backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Hati-hati, Anda Mungkin Dijangkiti Demam Tifoid Jika Mengalami Tanda-Tanda Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 31/10/2023

Hati-hati, Anda Mungkin Dijangkiti Demam Tifoid Jika Mengalami Tanda-Tanda Ini!

Tahukah anda bahawa demam tifoid merupakan penyakit yang terjadi disebabkan bakteria yang mencemari makanan dan minuman anda? Kebiasaannya pesakit yang mengalami penyakit ini akan menghadapi simptom seperti sakit kepala, sakit perut dan juga demam.

Jika ia tidak dirawat dengan segera, ia boleh berlanjutan selama selama beberapa minggu. Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit ini dan rawatannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu demam tifoid?

Demam tifoid atau demam kepialu merujuk kepada penyakit yang bersangatan (akut) disertai demam yang diakibatkan oleh bakteria salmonella typhi, atau salmonella paratyphi yang dijangkakan kadar penyakit yang kurang teruk.

Bakteria ini biasanya dijumpai di dalam air atau makanan yang dikontaminasi oleh pembawa manusia dan disebarkan kepada orang lain di kawasan tersebut.

Apakah kebarangkalian demam tifoid?

Demam kepialu ini biasa terjadi dalam negara membangun, terutamanya pada kanak-kanak. Ia lebih cenderung terjadi pada kanak-kanak, tapi ia boleh terjadi kepada pesakit pada mana-mana usia.

Ia boleh diurus dengan mengurangkan faktor risiko. Sila bincang mengenai ini bersama doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom demam kepialu?

tanda demam kepialu

Demam kepialu simptom muncul dalam seminggu ke tiga minggu selepas didedahkan kepada penyakit ini ialah:

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu hubungi doktor anda sekiranya mengalami mana-mana satu yang tersebut:

  • Mengesyaki bahawa anda mengalami demam tifoid;
  • Menjadi sakit semasa melawat negara asing;
  • Mengalami tanda-tanda dan simptom selepas kembali pulang.

Punca

Apakah punca demam kepialu?

punca demam kepialu

Jangkitan virus salmonella typhi, yang boleh berlaku melalui pengambilan minuman dan makanan tercemar, adalah punca biasa yang menyebabkan demam ini berlaku.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada demam kepialu?

Ada banyak faktor risiko untuk penyakit ini, contohnya:

  • Tinggal dalam negara membangun, contohnya India, Asia tenggara, afrika, Amerika selatan dan kawasan-kawasan lain;
  • Kanak-kanak;
  • Kerja atau melancong ke negara yang mengalami endemik demam kepialu
  • Menjadi ahli mibkrobiologi klinikal yang berurusan dengan bakteria Salmonella typhi.
  • Berhubungan dengan orang yang dijangkiti atau baru pernah dijangkiti demam kepialu.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit demam kepialu didiagnosis?

Demam kepialu boleh didiagnosis berdasarkan simptom anda serta sejarah medical atau sejarah tempat lawatan anda.

Untuk menentukan keadaan anda, pengenalpastian S. Thyphi di dalam kultur darah atau cecair badan atau tisu adalah diperlukan.

Ujian antibodi untuk menguji kandungan DNA Tifoid di dalam darah anda.

demam tifoid

Bagaimana pesakit demam kepialu dirawat?

Cara yang berkesan bagi merawat demam ini adalah dengan terapi antibiotik, seperti:

  • Ciprofloxacin (Cipro) sekiranya anda tidak hamil;
  • Ceftriaxone (Rocephin) bagi kanak-kanak.

Ada pelbagai lagi rawatan bagi demam kepialu, termasuklah:

  • Minum lebih banyak air untuk mengelak kejadian dehidrasi disebabkan oleh demam berpanjangan dan cirit birit.
  • Pembedahan bagi membaiki lubang sekiranya usus mengalami kebocoran.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani demam kepialu?

Gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin membantu anda berhadapan dengan demam kepialu:

  • Basuh tangan;
  • Elakkan pengambilan air yang tidak dirawat;
  • Elakkan meminum bersama ais;
  • Elakkan buah dan sayuran mentah;
  • Pilih makanan hangat (dimasak).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 31/10/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan