backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Dermatitis Atopik

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 13/07/2021

Dermatitis Atopik

Dermatitis atopik adalah ekzema? Teruskan membaca untuk mengetahui simptom, punca, diagnosis dan rawatannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apakah dermatitis atopik?

Dermatitis atopik adalah kondisi yang biasa berlaku hasil daripada sistem imun yang terlampau aktif.

Ia juga dikenali sebagai ekzema, yang akan membuatkan kulit menjadi merah dan gatal terutamanya kulit di bahagian muka, bahagian dalam siku dan belakang lutut.

Dermatitis atopik boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur.

Kekerapan terkena masalah dermatitis atopik adalah…

Dermatitis atopik adalah sangat lazim berlaku. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana peringkat umur, tetapi lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Jadi, sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptomnya?

Simptom-simptom yang biasa berlaku pada pesakit dermatitis atopik adalah:

  • Gatal-gatal, daripada sederhana sehinggalah ke tahap yang teruk terutamanya pada waktu malam
  • Tompok-tompok berwarna merah hingga kelabu keperangan, terutamanya pada tangan, kaki, buku lali, pergelangan tangan, leher, bahagian atas dada, kelopak mata, celahan siku dan lutut, serta bagi kanak-kanak pula, bahagian muka dan kulit kepala
  • Bonggol-bonggol kecil yang timbul di bahagian kulit yang terjejas, mengeluarkan cecair dan kuping apabila digaru
  • Kulit menjadi tebal, merekah, kering dan bersisik
  • Kulit melecet, bengkak dan sensitif kerana asyik menggaru
  • Mungkin terdapat simptom-simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan mengenai mana-mana simptom, silalah berunding dengan doktor anda.

    Bilakah saya harus bertemu dengan doktor?

    dermatitis atopik adalah

    Hubungilah doktor sekiranya anda mengalami perkara berikut:

    • Rasa tidak selesa sehingga menyebabkan anda tidak boleh tidur atau tidak boleh menjalankan rutin harian dengan baik
    • Rasa sakit pada bahagian kulit yang terjejas
    • Jangkitan pada kulit (jalur merah, nanah, dan kuping-kuping yang kekuningan)
    • Rawatan yang cuba dilakukan sendiri tidak lagi efektif
    • Simptom-simptom yang jarang berlaku pada mata dan penglihatan disebabkan kondisi kulit

    Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau sebarang persoalan, silalah berunding dengan doktor anda.

    Setiap tubuh badan kita berbeza, sebaiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan solusi yang terbaik bagi diri anda.

    Punca

    Punca yang mengakibatkan dermatitis atopik adalah…

    Tiada punca yang jelas yang diketahui boleh menyebabkan dermatitis atopik. Penyakit ini dikaitkan dengan gabungan pelbagai jenis faktor.

    • Kulit yang kering dan rengsa mengurangkan keupayaan kulit sebagai pelindung yang efektif
    • Variasi pada gen yang menjejaskan keupayaan kulit sebagai pelindung
    • Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik
    • Jangkitan kuman seperti Staphylococcus aureus  pada kulit menghasilkan lapisan yang menyekat kelenjar peluh
    • Keadaan persekitaran

    Faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan saya kepada risikonya?

    Terdapat banyak faktor risiko bagi dermatitis atopik seperti:

    • Memiliki sejarah peribadi dan keluarga yang terkena ekzema, alahan, demam jerami dan asma
    • Bekerja dalam bidang penjagaan kesihatan yang berisiko tinggi untuk mendapat dermatitis tangan
    • Tinggal di kawasan bandar
    • Berbangsa Afrika Amerika
    • Mempunyai ibu bapa yang berpendidikan tinggi
    • Kanak-kanak yang ditinggalkan dengan pengasuh
    • Mempunyai masalah hiperaktif dan kekurangan tumpuan (ADHD)

    dermatitis atopik adalah

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana dermatitis didiagnosis?

    Tiada ujian makmal yang khusus diperlukan untuk mengesahkan dermatitis. Ia selalunya didiagnosis dengan melakukan pemeriksaan kulit dan mengambil sejarah perubatan anda.

    Kadang-kadang, ujian tompok atau ujian-ujian lain boleh digunakan untuk menyingkirkan penyakit kulit yang lain atau mengenal pasti kondisi yang selalu ada bersama dengan ekzema.

    Rawatan untuk dermatitis atopik adalah…

    Tiada rawatan yang khusus untuk dermatitis. Sesetengah ubat-ubatan boleh digunakan untuk mengurangkan simptom-simptomnya agar pesakit rasa lebih selesa. Antara ubat yang boleh dgunakan ialah:

    • Krim yang digunakan untuk mengawal keradangan dan gatal
    • Krim yang boleh membantu untuk membaik pulih kulit termasuklah perencat kalsineurin seperti tacrolimus (protopic) dan pimecrolimus (Elidel)
    • Ubat yang boleh melawan jangkitan
    • Ubat antigatal
    • Ubat yang boleh mengawal keradangan sama ada melalui oral atau suntikan

    Cara pencegahan

    Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas dermatitis?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut boleh membantu untuk anda menghadapi dermatitis:

    dermatitis atopik adalah

    • Mandi mandian peluntur
    • Melembapkan kulit sekurang-kurangnya 2 kali sehari
    • Elakkan menggaru kulit
    • Mendemah kulit dengan benda yang sejuk dan lembap
    • Mandi menggunakan air suam
    • Menggunakan sabun yang tidak mengandungi pewarna dan pewangi
    • Gunakan  pelembap udara
    • Memakai baju yang sejuk dan lembut
    • Kawal stres dan kegelisahan anda

    Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan, silalah berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian yang terbaik buat diri anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 13/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan