Apa itu Demensia Vaskular?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Demensia Vaskular?

Demensia Vaskular adalah suatu kumpulan keadaan yang menyebabkan penurunan kemahiran kognitif. Penghidap Demensia Vaskular mengalami masalah berkaitan pemikiran, pertimbangan dan ingatan. Perubahan ini boleh berlaku secara tiba-tiba, atau ia berlaku sedikit demi sedikit  dan tidak dapat disedari pada mulanya.

Demensia Vaskular disebabkan oleh penyumbatan atau kekurangan aliran darah ke otak. Pengurangan aliran darah ke otak menghilangkan oksigen yang sangat diperlukan. Kekurangan oksigen dan darah boleh merosakkan otak, walaupun dalam masa yang singkat. Anda boleh terkena Demensia Vaskular selepas strok menghalang arteri dalam otak anda, tetapi strok tidak selalu menyebabkan Demensia Vaskular.

Apakah kebarangkalian Demensia Vaskular?

Merupakan penyebab kedua Demensia yang paling biasa berlaku kepada orang tua. Hal ini kerana ia mempunyai profil yang lebih rendah berbanding Alzheimer, ramai orang tidak mengesyaki Demensia Vaskular apabila sifat pelupa menjadi suatu masalah. Ia juga sukar untuk didiagnosis, maka sukar untuk mengetahui jumlah sebenar orang yang menderita Demensia Vaskular. Anggaran semasa menyatakan 15% hingga 20% daripada kes Demensia pada orang tua adalah jenis Demensia Vaskular.

Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Demensia Vaskular?

Terdapat banyak simptom Demensia Vaskular. Ia bergantung pada bahagian otak anda yang aliran darahnya mengalami gangguan. Simptom-simptomnya sering berselisihan dengan jenis Demensia yang lain, terutamanya penyakit Alzheimer.

Simptom Demensia Vaskular paling jelas apabila ia berlaku secara tidak sengaja selepas strok. Apabila perubahan dalam fikiran dan pemikiran anda kelihatan jelas dikaitkan dengan strok, keadaan ini kadang-kadang dipanggil Demensia selepas-strok.

Satu lagi corak ciri simptom Demensia Vaskular adalah kadang-kadang ia mengikuti satu siri strok atau strok mini. Dalam corak ini, perubahan dalam proses pemikiran anda berlaku secara ketara ke bawah daripada tahap fungsi anda yang terdahulu, bukan penurunan stabil secara beransur-ansur yang biasanya berlaku dalam penyakit Alzheimer.

Namun begitu, Demensia Vaskular juga boleh berlaku secara beransur-ansur, seperti penyakit Alzheimer. Lebih-lebih lagi, Demensia Vaskular dan Alzheimer sering berlaku bersama-sama.

Banyak kajian menunjukkan orang yang mengalami simptom Dementia biasanya mempunyai perubahan otak yang biasanya mempunyai perubahan otak tipikal lebih daripada satu jenis. Sesetengah doktor menggelar keadaan ini Demensia campuran.

Simptom Demensia Vaskular termasuk:

  • Kekeliruan.
  • Masalah dalam memberi perhatian dan tumpuan.
  • Kurang berupaya untuk menyusun pemikiran atau tindakan.
  • Keupayaan untuk menganalisis situasi, menjalankan perancangan yang berkesan dan menyampaikan rancangan itu kepada orang lain semakin menurun.
  • Kesukaran untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan seterusnya.
  • Masalah dengan memori.
  • Kegelisahan dan agitasi.
  • Gaya jalan tidak stabil.
  • Desakan secara mendadak atau sering kencing mahupun ketidakupayaan mengawal air kencing.
  • Kemurungan.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah punca Demensia Vaskular?

Beberapa keadaan popular yang mungkin mengakibatkan Demensia Vaskular, termasuk:

  • Strok (infarksi) menyekat arteri otak. Strok yang menyekat arteri otak biasanya menyebabkan pelbagai simptom yang mungkin termasuk Demensia Vaskular. Tetapi beberapa strok tidak menimbulkan simptom yang ketara. “Infarksi otak senyap” ini masih meningkatkan risiko Demensia.
  • Dengan kedua-dua strok senyap dan jelas, risiko Demensia Vaskular meningkat seiring dengan bilangan infarksi yang berlaku dari masa ke masa. Satu jenis Demensia Vaskular yang melibatkan banyak strok dipanggil dDemensia Infark berbilang.
  • Saluran darah otak yang sempit atau rosak yang kronik. Keadaan yang sempit atau menimbulkan kerosakan jangka panjang pada saluran darah otak anda juga boleh menyebabkan Demensia Vaskular. Keadaan ini termasuklah haus dan lusuh yang berkaitan dengan penuaan; tekanan darah tinggi; pengerasan arteri; diabetes; lupus eritematosus; pendarahan otak; dan arteritis temporal.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Demensia Vaskular?

Beberapa keadaan dan faktor yang boleh merosakkan pembuluh darah. Antaranya:

  • Usia: Orang tua, terutama yang berumur lebih dari 65 tahun, berisiko tinggi untuk mendapat Demensia Vaskular.
  • Sejarah strok atau serangan jantung: Serangan jantung dan strok boleh memotong aliran darah ke otak anda. Tekanan darah tinggi, merokok, dan kolesterol tinggi juga meningkatkan risiko anda.
  • Arteri keras: Deposit kolesterol dan plak di dalam arteri boleh terbina dan menyekat aliran darah sepanjang badan anda, meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.
  • Keadaan yang menyumbang: Diabetes, lupus, tekanan darah tinggi, dan ritma jantung yang tidak normal semuanya mempengaruhi bagaimana darah mengalir melalui badan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Demensia Vaskular didiagnosis?

Sekiranya rekod perubatan anda tidak termasuk nilai terkini untuk penunjuk utama kesihatan jantung dan pembuluh darah anda, doktor akan menguji:

  • Tekanan darah.
  • Kolesterol.
  • Gula dalam darah.

Doktor juga turut meminta dijalankan beberapa ujian bagi mengenepikan punca-punca yang berpotensi untuk hilang ingatan dan kekeliruan, seperti:

  • Gangguan tiroid 
  • Kekurangan vitamin

Doktor anda berkemungkinan memeriksa kesihatan neurologikal anda secara keseluruhan dengan menguji:

  • Refleks.
  • Nada dan kekuatan otot, dan bagaimana kekuatan pada satu sisi badan anda dibandingkan dengan yang lain.
  • Keupayaan untuk bangun daripada kerusi dan berjalan melepasi bilik.
  • Sensasi sentuh dan lihat.
  • Coordination.
  • Balance.

Prosedur pengimejan otak akan disyorkan oleh doktor anda bagi membantu mendiagnos Demensia Vaskular, termasuk:

  • Imbasan Tomografi Berkomputer (CT): Imbasan CT boleh memberi maklumat tentang struktur otak anda; memberitahu jika mana-mana bahagian menunjukkan pengecutan; dan mengesan bukti strok, strok mini (serangan iskemia sementara), perubahan saluran darah atau ketumbuhan. Kadang-kadang anda akan menerima suntikan intravena (IV) dari agen beza jelas yang akan membantu menonjolkan tisu otak tertentu.
  • Pengimejan Resonans Magnetik (MRI): Keseluruhan prosedur ini boleh mengambil masa satu jam atau lebih. MRI tidak menyakitkan, tetapi sesetengah orang berasa sesak di dalam mesin dan diganggu oleh bunyi bising. MRI boleh memberikan lebih banyak butiran daripada pengimbas CT mengenai strok, strok mini dan saluran darah yang tidak normal.
  • Ultrabunyi Karotid: Prosedur ini menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi bagi menentukan sama ada arteri karotid anda – yang mengalir melalui kedua-dua belah leher anda untuk membekalkan darah ke otak – menunjukkan tanda-tanda penyempitan akibat deposit plak atau masalah pada struktur. Ujian anda mungkin termasuk ultrabunyi Doppler yang menunjukkan pergerakan darah melalui arteri anda sebagai tambahan kepada ciri-ciri struktur.
  • Ujian neuropsikologi: Ujian jenis ini menilai keupayaan anda untuk:
  • Bercakap, tulis dan faham bahasa
  • Bekerja dengan nombor
  • Belajar dan ingat maklumat
  • Membuat rancangan serangan dan menyelesaikan masalah
  • Respon secara berkesan dengan situasi hipotesis

Bagaimana pesakit Demensia Vaskular dirawat?

Terdapat banyak rawatan bagi merawat keadaan ini. Matlamat rawatan Demensia Vaskular adalah membaiki penyakit tersirat yang mungkin menjadi puncanya. Doktor akan bersama dengan anda bagi menurunkan tekanan darah dan kolesterol. Mereka juga akan menggalakkan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan diet yang lebih baik serta banyakkan senaman bagi mencegah arteri tersumbat, serangan jantung dan strok.

Sesetengah ubat ditemui berguna dalam merangsang memori dan kemahiran kognitif. Ubat-ubat ini akan mengubah bagaimana sel otak anda berkomunikasi, proses, menyimpan dan mendapatkan semula memori. Walau bagaimanapun, pada masa ini tiada rawatan yang diluluskan untuk menghentikan atau membalikkan perubahan yang disebabkan oleh Demensia Vaskular.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Demensia Vaskular?

Mengambil langkah-langkah berguna bagi memastikan jantung anda sihat juga mungkin membantu mengurangkan risiko Demensia Vaskular:

  • Mengekalkan tekanan darah yang sihat
  • Pastikan kolesterol anda diperiksa: Diet rendah lemak, sihat dan ubat penurun kolesterol sekiranya anda memerlukannya boleh mengurangkan risiko Demensia Vaskular. Ia mungkin dengan mengurangkan jumlah plak deposit yang terbina di dalam arteri otak anda.
  • Mencegah atau mengawal diabetes: Mengelakkan permulaan diabetes, dengan diet dan senaman, adalah cara lain untuk mengurangkan risiko Demensia. Jika anda sudah menghidap diabetes, mengawal tahap glukosa anda dapat membantu melindungi saluran darah otak anda daripada kerosakan.
  • Berhenti merokok: Merokok tembakau merosakkan saluran darah di mana-mana dalam badan anda.
  • Amalkan senaman fizikal: Aktiviti fizikal yang kerap harus menjadi sebahagian utama amalan kesihatan semua orang. Di samping semua manfaat lain, senaman dapat membantu anda mengelakkan Demensia Vaskular.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 18, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.