Apa itu Ekzema Dishidrotik ?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Ekzema Dishidrotik ?

Ekzema Dishidrotik, atau Dishidrotik, adalah keadaan kulit di mana berlakunya lepuh pada tapak kaki dan / atau tapak tangan anda. Lepuh tersebut biasanya gatal dan boleh berisi dengan cecair. Lepuh biasanya berlangsung selama dua hingga empat minggu dan mungkin berkaitan dengan tekanan atau alahan bermusim.

Apakah kebarangkalian Ekzema Dishidrotik ?

Ekzema Dishidrotik adalah perkara yang biasa berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ekzema Dishidrotik ?

Lepuh yang berkaitan dengan Dishidrotik paling biasa berlaku  pada sisi-sisi jari dan telapak tangan. Kadang-kadang tapak kaki juga boleh terjejas. Lepuh biasanya bersaiz kecil – kira-kira selebar pensil grafit – dan berkumpul dalam kelompok, dengan penampilan yang serupa dengan ubi kayu.

Dalam kes-kes yang lebih teruk, lepuh-lepuh kecil mungkin bergabung untuk membentuk lepuh yang lebih besar. Kulit yang terjejas oleh Dishidrotik boleh menjadi sakit dan sangat gatal. Apabila lepuh menjadi kering dan mengelupas, iaitu dalam masa tiga minggu, kulit di dasarnya mungkin menjadi merah dan sakit.

Dishidrotik cenderung untuk berulang dengan agak kerap selama berbulan atau tahun.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Oleh itu, adalah yang lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Ekzema Dishidrotik?

Penyebab sebenar ekzema Dishidrotik tidak diketahui. Pakar percaya bahawa keadaan ini mungkin berkaitan dengan alahan bermusim, seperti demam hay, oleh itu lepuh mungkin meletus dengan lebih kerap semasa musim bunga.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ekzema Dishidrotik ?

Terdapat banyak faktor risiko untuk Ekzema Dishidrotik, seperti:

  • Dishidrotik nampaknya lebih biasa berlaku pada masa-masa seseorang mengalami tekanan emosi atau fizikal.
  • Pendedahan kepada logam tertentu. Hal ini termasuk kobalt dan nikel – biasanya dalam bahagian perindustrian.
  • Kulit sensitif. Orang yang mengalami ruam selepas bersentuhan dengan rengsangan tertentu lebih cenderung mengalami Dishidrotik.
  • Ekzema atopik. Sesetengah orang dengan ekzema atopik boleh berkembang menjadi Ekzema Dishidrotik.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Ekzema Dishidrotik didiagnosis?

Dalam banyak kes, doktor anda akan dapat mendiagnosis Ekzema Dishidrotik dengan memeriksa kulit anda dengan berhati-hati. Disebabkan gejala Ekzema Dishidrotik boleh menyerupai keadaan kulit yang lain, doktor anda mungkin memilih untuk menjalankan ujian tertentu. Ujian tersebut mungkin termasuk biopsi kulit, yang melibatkan pengambilan sedikit sampel kulit untuk ujian makmal. Biopsi boleh menolak kemungkinan lain untuk penyebab lepuh anda, seperti jangkitan kulat.

Sekiranya doktor anda percaya bahawa jangkitan Ekzema Dishidrotik anda secara langsung berkaitan dengan alergi, mereka juga boleh melakukan ujian alahan kulit.

Bagaimana pesakit Ekzema Dishidrotik dirawat?

Terdapat beberapa cara untuk pakar dermatologi merawat Ekzema Dishidrotik. Keterukan gejala anda dan faktor-faktor lain menentukan rawatan mana yang akan mereka cadangkan. Anda mungkin perlu untuk mencuba lebih daripada satu rawatan sebelum menjumpai rawatan yang tepat untuk anda.

Ubat-ubatan atau rawatan perubatan

Krim korticosteroid atau ubat salap yang anda perlu sapu terus ke kulit anda untuk gejala yang ringan atau, untuk wabak yang lebih teruk, anda boleh diberi suntikan kortikosteroid atau pil.

Rawatan perubatan lain yang digunakan adalah:

  • Rawatan cahaya UV..
  • Mengeringkan lepuhan besar.
  • Antihistamin.
  • Pelbagai krim anti-gatal.
  • Salap pencegah imun, seperti Protopic dan Elidel (ini adalah pilihan rawatan yang jarang).

Jika kulit anda dijangkiti, maka anda juga akan diberi antibiotik atau ubat-ubatan lain untuk merawat jangkitan.

Ubatan farmasi

Jika anda mengalami wabak Ekzema Dishidrotik yang ringan, doktor anda mungkin memberi antihistamin seperti Claritin atau Benadryl untuk membantu mengurangkan gejala anda.

Rawatan di rumah

Tuala kompres yang sejuk dan basah boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan kulit gatal. Doktor anda mungkin mengesyorkan agar anda menggunakan salap selepas menggunakan kompres. Selain itu, pelembap juga boleh membantu mengelak kekeringan dan seterusnya mengurangkan kegatalan.

Antara pelembap ini mungkin termasuk:

  • Jeli petroleum, seperti Vaseline.
  • Krim, seperti Lubriderm atau Eucerin.
  • Minyak mineral.
  • Merendam dengan ‘witch hazel.

Diet

Mengubah diet anda boleh membantu jika ubat-ubatan tidak berkesan mengurangkan kegatalan. Disebabkan alergi nikel atau kobalt dipercayai boleh menyebabkan ekzema, elakkan daripada memakan makanan yang mengandunginya. Ada yang mengatakan bahawa menambah vitamin A dalam diet anda akan membantu, tetapi pastikan anda bertanya kepada doktor dahulu sebelum melakukannya.

Rawatan untuk kaki

Dyshidrotic juga boleh berlaku di tapak kaki anda, walaupun tidak sekerap jari atau tapak tangan anda. Rawatan untuk kaki anda adalah sama dengan rawatan untuk kawasan lain.

Untuk mengelakkan rasa sakit dan gatal-gatal menjadi lebih teruk, cuba jangan menggaru atau memecahkan lepuh anda. Walaupun adalah penting untuk mencuci tangan anda secara teratur, anda mungkin mahu mengelakkan pendedahan yang banyak kepada air, seperti mencuci tangan dengan kerap. Anda juga harus mengelak daripada menggunakan produk yang boleh merengsakan kulit anda, seperti pelembap wangi dan sabun pencuci pinggan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ekzema Dishidrotik ?

Disebabkan punca Dishidrotik biasanya tidak diketahui, tidak ada cara yang terbukti untuk mencegah keadaan ini. Anda boleh membantu mencegah keadaan ini dengan menguruskan tekanan dan mengelakkan pendedahan kepada garam berlogam, seperti kobalt dan nikel.

Amalan penjagaan kulit yang baik juga boleh membantu melindungi kulit . Ini termasuk:

  • Menggunakan pembersih ringan dan air suam untuk mencuci tangan dan mengeringkan tangan anda dengan baik.
  • Menggunakan pelembap secara berkala.
  • Memakai sarung tangan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019