backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Dermatitis Sentuh @ Kontak, Apa Cara Terbaik Untuk Merawat Kondisi Ini?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/07/2021

Dermatitis Sentuh @ Kontak, Apa Cara Terbaik Untuk Merawat Kondisi Ini?

Definisi

Apa itu Dermatitis Sentuh?

Dermatitis sentuh adalah ruam merah, gatal yang disebabkan oleh sentuhan terus dengan bahan atau reaksi alahan terhadap bahan tersebut.

Ruam ini tidak boleh berjangkit atau mengancam nyawa, tetapi ia boleh menyebabkan rasa dan keadaan tidak selesa.

Banyak bahan yang boleh menyebabkan reaksi seperti ini, termasuk sabun, kosmetik, pewangi, barang kemas, dan tumbuh-tumbuhan.

Bagi merawat dermatitis kontak dengan baik, anda perlu mengenal pasti dan mengelakkan daripada punca reaksi tersebut.

Jika anda boleh mengelakkan bahan tersebut, ruam biasanya akan hilang dalam dua hingga empat minggu.

Anda juga boleh cuba mengurangkan ruam dengan demah yang sejuk dan basah, krim antigatal dan langkah-langkah penjagaan sendiri yang lain.

Apa risiko dermatitis sentuh?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apa simptom dermatitis sentuh?

dermatitis sentuh

Simptom-simptom biasa bagi dermatitis kontak ialah:

  • Ruam merah
  • Gatal, yang mana boleh jadi teruk
  • Kulit kering, merekah, bersisik
  • Benjolan dan lepuh, kadang kala mengeluarkan cecair dan berkeruping
  • Bengkak, rasa seperti terbakar atau pedih

Dermatitis sentuh biasanya berlaku pada kawasan badan anda yang terdedah terus kepada bahan yang menyebabkan reaksi ini – contohnya, pada peha yang terkena pokok beracun ivy atau di bawah jalur jam.

Ruam biasanya terjadi dalam masa beberapa minit atau jam selepas terdedah dan boleh kekal selama dua hingga empat minggu.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apa punca dermatitis kontak?

Terdapat tiga jenis dermatitis kontak:

  • Dermatitis Sentuh Algerik
  • Dermatitis Sentuh Iritasi
  • Dermatitis Fotosentuh

Dermatitis fotosentuh jarang berlaku. Ia adalah reaksi yang berlaku apabila kandungan aktif di dalam produk kulit terdedah kepada matahari dan mengakibatkan iritasi.

Dermatitis Sentuh Alergik

Dermatitis sentuh alergik berlaku apabila kulit mengalami reaksi alahan selepas terdedah kepada bahan yang asing.

Hal ini menyebabkan badan mengeluarkan bahan kimia radang yang boleh mengakibatkan kulit menjadi gatal dan merengsa.

Punca-punca biasa bagi dermatitis sentuh alergik termasuk bersentuhan dengan:

Dermatitis Sentuh Bahan Iritasi

Dermatitis sentuh bahan iritasi adalah jenis dermatitis kontak yang paling biasa berlaku.

Ia berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan toksik.

Bahan-bahan toksik yang boleh menyebabkan dermatitis sentuh badan iritasi termasuk:

  • Asid bateri
  • Peluntur
  • Pencuci longkang
  • Kerosen
  • Serbuk pencuci 
  • Penyembur lada hitam
  • Dermatitis kontak bahan iritasi juga boleh berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan yang biasanya tidak menyebabkan iritasi, seperti sabun atau bahkan air.

    Individu yang tangannya kerap terdedah kepada air, seperti pendandan rambut, pelayan bar, dan pekerja penjagaan kesihatan, sering mengalami dermatitis kontak bahan iritasi pada tangan mereka.

    dermatitis sentuh

    Faktor Risiko

    Apa faktor risiko dermatitis kontak?

    Terdapat pelbagai faktor risiko untuk dermatitis kontak, seperti:

    • Pekerja penjagaan kesihatan dan klinik gigi
    • Tukang besi
    • Pekerja buruh
    • Pendandan rambut dan ahli kosmetologi
    • Mesin layan diri
    • Penyelam skuba atau perenang, disebabkan oleh getah pada topeng buka atau gogel
    • Tukang cuci
    • Tukang kebun dan pekerja pertanian
    • Tukang masak dan individu yang berkerja dengan makanan

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit dermatitis sentuh didiagnosis?

    Hubungi doktor anda jika simptom-simptom yang anda alami menjadi teruk atau masih tidak bertambah baik.

    Doktor anda akan mengambil sejarah perubatan yang teliti dan memeriksa kulit anda.

    Soalan-soalan yang mungkin akan ditanya termasuklah:

  • Bilakah pertama kali anda menyedari simptom-simptom tersebut?
  • Apakah yang akan membuat simptom anda menjadi bertambah baik atau buruk?
  • Adakah anda pergi mendaki gunung sebelum ruam berlaku?
  • Apakah produk yang anda guna pada kulit ansa setiap hari?
  • Apakah bahan kimia yang selalu bersentuhan dengan anda setiap hari?
  • Apakah pekerjaan anda?
  • dermatitis sentuh

    Doktor anda akan merujuk anda kepada pakar alahan atau ahli dermatologi bagi mengenal pasti punca dermatitis kontak.

    Pakar ini akan melakukan ujian alahan yang dipanggil ujian tampal.

    Ujian ini melibatkan tampalan kecil pada kulit anda yang mendedahkan anda kepada bahan alahan.

    Jika kulit anda menunjukkan reaksi, pakar alahan akan dapat menentukan punca dermatitis kontak anda.

    Bagaimana pesakit dermatitis sentuh dirawat?

    Jika langkah penjagaan di rumah tidak mengurangkan tanda dan simptom anda, doktor mungkin akan mempreskripsi ubat. Contoh termasuklah:

    • Krim atau minyak steroid. Krim atau minyak yang disapu secara topikal ini dapat membantu mengurangkan ruam Dermatitis Sentuh. Steroid topikal boleh disapu satu atau dua kali sehari selama dua hingga empat minggu.
    • Ubat-ubat oral. Bagi kes yang teruk, doktor anda akan mempreskripsi kortikorsteroid oral bagi mengurangkan keradangan, antihistamin bagi melegakan kegatalan, atau antibiotik bagi melawan jangkitan bakteria.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan