Apa itu Eksisi Ganglion?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Eksisi Ganglion?

Eksisi ganglion, atau biasanya dikenali sebagai pembuangan ganglion, adalah prosedur untuk merawat sista ganglion. Sista ganglion merupakan benjolan di bawah kulit anda yang mengandungi cecair. Ganglion bukanlah keadaan yang serius. Jika ia menyebabkan masalah, doktor bedah anda akan membuangnya.

Kebanyakan ganglion terjadi berdekatan pergelangan tangan. Ia juga boleh dijumpai pada buku lali dan kaki anda. Cecair di dalam ganglion datang daripada sendi atau tendon melalui saluran yang kecil.

Mengapa Eksisi Ganglion dilakukan?

Ganglion sering hilang selepas satu atau dua tahun. Jika ganglion anda tidak menyebabkan sebarang masalah, lebih baik biarkan sahaja. Walau bagaimanapun, jika benjolan dan sebarang ketakselesaan menganggu anda, anda harus menjalani pembedahan untuk membuangnya. Pembedahan memberi peluang terbaik bagi mengelakkan ganglion berulang kembali

Cecair dapat disedut keluar daripada ganglion menggunakan jarum. Ini dapat menghilangkan sebarang ketakselesaan untuk sementara waktu. Doktor anda juga mungkin akan menyuntik ganglion dengan steroid (kortison). Rawatan ini akan membantu dalam jangka masa pendek sahaja.

Fahami Risiko-risikonya

Apakah risiko bagi eksisi ganglion?

Mempunyai ganglion sist untuk dibuang adalah prosedur kecil, jadi komplikasinya jarang berlaku dan sekiranya ada ianya tidak serius. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian kecil orang yang mengalami kekakuan dan kesakitan kekal selepas pembedahan.

Jika anda menjalani pembedahan di bawah anestesia umum, terdapat risiko yang sangat kecil terhadap paru-paru dan jantung anda. Ujian prapenilaian sebelum pembedahan harus dilakukan bagi memastikan anda hanya berisiko kecil.

Peluang bagi sist ganglion berulang kembali selepas rawatan sentiasa ada. Ia dijangka berulang antara satu dan empat kes dalam setiap 10 sist yang dibuang secara pembedahan. Sist boleh dibuang sekali lagi dengan peluang untuk berjaya dalam pembedahan kali kedua ini sangat baik, walaupun menjalani pembedahan ini akan meningkatkan risiko komplikasi, seperti kecederaan pada saraf yang berdekatan.

Penting untuk anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani prosedur ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.

Proses

Bagaimana Persedian untuk Eksisi Ganglion?

Anda mesti berbincang dengan doktor anda mengenai ubat yang sedang anda ambil, alahan atau sebarang keadaan kesihatan anda dan sebelum menjalani pembedahan, anda akan berjumpa dengan ahli anestetik dan merancang kaedah anestetik anda bersama. Penting untuk anda mengikut semua arahan mengenai bila perlu berhenti makan dan minum sebelum pembedahan.

Anda harus diberi arahan yang jelas untuk diikuti sebelum menjalani pembedahan, termasuk sama ada anda boleh makan apa-apa sahaja beberapa jam sebelum pembedahan. Bagi kebanyakan kes, anda perlu mula berpuasa lebih kurang enam jam sebelum prosedur anda. Anda mungkin boleh minum cecair, seperti kopi, sehingga beberapa jam sebelum pembedahan anda.

Apa yang terjadi semasa Eksisi Ganglion dilakukan?

Pelbagai teknik anestesia boleh dilakukan. Pembedahan biasanya memakan masa 15 hingga 30 minit.

Doktor bedah akan melakukan bukaan di atas ganglion dan memisahkan ganglion daripada tendon, saraf dan saluran darah yang berdekatan. Doktor bedah akan membuang ganglion tersebut.

Jika anda ada sebarang soalan atau kebimbangan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apakah yang terjadi selepas Eksisi Ganglion?

Anda dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama.

Bersenam secara berkala dapat membantu anda untuk kembali melakukan aktiviti normal secepat yang boleh. Sebelum mula bersenam, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sendi yang berdekatan dengan ganglion akan terus berasa sakit tetapi jika ada sebarang sendi yang kaku, ia harus dirawat segera.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 4, 2018