalui pemantauan ambulatori.

    Tidak normal

    • Ritma jantung tidak normal yang perlahan atau cepat akan dikesan. Ritma perlahan dan cepat juga boleh berlaku dengan selang-seli.
    • Ritme jantung yang perlahan pada seseorang yang mempunyai alat pacu jantung mungkin bermakna bahawa alat itu tidak berfungsi dengan betul.
    • Corak tidak normal mungkin bermakna otot jantung tidak mendapat cukup oksigen (ischemia) kerana arteri yang membekalkan darah kepada jantung terlalu sempit.

    Hasil pemantauan jantung ambulatori akan dibandingkan dengan riwayat perubatan, simptom-simptom dan hasil ujian yang lain. Anda mungkin perlu mengulangi ujian jika hasilnya tidak jelas.

    Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal untuk ujian Elektrokardiagram Ambulatori mungkin berbeza-beza. Sila berbincang dengan doktor anda mengenai apa-apa soalan yang anda ada mengenai keputusan ujian anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Azreen Madzlan · Disemak pada 09/01/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan